CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Kakitangan Penerbangan Dicadang Jadi Petugas Barisan Hadapan

27-11-2020 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4273| Komen: 36

Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) memohon kerajaan menimbang menjadikan kakitangan syarikat penerbangan yang diberhentikan kerja sebagai petugas barisan hadapan di Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membantu mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19).


Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata, walaupun Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar bagi membolehkan peruntukan RM50 juta untuk penyediaan program latihan dan penempatan semula 8,000 kakitangan syarikat penerbangan di Malaysia direalisasikan, langkah itu belum mencukupi dalam menjamin kelangsungan hidup mereka yang terjejas.

Mengulangi cadangan itu, beliau berkata, apa yang penting ketika ini ialah memastikan golongan tersebut mendapat pekerjaan dan mempunyai pendapatan bulanan bagi meneruskan kehidupan harian.

Gambar Hiasan

 
"Kalau ikuti program latihan, mereka mungkin dibayar elaun RM10 atau RM20 sehari, itu memang tidak cukup. Perlu ada kerja tetap untuk teruskan kelangsungan hidup.

"Mungkin kerajaan boleh lihat semula dengan menyerap kakitangan syarikat penerbangan sebagai petugas barisan hadapan di KKM untuk menangani Covid-19. Kebanyakan pekerja syarikat penerbangan telah dilatih dari segi memberi pertolongan cemas dan keselamatan," katanya.

Pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan memaklumkan sejumlah 95,995 pekerja yang mencarum dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), diberhentikan kerja setakat 13 November lalu.

Daripada jumlah itu, 40,766 adalah mereka yang terlibat dalam sektor penerbangan, perhotelan dan pelancongan.

Sementara itu, bekas pramugara Mohd Hanif Salim, 28, yang hilang pekerjaan sejak Jun lalu berkata, kebanyakan rakannya yang diberhentikan kerja kini menceburi bidang perniagaan dan insurans.

Beliau berkata kebanyakan mereka menggunakan wang pampasan yang diterima untuk memulakan perniagaan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Mohd Hanif yang kini membantu perniagaan abangnya menjual silinder gas di Kuantan, berkata inisiatif kerajaan menganjurkan pelbagai program latihan bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan adalah sesuatu yang baik, namun tidak membantu sepenuhnya untuk memastikan mereka mendapat pekerjaan.
 
"Tidak dinafikan program latihan, program rangsangan ekonomi ini bagus. Ini sesuatu yang baik tetapi tidak dapat membantu sepenuhnya. Kami perlu mencari pekerjaan untuk survival. Sekarang kami yang hilang kerja ini cuba sahaja apa-apa pekerjaan yang boleh menjana pendapatan," katanya.

Ditanya sama ada beliau mahu kembali menjadi pramugara, Mohd Hanif yang mempunyai pengalaman selama enam tahun, berkata sekiranya diberi peluang dan keadaan pulih seperti sedia kala beliau sememangnya mahu kembali bekerja dalam bidang itu. -CARI

Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 27-11-2020 12:30 PM
Edited by white_musk at 27-11-2020 12:36 PM

Kesian rakyat malaysia
Terpaksa berkongsi duit tax untuk memberi bekas pekerja kayangan sesuap nasi
Pekerja sektor lain yang terkena nasib yang sama bagaimana pula?
Diharapkan kerajaan Malaysia memberi semua orang peluang yang sama juga.
Janganlah pula melebihkan sektor yang terkemuka sahaja
Quote CARI-MRO 27-11-2020 12:35 PM
Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) memohon kerajaan menimbang menjadikan kakitangan syarikat penerbangan yang diberhentikan kerja sebagai petugas barisan hadapan di Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membantu mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19).


Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata, walaupun Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar bagi membolehkan peruntukan RM50 juta untuk penyediaan program latihan dan penempatan semula 8,000 kakitangan syarikat penerbangan di Malaysia direalisasikan, langkah itu belum mencukupi dalam menjamin kelangsungan hidup mereka yang terjejas.


