CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Kanak-kanak 'Disorok Bunian' Tak Ditemui Kerana Bomoh Tak Bersatu Hati

30-11-2020 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5268| Komen: 19

Kes kehilangan tiga kanak-kanak di Sumatera Utara yang menjadi kontroversi mencetuskan perbalahan antara polis dan bomoh sehingga pihak berkuasa melarang semua aktiviti paranormal di daerah itu kononnya untuk memulihkan ketenangan.



Papan tanda larangan aktiviti paranormal
Kredit foto: Harian Metro/Agensi

Sub Inspektor Polis Sukadi, ketua pasukan perisik yang menyelaras pencarian kanak-kanak itu memberitahu 'This Week in Asia', ramai penyiasat paranormal dari seluruh Indonesia berkunjung ke Kampung Naman Jahe di Langkat untuk membantu pencarian.

"Sudah tiga minggu mereka mengadakan ritual, tetapi satu pun tidak mendatangkan hasil. 

"Ia boleh menyebabkan ibu bapa kanak-kanak itu mengalami trauma psikologi kerana bomoh terbabit sering merakam peristiwa itu (ritual) dan memuat naik ke saluran Youtube masing-masing," katanya seperti dilaporkan SCMP.com.


Tiga kanak-kanak itu, Alfisah Zahra, dan Nizam Aufar Reza masing-masing berusia tujuh tahun serta Yoghi Tri Herlambang, 8, hilang selepas bermain berhampiran rumah mereka, sejak 18 Oktober.

Ahli keluarga dan jiran kemudian meneruskan pencarian sebelum memaklumkan kepada pihak polis mengenai kehilangan mereka pada petang hari kejadian.

Sebaik kejadian itu tersebar, sejumlah bomoh dari daerah itu tampil melakukan pelbagai ritual di lokasi terakhir kanak-kanak itu dilihat termasuk dalam ladang kelapa sawit dan tasik.

"Mereka memaklumkan kanak-kanak itu dibawa bunian ke dalam hutan dan disembunyikan di situ.

"Kami percaya mungkin mereka diculik, tetapi kami lebih percaya kepada teori bunian," kata Susilawati, ibu kepada Yoghi.


Tasik lokasi mangsa dipercayai lemas
Kredit foto: Harian Metro/Agensi

Pada mulanya, hanya bomoh tempatan atau lebih dikenali sebagai dukun terbabit dalam aktiviti pencarian.

Namun, sebaik berita kehilangan mereka disiarkan dalam media arus perdana, ramai bomoh dari seluruh negara mulai tiba ke kampung itu.

Ketua Kampung, Jumaan berkata, terlalu ramai bomoh berada di kawasan itu menyebabkan penduduk tempatan tidak selesa.

"Setiap kali mereka melakukan ritual, penyiasat paranormal meminta pakaian kanak-kanak itu kononnya untuk menyalurkan semangat, sekali gus menemukan kedudukan mereka.

"Akhirnya, pakaian kanak-kanak itu habis hanya untuk memenuhi ritual berkenaan," katanya.

Seorang bomoh dari kampung itu, Supeno berkata, ritual yang dilakukan tidak mendatangkan hasil kerana kebanyakan bomoh berkenaan tidak bersatu hati sehingga menyebabkan 'semangat' tempatan marah.

Katanya, dia juga percaya makhluk tempatan yang 'menjaga' kawasan itu termasuk bunian dan roh lain enggan bekerjasama kerana tidak gembira apabila berlaku peningkatan aktiviti paranormal.

Bagaimanapun, Sukadi berkata, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kanak-kanak itu diculik, mengalami kecelakaan di sekitar kampung itu yang diliputi ladang kelapa sawit dan hutan tebal atau lemas dalam tasik berdekatan.

Namun, pencarian di dalam tasik sudah tiga kali dilakukan oleh penyelam dari pasukan Basarnas tidak menemui sebarang petunjuk.

