CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Boleh Masuk Website, Aplikasi Maybank2u? Gunalah MAE

30-11-2020 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4718| Komen: 25

Susulan gangguan sistem dihadapi laman web dan aplikasi Maybank2u sejak pagi tadi, kumpulan perbankan, Maybank meminta pelanggan menggunakan aplikasi MAE.

Katanya, pelanggan boleh log masuk aplikasi MAE menggunakan ID pengguna dan kata kunci Maybank2u sedia ada bagi melakukan sebarang transaksi seperti pemindahan wang atau pembayaran bil.




“Ingin dimaklumkan bahawa laman web dan aplikasi Maybank2u sedang mengalami gangguan sementara yang menyebabkan sistem menjadi perlahan.

“Bagaimanapun, aplikasi MAE beroperasi seperti biasa.

“Anda boleh log masuk ke dalam aplikasi MAE menggunakan ID pengguna dan kata kunci Maybank2u sedia ada untuk melakukan transaksi yang sama dengan aplikasi Maybank2u seperti pemindahan wang dan pembayaran bil.

“Kami memohon maaf di atas ketidakselesaan,” katanya dalam ciapan di Twitter rasmi bank berkenaan hari ini.



Kredit foto: Twitter

Maybank menjadi trending di Twitter hari ini apabila para pengguna merungut dan melahirkan kemarahan mereka kerana gagal log masuk ke dalam laman web dan aplikasi Maybank2u. Malah pada awal pagi tadi, aplikasi MAE juga tidak berfungsi.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 30-11-2020 11:05 AM
musim gaji dengan BPN ke ape tu kan last week... eh BPN ke nama  nya? yang orang masuk duit ramai2 dalam akaun tu... ke BSH? sorry tak amek pot sangat
Quote kuzaime 30-11-2020 11:29 AM
Hari ni dari pagi tadi lagi x boleh nak login pun
Quote sarah82 30-11-2020 11:32 AM
Aku baca terus check.. Betul.. Ada mslh nak masuk apps.
Quote mamajawie 30-11-2020 11:34 AM
btul, aku baru pas bukak website m2u ni..dri smlm kejap ok kejap tak cm hape je..hbis memasing wfh so org2 keje system admin payah nk control kot..kot la aku xtau
Quote R2D2 30-11-2020 12:57 PM
Laman web, aplikasi Maybank2u hadapi masalah
Oleh Wartawan BH - November 30, 2020 @ 12:36pm


KUALA LUMPUR: Laman web dan aplikasi Maybank2u sedang menghadapi masalah akses lambat, namun aplikasi MAE boleh beroperasi seperti biasa.

Maybank dalam laman sosialnya menjelaskan, pengguna boleh log masuk ke dalam aplikasi MAE menggunakan ID pengguna dan kata laluan Maybank2u sedia ada untuk melakukan transaksi perbankan dalam aplikasi Maybank2u seperti pemindahan wang serta pembayaran bil.

"Kami memohon maaf di atas sebarang masalah yang timbul dan berterima kasih di atas kesabaran anda ketika kami menyelesaikan isu ini secepat mungkin," katanya.
Quote insulin 30-11-2020 01:00 PM
Mohon abang @dino masuk mengulas.
Quote hotmak 30-11-2020 01:05 PM
haritu time dpt bpn jem, 25hb haritu pun susah login ingat sebab gomen gaji, harini pun tak boleh login jgk
Quote Rogue98 30-11-2020 02:14 PM
Kena sabotaj?
Nasib baik semua bills dah bayar last week.
Quote Lagubestbest 30-11-2020 02:38 PM
mamajawie replied at 30-11-2020 11:34 AM
btul, aku baru pas bukak website m2u ni..dri smlm kejap ok kejap tak cm hape je..hbis memasing wfh s ...

biasa sorang dua je kan? untuk lepak tak buat apa maintain backend yg kadang2 je problem.
Quote Mina2215 30-11-2020 03:10 PM
Tu la risau gak tadi takleh login. Entah2 scammer dah tukar password account M2U I ke.
Quote Scheherazade 30-11-2020 04:54 PM
Dr last wk lg dia buat hal camni. Aku nk transfer duit kt member dr hr selasa, sabtu pg br dpt.
Quote gekkou 30-11-2020 07:03 PM
bila complain kat fb
admin suruh guna apps
admin pun tak tahu apps turut punya masalah nak login
lepas tu promo suruh download MAE
apoooo
banyak sangat apps maybank nak kena download


Quote batmana 30-11-2020 08:15 PM
Kene DDoS ler...saje ckp lain
Quote gigahertz 30-11-2020 08:19 PM
Rogue98: Kena sabotaj?Nasib baik semua bills dah bayar last week.

Dia saja tu. Nak paksa user mybank2u guna sistem baru
Kalau sistem web. Teruk kena maintain. Sebab old pc / old devices masih guna mybnk2u.
Quote Perawankota 1-12-2020 03:09 AM
Aku mmg dah guna MAE tu.. Actually ada bagusnya, sbb kita blh tgk expenses kita, berapa kita dh guna bulan tu, apa kita shopping apa semua..
Quote PinkyPie 1-12-2020 06:13 AM
Few weeks ago dpt code baru duitnow ke apa, ganti code qrpay lama.
Quote Firenzza 1-12-2020 08:16 AM
Ya betul....nk buat transfer duit punya la lagging mcm internet tahun 90an
Quote Suchi 1-12-2020 08:19 AM
sarah82 replied at 30-11-2020 11:32 AM
Aku baca terus check.. Betul.. Ada mslh nak masuk apps.

Gara2 mebengtuyu wat hal iols tak dapat guna voucher new user kat lazada huwaaa
RM12 byk gak tu. Tamat kul 12pm smlm.
Pastu kenapa dah takde ye voucher tu??
Cemana nk dapat voucher yg best2 kat lazada mcm free shipping ke apa?
Quote sukacactus 1-12-2020 08:21 AM
Baru guna kejap td transfer ke seller cactus, ok je

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.075776 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top