Mengulangi cadangan itu, beliau berkata, apa yang penting ketika ini ialah memastikan golongan tersebut mendapat pekerjaan dan mempunyai pendapatan bulanan bagi meneruskan kehidupan harian.


Gambar Hiasan



"Kalau ikuti program latihan, mereka mungkin dibayar elaun RM10 atau RM20 sehari, itu memang tidak cukup. Perlu ada kerja tetap untuk teruskan kelangsungan hidup.


"Mungkin kerajaan boleh lihat semula dengan menyerap kakitangan syarikat penerbangan sebagai petugas barisan hadapan di KKM untuk menangani Covid-19. Kebanyakan pekerja syarikat penerbangan telah dilatih dari segi memberi pertolongan cemas dan keselamatan," katanya.


Pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan memaklumkan sejumlah 95,995 pekerja yang mencarum dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), diberhentikan kerja setakat 13 November lalu.


Daripada jumlah itu, 40,766 adalah mereka yang terlibat dalam sektor penerbangan, perhotelan dan pelancongan.


Sementara itu, bekas pramugara Mohd Hanif Salim, 28, yang hilang pekerjaan sejak Jun lalu berkata, kebanyakan rakannya yang diberhentikan kerja kini menceburi bidang perniagaan dan insurans.


Beliau berkata kebanyakan mereka menggunakan wang pampasan yang diterima untuk memulakan perniagaan bagi meneruskan kelangsungan hidup.


Mohd Hanif yang kini membantu perniagaan abangnya menjual silinder gas di Kuantan, berkata inisiatif kerajaan menganjurkan pelbagai program latihan bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan adalah sesuatu yang baik, namun tidak membantu sepenuhnya untuk memastikan mereka mendapat pekerjaan.

"Tidak dinafikan program latihan, program rangsangan ekonomi ini bagus. Ini sesuatu yang baik tetapi tidak dapat membantu sepenuhnya. Kami perlu mencari pekerjaan untuk survival. Sekarang kami yang hilang kerja ini cuba sahaja apa-apa pekerjaan yang boleh menjana pendapatan," katanya.


Ditanya sama ada beliau mahu kembali menjadi pramugara, Mohd Hanif yang mempunyai pengalaman selama enam tahun, berkata sekiranya diberi peluang dan keadaan pulih seperti sedia kala beliau sememangnya mahu kembali bekerja dalam bidang itu. -CARI


Sumber: Bernama
Quote cmf_premierleag 27-11-2020 12:41 PM
susah gak kalo takde skills lain utk survive
takkan ada skills melayan je
skills lain mcm IT Savvy komputer ke, copywriting ke, apa2 skills lain la yg bleh buat duit..takkan takde kut
Quote getarsukma 27-11-2020 12:42 PM
Kluster kayangan boleh ke nak bergumpal dengan wabak penyakit? Kalau suruh jadi surgeon mungkin lah kot itu level2 mereka...
Quote white_musk 27-11-2020 12:43 PM
cmf_premierleag replied at 27-11-2020 12:41 PM
susah gak kalo takde skills lain utk survive
takkan ada skills melayan je
skills lain mcm IT Savvy ...

Lihat latarbelakang mereka juga. tetapi kebanyakannya punyai skill memasak yang vass kebaboom
Quote Artemesiaa 27-11-2020 12:46 PM
Mungkin nampak macam boleh membantu tapi kalau nak latih mereka pastinya akan melibatkan kos juga bukan meringankan tambah beban pulak jadinya.  Lebih baik ambik pelajar kejururawatan yang semestinya lebih mahir dan benar2 dapat membantu tampa perlu dilatih lagi.
Quote missus_meow 27-11-2020 12:56 PM
cukup ke ilmu ... jadi frontliner needs more than beri pertolongan cemas ....
Quote mikasa 27-11-2020 12:58 PM
Abis musim covid diorg akan kembali ke kayangan
Quote Elle_mujigae 27-11-2020 01:04 PM
jom la jadi pengasuh bayi....
Quote ResellerMaxis 27-11-2020 01:04 PM
white_musk replied at 27-11-2020 12:30 PM
Kesian rakyat malaysia
Terpaksa berkongsi duit tax untuk memberi bekas pekerja kayangan sesuap n ...

