CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Lima Tahun Tam Spider Tak Dapat Royalti, Apa Cerita Ni RPM?

27-11-2020 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10476| Komen: 59

Penyanyi dan komposer terkenal, Tam Spider yang juga ahli Recording Performers Malaysia (RPM) mengakui sudah lima tahun tidak mendapat bayaran royalti daripada badan itu.

Tam berkata, dia hanya menerima bayaran royalti untuk tahun 2014 dan 2015 sebanyak RM7,000 kira-kira tiga bulan lalu.

"Untuk tahun 2016 sehingga tahun ini, tidak tahu bila pula akan dapat. Apa saya perasan dalam RPM ini, kalau ada pihak yang desak dan bising, baru mereka bayar. Kalau tidak, memang akan diam terus. Malah, jika ada pun, kadang-kadang mereka diamkan juga.

"Ketika ia dikawal Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) sebelum ini pun sama juga. Apabila RPM diwujudkan, konsepnya lebih kurang. Mereka ada buat kutipan, tapi tidak diagihkan kepada ahli mengikut waktu yang sepatutnya. Bayangkan, sewaktu ia dikendalikan PRISM, saya pernah mendapat bayaran royalti sebanyak RM200 ke RM300 sahaja setahun. Kalau ada keluhan baru dinaikkan sikit," katanya.

Foto: Google


Tam berkata, isu royalti tidak sepatutnya timbul selain berharap siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyelesaikan kemelut yang melanda.

"Kita ada banyak persatuan pengkarya dan karyawan untuk mewakili penggiat seni, tapi seperti tak berfungsi. Bagi saya, isu ini tak patut timbul sebab ini hak anak seni dan harta intelektual. Saya tahu badan yang diwujudkan ini ada sistem, jadi ia patut berjalan lancar. 

"Apabila timbul isu ini, kita nak tahu saluran betul untuk suarakan hak. Memandangkan ini adalah hal belakang tabir, kalau boleh kita pun tak nak jadi isu besar. Jadi ia perlu diuruskan dalam keadaan baik.

"Namun, jika majoriti ahli bising, pasti ada sesuatu yang berlaku. Cumanya, apabila sudah sampai ke peringkat SPRM, saya berharap perkara ini akan selesai. Kasihan pada pemuzik lain yang berhempas pulas, tapi tak dibayar," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez mendesak Pengerusi RPM, Datuk Sheila Majid meletak jawatan berikutan kegagalannya menyelesaikan isu royalti artis.

Freddie berkata, Sheila sudah tujuh tahun menjawat jawatan itu, tetapi isu royalti belum ada kesudahan sehingga kini.

Kemudian, SPRM menyerbu empat pejabat badan pengurusan royalti artis kelmarin bagi memulakan siasatan berhubung isu dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu.

Antara pejabat yang diserbu adalah Recording Performers Malaysia (RPM), Public Performance Malaysia (PPM), Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).-CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 27-11-2020 12:46 PM
Pa cite Datuk Shiela..
Quote makadek 27-11-2020 12:52 PM
Knpa dgn crush i ni
..
Quote ira_sindarella 27-11-2020 12:58 PM
Edited by ira_sindarella at 27-11-2020 12:59 PM

Masa kerja kt butik lama.. boss first time nak involve fesyen show. Suruh i cari lagu melayu nak buat catwalk sesuai ngan koleksi baju sopan kemelayuan...

Bagi music dekat organizer.. organizer suruh tukar lagu. Dia ckp jgn pakai lagu melayu. Sebab leceh. Nnt kalau ada orang industri kat event show.. nnt dia claim kena bayar royalti. Last last tukar... Ambik lagu kety peri. Hahahaa.

Tak sangka time kutip rajin. Tp tak sampai plak pd tuan punya lagu. Hahahaha
Quote shernazz 27-11-2020 01:27 PM
ira_sindarella replied at 27-11-2020 12:58 PM
Masa kerja kt butik lama.. boss first time nak involve fesyen show. Suruh i cari lagu melayu nak bua ...

