CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Caprut Pedo" Rebah Disebat, Mengerang Kesakitan Rayu Hukuman Diberhentikan

27-11-2020 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8683| Komen: 45


Seorang lelaki menangis ketika dia dirotan di Aceh, Indonesia, selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak. - Foto AFP



ACEH: Seorang pemuda rebah selepas disebat hampir 150 kali atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak di bandar Idi, di timur Aceh. 

Lelaki berusia 19 tahun itu menangis dan mengerang kesakitan sebaik disebat di belakang badan dengan rotan.

Beliau turut merayu supaya hukuman diberhentikan bagi mendapatkan rawatan doktor sebelum sebatan diteruskan.

Awal tahun ini, beliau ditahan atas tuduhan mencabul dan merogol seorang mangsa, yang umurnya tidak didedahkan.

Beliau dikenakan 146 sebat, antara hukuman tertinggi bagi kesalahan serius.

Jurucakap pihak pendakwaan, Ivan Nanjjar Alavi, berkata hukuman maksimum adalah bertujuan untuk mencegah.

Sementara itu, dua lelaki masing-masing berusia 40 tahun dan 21 tahun disebat 100 kali kerana melakukan persetubuhan dengan pasangan bawah umur.

Hukuman sebat di khalayak ramai di Aceh sering mendapat kritikan daripada kumpulan hak asasi dan mampu menarik ribuan penonton, walaupun angka semakin itu semakin menurun berikutan pandemik COVID-19.

Aceh membenarkan hukuman sebat bagi pelbagai kesalahan, termasuk judi, zina, meminum arak, hubungan homoseksual dan persetubuhan luar nikah.

Bagaimanapun, kebanyakan penduduk daerah menyokong pelaksanaannya. 



Sumber - AGENSI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 27-11-2020 06:10 PM
Tukang sebat tu pompuan ke?
Quote sikatkutu 27-11-2020 06:12 PM
sempoi...tak ada nak censored muka.dah nama perangai macam setan jadah apa nak cover. tahu pulak sakit..150 kali bhai...puas hati
Quote dudaberhias 27-11-2020 06:13 PM
Belibis replied at 27-11-2020 06:10 PM
Tukang sebat tu pompuan ke?

Pompuan rasanya kaka
Quote wnwa05 27-11-2020 06:15 PM
lawak lah tt.. caprut pedo... ayat ni dah lama tak dengar. ayat lejen ci ni
Quote wnwa05 27-11-2020 06:15 PM
Belibis replied at 27-11-2020 06:10 PM
Tukang sebat tu pompuan ke?


perempuan tapi tenaga mike tyson


Quote Centurion 27-11-2020 06:17 PM
Padam muka. Patut sebat sekali kat totey dia jugak.
Quote Cekgushilla 27-11-2020 06:23 PM
Haaa baru ada akai
Lepas ni sapa hat nk buat tu pikiaq 4o kali dulu mau kena sebat besepai isi
Ptut bg budak yg jd mangsatu dok depan dia masa dia kena sebat bg puas hati mangsa haaa amek kauu padan mukaaa
Haaa gitewwww
Quote Kurex 27-11-2020 06:30 PM
Ingatkan yg bukak benang ni ejalti
Quote sarah82 27-11-2020 06:32 PM
150 kali.. Perghhh.
Quote nenekglamer 27-11-2020 06:35 PM
Ada hukuman sebat pun tetap berani amik risiko buat jahat. Bukan dia xmaklum.  Well.. mendapat lah.
Quote namr 27-11-2020 06:48 PM
Bg hukuman kerat kotey la
Quote meteorspeed 27-11-2020 06:50 PM
Sebat jer lagi..kanak-kanak yg ko rogol tue sengsara ko tak tau mcm mana
Quote shernazz 27-11-2020 06:58 PM
Ooo algojo
Oooo nanti dulu..
Quote makneng 27-11-2020 07:57 PM
Ni namanya bersedap2 dahulu.. Meraung-raung kemudian... Harap tak bebak la pungkok dia kena pepah
Quote Catpaw 27-11-2020 08:03 PM
Mangsa rasa terbela
Quote AbukRokok 27-11-2020 08:25 PM
aku rasa dia berlakon je tu pengsan mengerang kesakitan
hukum hudud sebat bukan mcm hukum sivil punya sebat
klu kne 150 sebat hukum sivil.. boleh meninggal ko
Quote midori_katana 27-11-2020 09:01 PM
Wartswan nu dah kenapa... tak sesuai guna ganti nama beliau utk org jahat...
Quote Carcosa 27-11-2020 09:06 PM
Dah tau nak kena sebat pun, kepala bawah yg buat final decision. Tak takut langsung. Hah padan muka ko, kena sebat
Quote rangerx 27-11-2020 09:16 PM
tau pun sakit

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.069347 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top