CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wow Katanya, Fazura Bangga Ada Suami Kacak Macam Fattah Amin

1-12-2020 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22557| Komen: 131

Pelakon Fattah Amin akui terkejut apabila sekali lagi tersenarai antara lelaki paling kacak dunia pada tahun 2020.

Jelas Fattah, 30, dia bersyukur kerana masih ada peminat yang mencalonkan namanya dan tidak menyangka akan tersenarai lagi sekali.




"Syukur Alhamdulillah... Itu yang boleh saya katakan.

"Sebelum ini pun pernah ada tersenarai, kemudian tahun ini pun ada lagi. Saya pun tak sangka.


Foto: IG

"Kalau tak salah, itu pun hasil daripada orang undi," katanya kepada Gempak.

Fattah merupakan selebriti tunggal dari Malaysia yang menerima pencalonan tahun ini anjuran TC Candler.

Pencalonan dipilih berdasarkan undian dan komen peminat yang dihantar ke laman YouTube rasmi TC Candler, sebelum 100 nama Jejaka Paling Kacak dan Wanita Paling Cantik disenarai pendek. 


Bekas juara Hero Remaja itu mendapat tentangan sengit daripada tiga selebriti Indonesia, beberapa aktor Hollywood seperti Leonardo DiCaprio dan Chris Evans serta artis K-Pop.

Mengulas mengenai reaksi isterinya, Nur Fazura apabila dia tersenarai dalam calon tersebut, cerita Fattah senarai itu pernah diulang siar dalam akaun Instagram aktres itu sebelum ini.


"Faz ada repost dari Instagram saya. Katanya 'wow', mungkin dia bangga dengan suami dia," tambahnya ringkas. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 1-12-2020 11:09 AM
Cringe.. tp siapa la xbangga ada suami kacak
Quote akuchenta 1-12-2020 11:12 AM
Baru tau fattah ni bekas hero remaja
Quote kucingitam 1-12-2020 11:15 AM
tapi memang kaciak pun..
Quote Addrianna 1-12-2020 11:17 AM
Edited by Addrianna at 1-12-2020 11:25 AM

Another thread sampah.reporter cari ni memang lapar tulis cerita orang yang tak ada benda nak diceritakn ke?

Dekat mana lah fattah atau fazura cakap bangga tu kalau ada tepek lah.memandai je lh reporter cari ni buat intipati  yang  tak ada langsung pun.

Oh pasal ayat ni
Faz ada repost dari Instagram saya. Katanya 'wow', mungkin dia bangga dengan suami dia," tambahnya ringkas. - kefahaman editor cari fazura bangga dapat lelaki kacak.to editor
Quote awanysss 1-12-2020 11:22 AM
saya pun akan bangga kalau bersuamikan lelaki hensem
Quote BarbiePink 1-12-2020 11:35 AM
Addrianna replied at 1-12-2020 11:17 AM
Another thread sampah.reporter cari ni memang lapar tulis cerita orang yang tak ada benda nak diceri ...

biasalah chouls kenalah
buat tajuk mengundang
reporter dan haturs cari
rindu kot zaman fattzura dikutuk hebat
oleh semua warga forum

yg miskin tak selamanya miskin
yg dibenci tak selamanya dibenci
adilkn sebab bumi tu bulat

untuk tak out
iols pun giler tak bangga
kalau dpt suami helok
Quote cha-cha 1-12-2020 11:37 AM
Untunglah ada laki hensem time hujan2 ni
Quote abadi84 1-12-2020 11:41 AM
Suami aku tak kacak
Tapi he still make me proud
In so many ways...
Quote slyfynx 1-12-2020 11:45 AM
Eh, perlu ke bukak thread ni?
Kalau betul pun die bangga, ape nk kene gosip?
Bkan die kate laki orang lain hensem.
BTW, xde pun post fazura kate mcm tu.
Blah la weh

- CARUT
Quote BarbiePink 1-12-2020 11:45 AM
abadi84 replied at 1-12-2020 11:41 AM
Suami aku tak kacak
Tapi he still make me proud
In so many ways...

alhamdulilah rezeki chouls
misti bahagia sgt kn
suami iols boleh tahan hot
and he also make me proud
in so many ways..
ttiba nak juga copy ayat chouls
ampun chouls
Quote Addrianna 1-12-2020 11:51 AM
slyfynx replied at 1-12-2020 11:45 AM
Eh, perlu ke bukak thread ni?
Kalau betul pun die bangga, ape nk kene gosip?
Bkan die kate laki or ...

itulah macam aku kata tadi level dah sampai editor cari tapi buat thread sampah tak ada langsung isi gosipnya

Quote nazzse 1-12-2020 11:58 AM
slyfynx replied at 1-12-2020 03:45 AM
Eh, perlu ke bukak thread ni?
Kalau betul pun die bangga, ape nk kene gosip?
Bkan die kate laki or ...

Tak pernah lagi baca thread 'cerdik sikit',  daripada wartawan cari. Tak copy paste ig, hijack benang forumer lain.
Tetap bangga jadi wartawan cari mcm cenggitu pun
Quote RatuDunia94 1-12-2020 12:08 PM
I think they are compliment each other kot.. fattah bangga dpt isteri cantik.. and vice versa..
Quote Nnasda53 1-12-2020 12:14 PM
memang hensem juga laki Faz ni.

Quote inspektoremos21 1-12-2020 12:16 PM
Kalau meols pun bangga dapat lelaki handsome, humble mcm fattah.. kalau dpt laki lembam mcm kekrul mungkin iols malu
Quote jajamis 1-12-2020 12:18 PM
Admin tak nak bukak thread - FATTAH BANGGA ADA ISTERI CANTIK SEPERTI FAZURA
Quote husna_amal 1-12-2020 12:19 PM
Ada jugak lelaki Malaysia tercalon.
Quote cmf_shya 1-12-2020 12:23 PM
kesimpulan dari  "Faz ada repost dari Instagram saya. Katanya 'wow', mungkin dia bangga dengan suami dia," tambahnya ringkas...

dh jadi gosip..mslhnya..apa yg hendak digosipkan...hahaha
Quote Kepot 1-12-2020 12:25 PM
Memang Fattah hensem pun.
padan la dgn fazura yg lawa gojess

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.153818 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top