CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Salah Langkah, Pinggang 'Meletup' Masa Angkat Sofa

29-11-2020 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5975| Komen: 16

Sakit pinggang boleh terjadi disebabkan pelbagai keadaan, antaranya duduk terlalu lama atau tersalah posisi ketika mengangkat barang.

Namun, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai posisi atau postur badan yang betul ketika mengangkat barangan berat.


Padahal, akibatnya amatlah buruk dan memberi kesan jangka panjang kepada tulang belakang terutama bahagian pinggang, sebagaimana yang menimpa lelaki ini.

Terdahulu, kisah lelaki tersebut dikongsikan rakannya menerusi laman Twitter, sehingga meraih 10,100 retweet dan lebih 7,000 tanda 'suka'.

"Nak pesan dekat kawan-kawan yang selalu angkat barang berat. Tolong amalkan cara angkat yang betul. Bercangkung, bukan bongkok kalau nak angkat barang. Tak kira ringan atau berat. Member aku baru kena tadi. Meletup pinggang. Belum tahu result. Tapi langsung tak boleh bangun atau duduk," demikian ciapannya.



Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Muhamad Hafiz Abdul Kadir berkata ketika kejadian, dia sedang mengangkat sofa yang sudah dibersihkan untuk dibawa masuk semula ke dalam rumah salah seorang klien.

"Saya buat 'part-time job' kerja pembersihan dengan kawan. Ketika itu dah selesai membersihkan sofa dan tinggal nak angkat masukkan ke dalam rumah.

"Masa sedang angkat sofa yang terakhir, saya tersalah langkah ketika nak letakkan sofa. Masa itu terdengar bunyi 'letupan' kecil daripada bahagian pinggang.

"Serentak dengan itu, saya tak boleh berdiri mahupun berjalan. Memang hanya mampu duduk sambil menahan sakit. Kawan-kawan yang tolong angkat, bawa masuk dalam kereta dan hantar ke hospital," imbas Muhamad Hafiz mengenai kejadian yang berlaku Ahad lalu.




Menurut Muhamad Hafiz, hasil pemeriksaan yang dilakukan, doktor mengesahkan bahawa tiada tulangnya yang patah, dan ia hanya berkaitan dengan urat saraf.

"Namun begitu, dua hari juga saya terlantar dalam wad. Hanya hari kedua baru saya boleh bangun dan berjalan perlahan-lahan untuk ke bilik air dan sebagainya," kata pemuda berusia 28 tahun ini.

Bercerita lebih lanjut, Muhamad Hafiz yang juga pemilik sebuah kedai aksesori kereta berkata, sungguhpun insiden berkenaan sudah hampir seminggu berlaku, dia masih lagi belum pulih sepenuhnya.


Kredit foto: Twitter

"Saya sudah boleh uruskan diri sendiri perlahan-lahan namun pergerakan sangat terhad. Begitu susah, sukar dan sakit. Inilah pengalaman pertama sakit sehingga dimasukkan ke wad. Ini betul-betul pengajaran untuk saya. Selepas ini kena lebih hati-hati.

"Saya tak tahu pada mulanya kisah saya viral dekat Twitter sebab tak ada akaun di laman sosial itu. Hanya selepas keluar wad, baru kawan beritahu.

"Saya harapkan perkongsian tersebut boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain terutama yang terlibat dalam kerja-kerja berat ni agar berhati-hati dan praktikkan posisi yang betul. Salah langkah, memang dapat sakit," katanya lagi.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 29-11-2020 11:40 AM
Jgn main-main dgn benda gini oooo... Wajib ikut posture yg betul ya. Bila dah sakit tu, tak tertahan oooo... Muka maybe boleh senyum tapi menanggung sakit tu Tuhan saja yg tau.
Quote sarah82 29-11-2020 11:46 AM
Aku kena.. Sakit gila bila berjalan. Tapi x la sampai x boleh duduk /berjalan..
Quote noor2 29-11-2020 11:51 AM
Wartawan cari ni sesuka hati letak thread merata ikut suka hati dia...pi la ke bod perubatan ke...atau yg sesuai dari isu semasa....tahula dibayar gaji...
Quote bakingsoda 29-11-2020 12:08 PM
aku penah kena, bukan pinggang tapi belakang. nak tarik karpet bawah kaki meja, nak angkat meja yg berat tuh tersilap langkah prakkk sakit blkg. berbulan hazab nak rukuk, nasib ada pakcik kat sini pakar betulkan tulang tapi lepas dia betulkan amik minggu jugak nak ok. lepas kena tu takut la jap nak angkat  barang2 berat
Quote Mamason 29-11-2020 12:43 PM
Mama dah kena skrg nie... bila dah kena baru nak sedar diri.

