CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Demi Mael Totey, Syahmi Sazli Mengaku Pernah Nak Pinjam Duit Isteri

30-11-2020 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4165| Komen: 17

Youtuber terkenal yang juga pengarah filem, Syahmi Sazli mengaku dia pernah berhasrat mahu meminjam wang isterinya untuk menyiapkan pembikinan karya Mael Totey The Movie.

Syahmi berkata perancangan itu difikirkan sekadar persediaan kecemasannya jika sumber kewangan dimiliki tidak mencukupi dalam proses penerbitan filem berkenaan.



"Sebagai orang baharu yang terbabit menghasilkan filem, saya memang tak tahu jumlah perbelanjaan yang sebenar. Jadi, saya perlu bersiap sedia dengan duit tambahan jika kewangan yang ada tidak mencukupi.

"Jadi, saya terfikir mahu meminjam wang isteri dan hampir melakukannya. Bagaimanapun, selepas mengira dengan teliti, Alhamdulillah wang yang saya ada sendiri sudah cukup untuk menyiapkan filem itu," katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG

Syahmi berkata apapun dia berterima kasih kepada pengikutnya di YouTube dan Facebook serta penonton yang memberi sokongan apabila menerima baik karya Mael Totey The Movie yang berjaya mengutip lebih RM6.4 juta sepanjang ditayangkan di Astro First sejak 22 Oktober lalu.

Mael Totey The Movie yang menampilkan dua pelakon istimewa iaitu Asif Suhaimi dan Yeo Parey juga mengangkat kisah menarik berkaitan semangat pemuda orang kelainan upaya (OKU) sanggup menyahut cabaran diri sendiri belajar bahasa Inggeris demi menawan hati wanita idaman.


Dengan tagline 'Kita lain mereka sama', mesej positif ingin disampaikan filem ini mudah difahami oleh penonton dan pendekatan jalan ceritanya juga begitu dekat dengan masyarakat.



Mengulas jumlah perbelanjaan untuk menyiapkan karya Mael Totey The Movie itu, Syahmi berkata ia hampir mencecah RM400,000 dan proses penggambaran pula dilakukan dalam tempoh 14 hari.

Meskipun Mael Totey The Movie pernah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, Syahmi berkata dia tidak pernah berkecil hati sebaliknya menganggap ia sebagai teguran membina untuk memperbaiki kelemahannya bagi penerbitan filem yang akan datang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 30-11-2020 05:59 PM
Biasa laaaa..anak dato pun pernah tinggal 10hengget dalam poket.
Quote slyfynx 30-11-2020 06:05 PM
La, biase la pinjam duit bini.
Kene ke cerita kat semua mcm darurat sgt
Quote Suchi 30-11-2020 06:16 PM
Bini dia kije apa? Kalau bini dia pun buleh duit drpd dia kira cam buruk siku jela kalau dia pinjam pun.
Tp jgn lupa ganti balik 2x ganda, itu t&c wajib bg sesiapa yg nk pinjam duit bini.
Quote mamajawie 30-11-2020 06:23 PM
Nak menjemput tansri @Kurex untuk memberikan kata2 semangat kepada syahmi koteh ehh toteh ni..
Quote Perawankota 30-11-2020 06:47 PM
Klu kutipan 6.4mil, astro makan komisen berapa.. Berapa net profit dia dpt?
Quote AshKetchum 30-11-2020 06:51 PM
fefeling jah ko ni nak pinjam duit orang bagai lepas tu kalau flop tak reti nak bayar kan? lepas tu mula la buat  produk hauk overpriced syok sendiri suruh netizen support cam si nenek senduwati tersohor yang liat nak bayor hutang tu kan?
Quote Kurex 30-11-2020 06:59 PM
mamajawie replied at 30-11-2020 06:23 PM
Nak menjemput tansri @Kurex untuk memberikan kata2 semangat kepada syahmi koteh ehh toteh ni..

Rupa tak menarik.. kalau sskjp mcm zue islam tu boleh la tolong sambil terlentang atas badan zue islam
Quote mamajawie 30-11-2020 07:06 PM
Kurex replied at 30-11-2020 06:59 PM
Rupa tak menarik.. kalau sskjp mcm zue islam tu boleh la tolong sambil terlentang atas badan zue i ...