Baru iols paham kenapa rwstoran suka pasang lagu omputih
Paling tak.boleh lupa..kfc pasang lagu mahligai dari air mata by lestari..
Quote najib888 27-11-2020 01:36 PM
Sampai ke hari ni aku tak faham kaedah bayaran royalti ni..
1. Sampai bila seseorang artis tu layak mendapat royalti? Macammana pembahagian percent? Penyanyi, pencipta, penerbit..
2. Berkenaan hak cipta, publishing/ recording company pegang hak cipta sampai bila?
3. Ada dengar juga, artis tak boleh persembahkan karya nyanyian sendiri kerana terikat dgn isu hakcipta dari sykt penerbitan..

Isu ni, bukan hanya isu kat Malaysia, tapi seluruh dunia.
Harap sapa2 dalam industri boleh bg pandangan..
Quote vee_zara 27-11-2020 01:38 PM
najib888: Sampai ke hari ni aku tak faham kaedah bayaran royalti ni.. 1. Sampai bila seseorang artis tu layak mendapat royalti? Macammana pembahagian percent? P ...

Yup me too. Can someone in industry explain please
Quote sleepandream 27-11-2020 01:44 PM
Tok Sheila Majid... makan gaji buta keee
Quote husna_amal 27-11-2020 02:58 PM
RPM takde duit ke tu...Tak baik buat macam tu, sampai kena tagih datang tuntut royalti.
Quote rangerx 27-11-2020 07:42 PM
legend ni......
Quote sokmogitu 27-11-2020 07:57 PM
Tok Sheila dah kena serbu SPRM kan kelmarin?
Quote Acikgomen 27-11-2020 08:09 PM
sokmogitu replied at 27-11-2020 07:57 PM
Tok Sheila dah kena serbu SPRM kan kelmarin?

Acik forever menyampah dgn silamajid perasan namampos neh
Mak heshe fefeling kerabat chuols puikkkk
Quote YomiuriLandMae 27-11-2020 08:11 PM
so maknanya mmg AIM pun berkubur je la di angin lalu.. sedihnyaaa..
Quote pencintaABC 27-11-2020 08:20 PM
Negara leluhur aman2 buat Anugerah Musik Indonesia 2020 smlm...di saat AIM macam berkubur tanpa nisan
Quote ashilalat 27-11-2020 08:27 PM
Bukan main si shila majid ni...dulu mulut macam hangsuang mengata kerajaan najib dan BN. Hujung2 sendiri dapat kuasa pon kelepet gak. Tak de ketokohan langsung nak jd pemimpin retis.

Mohon wardina ambik alih organisasi ni bg membuktikan kau lebih pandai setanding maszlee telinga capang.
Quote Hahahaha_ 27-11-2020 08:35 PM
Lama beno,tak kan nak tunggu smpai 10thun kot
Quote dudaberhias 27-11-2020 08:37 PM
Lagu dia jarang2 orang mainkan dah, macam logik jugak royalti 7k tu.
Quote prizadane 27-11-2020 08:45 PM
dudaberhias replied at 27-11-2020 08:37 PM
Lagu dia jarang2 orang mainkan dah, macam logik jugak royalti 7k tu.

Tak juga. Kerap je iols dengar lagu heols compose kat radio like Janji Kita-Spin, Bertakhta Di Hati-Faradhiya, Peneman-Hazama n few others. Kalau lagu spider memang jarang dah dengar di radio
Quote Nenasketum 27-11-2020 09:07 PM
Hahaha retis, nak wat camana? Memanjang nak hidup mewah, tapi dia lah victim paling teraniaya seantero planet. They are always in a character, any character, you name it.
Quote boojaat 27-11-2020 09:23 PM
I terbaca dh 5 thn xpakai spender

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.057595 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top