PETALING JAYA 28 Okt. - Seorang konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol seorang wanita warga China dan merompak mangsa serta empat rakannya yang lain, bulan lepas. Bagi pertuduhan merogol, Mohamad Hafizan Ibrahim, 22, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 30 tahun di sebuah premis rumah urut di Taman Megah di sini pada 1.10 pagi 20 September lepas. Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 November untuk sebutan kes.
Pendakwaan bagi kes ini dikendali Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mohamad Hafizan turut berdepan pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pistol jenis revolver .38 bersama seorang lagi konstabel iaitu Khairulnizam Dolah Khairi, 32, dan tiga individu lain, Zainulazli Zahari, 30, Mohd Irham Abdul Rahman, 25, dan Normazlina Kamardin, 34, di Mahkamah Sesyen berasingan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa dan rakannya seorang warga tempatan Cher Cheng Peng serta tiga warga China iaitu Li Min, Su Yanfei dan Zhao Chunyu, yang berusia lingkungan 20 hingga 39 tahun di tempat, pada masa dan tarikh sama. Mengikut pertuduhan, mereka merampas wang tunai berjumlah RM1,000 dan lima telefon bimbit daripada kesemua mangsa yang bekerja sebagai tukang urut. Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Hakim Abu Bakar Manat membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Nov untuk sebutan. Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. |
8
Bagus |
6
Marah |
9
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sidewinder posted on 29-10-2013 03:34 AM
aku rasa dia ni pegi sana layan laa cixxp dia org....geng2 ni dah dpt service baik punya tetiba tak ...
sidewinder posted on 29-10-2013 03:34 AM
aku rasa dia ni pegi sana layan laa cixxp dia org....geng2 ni dah dpt service baik punya tetiba tak ...
libra_gurlz posted on 29-10-2013 09:55 AM
mesti konstabel ni jadi kurang stabil masa wat serbuan rumah urut..
nampak pompuan cina separuh bog ...
ADVERTISEMENT