Hamboihh tansri porem nihh..marah si minik jue seley tu kang..btw heollss memang rembes lagi2 masa citer Sebenarnya Dia Isteri Saya tu..
Quote doubleA 30-11-2020 09:27 PM
Makhluk mana ni iols tak layan youtubers ataupun filem totey dia tu whoareyusssss motif thread kat sini? G la bod personaliti med soc tu
Quote Normabaru 30-11-2020 10:57 PM
@Kangkung1M maybe kekrul blh join team sskjp

hero dpt 7J..mael totey 6.4J xjauh beza dah tu
Quote kiah_mai_pulak 30-11-2020 10:59 PM
mamajawie replied at 30-11-2020 07:06 PM
Hamboihh tansri porem nihh..marah si minik jue seley tu kang..btw heollss memang rembes lagi2 masa ...

kena marah takpe lagi, takut je awin nurin tu dtg serang pastu kokak si kurex tu nnti... hahahahhaaha
Quote YomiuriLandMae 1-12-2020 12:28 AM
lawa gak bini dia.. tp muka sskjp sgt..
Quote smeetasmitten 1-12-2020 09:50 AM
sori nak tanya
anak dia sakit terlebih kromosom ke?
Quote RatuDunia94 1-12-2020 12:17 PM
Muka mcm pengkid la laki ni
Quote inspektoremos21 1-12-2020 12:21 PM
Dua2 muka very the kelantanese.
Quote Kangkung1M 2-12-2020 10:55 AM
Edited by Kangkung1M at 2-12-2020 07:52 AM
Normabaru replied at 30-11-2020 10:57 AM
@Kangkung1M maybe kekrul blh join team sskjp

hero dpt 7J..mael totey 6.4J xjauh beza dah tu

Huhu macam tak kena perbandingan dua filem ni. Filem Wira lakonan Hairul Azreen dgn filem Totey ni lain liga lain cara.

Filem Totey kos pembuatan RM400k, kutipan RM6.4 juta, untung RM6 juta. Dan filem ni ditayangkan menggunakan platform Astro First sahaja. Produksinya berskala kecil, bersifat independent iaitu takde penaung, penaja dan pemamer. Pengarah seorang youtuber yg langsung tiada pengalaman dlm proses penerbitan drama or filem.

TINDAKANNYA menerbitkan filem terlebih dahulu tanpa menjalinkan kerjasama awal dengan mana-mana pemamer dianggap sangat berani.

Namun, Syahmi Sazli mampu tersenyum apabila filem Mael Totey The Movie arahan dan terbitannya mula menemui penonton menerusi saluran Astro First sejak kelmarin.

Syahmi yang juga penulis skrip dan pelakon filem ini berkata, dia memperjudikan nasib mengeluarkan modal hampir RM400,000 semata-mata untuk filem ini.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/rap/2020/10/634056/rm400000-untuk-mael-totey

[ig]https://www.instagram.com/p/CHrhh2_lwHE/[/ig]
Filem Wira pula modal RM8 juta, kutipan di panggung RM7.6 juta. Masuk dlm kategori filem rugi jika hanya ambil kira kutipan di panggung.

[ig]https://www.instagram.com/p/B6w64QwDeit/?utm_source=ig_embed[/ig]
Wira ditayangkan di panggung seluruh Malaysia dan beberapa negara Asean seperti Indo, Singapura, etc. Ia juga disiar menerusi platform Astro First n Netflix. Menurut pengarah Adrian Teh, Wira naskhah filem aksi bertaraf internationale.

Malah skill para pelakonnya juga bertaraf Huliwud (ni Hairul yg cakap, bukan aku).

Jika Totey bersifat independent, Wira pula dikategorikan sebagai filem berskala besar. Ini antara penerbit, penaja, penaung dan pemamer Wira:

-Multimedia Entertainment
-ACT 2 Pictures
-GSC
-Astro Shaw
-Sun Life, etc.

Dan aku baru tahu penaja utama filem2 lakonan Hairul iaitu Paskal dan Wira ialah Asia Herbal Biotech (AHB).

410z29.png
Sumber: https://www.facebook.com/2372688752952173/posts/asia-herbal-biotech-ahb-merupakan-penaja-utama-filem-wira-2019-yang-akan-ditayan/2461263997427981/

[fbp]https://www.facebook.com/2372688752952173/photos/a.2372692526285129/2637702099784169/[/fbp]

Siapa AHB ni? Leh baca bawah.

410z30.png
Sumber: https://www.facebook.com/AntiSontot/posts/ada-pm-tanya-pasal-asia-herbal-biotechasia-herbal-biotech-ahb-ni-sebuah-mlm-yang/670510256643618/

410z31.png Sumber: http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/03/asia-herbal-biotech-fungustek.html

So itulah kisahnya pasal Totey dan Wira. Kedua filem ini lain liga n lain cara. Satu terbit filem guna modal hasil keringat sendiri, satu lagi hasil...???

Quote Normabaru 2-12-2020 02:59 PM
Kangkung1M replied at 2-12-2020 10:55 AM
Huhu macam tak kena perbandingan dua filem ni. Filem Wira lakonan Hairul Azreen dgn filem Totey ni ...

Mmg saja taip gitu mmg tunggu kekkung togel semua nmpk sgtla kekrul loser. hahahah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.077869 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top