Pencarian kanak-kanak itu masih diteruskan dan kesemua ibu bapa percaya anak mereka masih hidup.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 30-11-2020 12:25 PM
macam kes acap la kot

segala tok nenek bomoh datang, macam2 jenis ritual ada

sampai ke hari ni jugak acap tak balik2

Quote taji2906 30-11-2020 12:35 PM
ntah pelik2 jek kat sana. kalau kat youtube tu mcm2 mengarut. siap boleh interview hantu lagi. hahaha. tapi yg lagi pelik tu, ada jgk org indon percaya benda2 tu.. adoiiii
Quote dua_chzy 30-11-2020 12:37 PM
saviour_09: macam kes acap la kotsegala tok nenek bomoh datang, macam2 jenis ritual adasampai ke hari ni jugak acap tak balik2


Siap bunian jahat berperang dengan bunian baik. Tetap takda hasil.
Quote dua_chzy 30-11-2020 12:37 PM
taji2906: ntah pelik2 jek kat sana. kalau kat youtube tu mcm2 mengarut. siap boleh interview hantu lagi. hahaha. tapi yg lagi pelik tu, ada jgk org indon percay ...


Malaysia pun sama je...
Quote sekngucing 30-11-2020 12:53 PM
taji2906 replied at 30-11-2020 12:35 PM
ntah pelik2 jek kat sana. kalau kat youtube tu mcm2 mengarut. siap boleh interview hantu lagi. hahah ...

ada jugak. indon percaya? this is indon... khurafat agama no 2 mereka ni...
Quote CiliPadiSedap 30-11-2020 12:55 PM
tengku jalal outstation ke jepun. dengar cerita  makan takoyaki tercekik berada di hospital tokyo.
Quote krustykrab 30-11-2020 12:59 PM
Aku teringat drama pasal bunian syok kat manusia sampai nk caras dr bini dia yg tgh ngandung...duk kuar masuk tmpt bunian dgn manusia...
Quote mamajawie 30-11-2020 01:53 PM
ape citer si acap tu?tah hidup lagi ke da arwah
Quote saviour_09 30-11-2020 02:05 PM
dua_chzy replied at 30-11-2020 12:37 PM
Siap bunian jahat berperang dengan bunian baik. Tetap takda hasil.

laaaaahai yg bonian tu pun

mula2 macam nak caye jugak follow

tak sampai half way dh no, thank you sis
Quote husna_amal 30-11-2020 04:40 PM
Lama tu sejak oktober.
Quote dudaberhias 30-11-2020 08:36 PM
alahai leluhur...
tapi if betul.... nanti anak2 deorang tu jadi galadriel teruihh melawan sauron ke macam mana?
Quote Acikgomen 30-11-2020 08:53 PM
dua_chzy replied at 30-11-2020 12:37 PM
Siap bunian jahat berperang dengan bunian baik. Tetap takda hasil.

Perantara bunian tuh majuk sbb poremer semua hantam heshe, buat personal attack bagai
Chuols lupa kerrrr
Kesian acap jadi mangsa dek hati hitam poremer cari
Quote Acikgomen 30-11-2020 08:55 PM
CiliPadiSedap replied at 30-11-2020 12:55 PM
tengku jalal outstation ke jepun. dengar cerita  makan takoyaki tercekik berada di hospital tokyo.

Kalo tengku jalal masuk ward, tengku fahrin kan aderrr
Quote dua_chzy 30-11-2020 09:15 PM
Acikgomen replied at 30-11-2020 08:53 PM
Perantara bunian tuh majuk sbb poremer semua hantam heshe, buat personal attack bagai
Chuo ...

Tak lupa tapi kesian gak akak tu. Sheol ok je dengan poromers lain bertahun2 sebelum kes Acap tu...
Quote rogayahtop 1-12-2020 05:52 AM
ada la tu pinjam dapat pinggan corelle pulang balik pinggan colgate
Quote RatuDunia94 1-12-2020 12:32 PM
rogayahtop replied at 1-12-2020 05:52 AM
ada la tu pinjam dapat pinggan corelle pulang balik pinggan colgate


Atau main duit kutu pinggan dgn bunian x bayar la tuh..
Quote HuoJingJue 2-12-2020 11:56 AM
ntah2 budak2 tu dah kena jual..
Quote BarbiePink 3-12-2020 10:38 AM
indon dan bomoh berpisah tiada
tp kesian sgt dgn parents budak2 tu
moga ditemui walaupun peluang amat tipis
Quote amyza 3-12-2020 10:50 AM
Kat kampung i ada citer urban legend org kampung. Kena culik dengan bunian, hilang 1minggu. Tup tup muncul balik dari arah sungai, tapi dah tak betul orang nya.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065762 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top