Dari pkp 1 aku dah cadangkan. Potong gaji penjawat awam kalau kes makin teruk. Lagi teruk kes lagi banyak potong. Baru mereka lebih responsible.

Ni rakyat lain yang jadi mangsa kecuaian penjawat awam. Kes makin teruk. Aviation n hospitality lingkup.

Kalau penjawat awam perform. Kawal kes. At least pergerakan dalam negara masih boleh membantu 2 industri ini.

Quote cmf_premierleag 27-11-2020 01:04 PM
white_musk replied at 27-11-2020 12:43 PM
Lihat latarbelakang mereka juga. tetapi kebanyakannya punyai skill memasak yang vass kebaboom

kalo ada skills masak2 ke bleh gak buat food business kan
ni kalo satu apa skills pun takdak, mmg susah la..dah la zmn skang fresh grad bbnu zmn skang pun ada high skills in IT Digital savvy segala, sgt kreatif bagai pun terpaksa compete dlm job market
ni kalo no skills,mmg susah la nak survive
Quote Tinot7 27-11-2020 01:14 PM
semoga dipermudahkan urusan
Quote allshares 27-11-2020 01:30 PM
Msk jela belajar balik course kejururawatan, ha baru la ko layak jadi Frontliner, takkan asyik nk gomen je tackle masalah korg. Syarikat penerbangan pun dah berapa kali gomen bail out, buat bayar gaji korg la ape lagi tu.
Quote anony-mous 27-11-2020 01:34 PM
ResellerMaxis replied at 27-11-2020 01:04 PM
Dari pkp 1 aku dah cadangkan. Potong gaji penjawat awam kalau kes makin teruk. Lagi teruk kes lagi ...

Part of me setuju. Bukan maksud nk suruh buang, tp yg xperform tu potong la elaun . So at least depa hargai kerja tu. Mentang2 keje gomen xkn kena buang
Quote renko 27-11-2020 02:13 PM
ade kelayakan ke
Quote CiliPadiSedap 27-11-2020 02:24 PM
doctor farmasi  sedia ada pun tak terjamin masa hadapan lantikan kontrak lepas tu pandai2 survive ni nak serap pula masuk kkm?

doctor farmasi nurse MA jobless ramai kt luar sana. harap semua timbang rasa.
Quote CiliPadiSedap 27-11-2020 02:28 PM
ResellerMaxis replied at 27-11-2020 01:04 PM
Dari pkp 1 aku dah cadangkan. Potong gaji penjawat awam kalau kes makin teruk. Lagi teruk kes lagi ...

sejak bila penjawat awam berkuasa. penjawat awam pelaksana polisi. penyedia polisi. yang tentukan yes or no normally politician. bajet belanjawan penjawat awam sediakan  tapi political confirm ada sedut sana sini nak bagi job kt kroni. tak setuju salahkan penjawat awam 100% .


contoh bajet nak laksana plkn tak logik, bajet uitm di kecilkan semua ni ciri2 tak telus. penjawat awam nak bagi terbaik sesama rakyat . yes or no peringkat atasan.



Quote saviour_09 27-11-2020 03:03 PM
bukan ke netizen selalu angkat tinggi melangit geng2 ni?

tau2 nak letak frontline, sanggup ke?

Quote Decon 27-11-2020 03:05 PM
nufam tu geng flight attendant je pun, tapi demand mengalahkan professor

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.100439 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top