Hari tu masa mula2 kena xboleh nak berjalan...sakit sgt.  Sampai jiran tlg hantar ke Kecemasan.  Dr. buat xray and skrg tunggu utk MRI.  Now on ubat tahan sakit and mmg stop buat kerja2 berat even memasak utk tempahan pun mama stop.  Biarlah, ada lah rezeki ikut lain tu... sedih mmg lah...salah satu punca rezeki...tapi kesihatan paling utama.  Kalau dah sakit, anak2 pun terabai.  Nak memasak makan utk keluarga pun xmampu masa mula2 kena.  Now still sakit.  Tapi dah boleh laa bawak kereta gi kerja.  Memang kena fikir kesihatan paling utama... beringat kalau nak buat ape2 pun... Memang serik.
Quote Artemesiaa 29-11-2020 01:15 PM
Betul tu ramai tak tahu cara yang betul bila nak angkat barang berat akhirnya menyebabkan kecederaan sendiri juga yag susah lambat pula nak baik
Quote sarah82 29-11-2020 01:52 PM
bakingsoda replied at 29-11-2020 12:08 PM
aku penah kena, bukan pinggang tapi belakang. nak tarik karpet bawah kaki meja, nak angkat meja yg b ...

Aku pulak pi berurut dan buat bekam
Quote rogayahtop 29-11-2020 04:03 PM
angkat sofa? patut la lengan beso.semoga cepat sembuh. kuat orgnya, senyum pun maneh.
Quote RatuDunia94 29-11-2020 07:30 PM
Boleh kena buasir juga kalau angkat barang berat2 selalu
Quote fly_in_d_sky 29-11-2020 07:39 PM
kalau dah bunyi pop tu ada kemungkinan slip discs
kalau tak teruk boleh elok .. dengan cara fisioterapi tapi ambil masa yang lama
kalau teruk kena operate ...
jangan pergi urut ..

kalau kena spinal arthritis (either neck atau back)
memang takde ubat ..
memang tak boleh buat kerja berat apa bagai
ubat .. bergantung pada doktor
takpun ambil supplemen yang doktor rekemen ...
kalau dah sakit belakang .. alamat pergilah baring for few hours
and tampal belakang guna plaster untuk back pack


Quote Perawankota 30-11-2020 04:09 AM
Pernah kena masa keje dulu.. Dgn postur badan x betul waktu keje, pakai lak heels.. Satu hari tu nak bgn dari toilet, tiba2 belakang berbunyi, terus nk diri tegak x leh, nk baring n duduk balik x leh.. P klinik Doctor cucuk jarum.. Sakit dia Tuhan je tau..
Quote KIM.K 30-11-2020 09:26 AM
Taktau laki pun boleh alami pinggang meletup
Perempuan boleh kena tombong angkat2 berat ni. Either vaginal prolapse or colon prolapse
Quote husna_amal 30-11-2020 12:23 PM
Mungkin tak biasa buat kerja berat sampai teknik pun tak betul.
Quote caprut 30-11-2020 12:26 PM
RatuDunia94 replied at 29-11-2020 07:30 PM
Boleh kena buasir juga kalau angkat barang berat2 selalu

Ye, btol tu
Quote caprut 30-11-2020 12:28 PM
KIM.K replied at 30-11-2020 09:26 AM
Taktau laki pun boleh alami pinggang meletup
Perempuan boleh kena tombong angkat2 berat ni. Either  ...

Sebab tu aku selalu sinis je org rmai especially acik forum or perasan bgos sruh org lain kjer kedai. Ingt kjer kedai  senag. Risiko sakit mmg byk. Dgn kjer 6 hari smggu gaji kedekut nk mmpus. Ended up ko tgok pacik2 tua  or macik yg tua still kjer kedai jln pon da x btol
Quote KIM.K 30-11-2020 12:39 PM
caprut replied at 30-11-2020 12:28 PM
Sebab tu aku selalu sinis je org rmai especially acik forum or perasan bgos sruh org lain kjer ked ...

org keje kedai ni banyak angkat kotak kanada member tembam jadi kurus keje supermarket

kawan aku dulu anak tokei buah selalu angkat bakul, lengan kuat

dia sorang je pompuan lepas monkey rack masa competition
tapi ramai kitorang laki pompuan kena sembelit sebab prolapse

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.310151 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top