CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Namakan Menu ‘Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai’-Maria Tunku Sabri Tak Sensitif

26-11-2020 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29834| Komen: 186|Original author: cikpisang

Pengacara Maria Tunku Sabri diselar pengikut di laman sosial Instagram (IG)nya selepas menamakan menu masakannya sebagai ‘Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai’.


Menerusi ruangan kapsyen, Maria turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota PGA terkorban dan meluahkan rasa simpati terhadap kedua-dua mendiang.


“’Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai’.

“Apalah nak jadi mati katak saja Pegawai Gerakan Am di sempadan Msia-Thai. Mati syahid dalam menjalankan tugas demi negara, takziah buat keluarga,” tulisnya.

Bagaimanapun nama resipi dan tulisan ‘mati katak’ mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pengikut dan menyelar tindakan bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu sebagai tidak sensitif.


“Just incase you don't realize this, you are being insensitive towards the victim and his family. Tak rasa bersalah ke? Siap namakan resepi macam tu, it's not even funny. Manners makes man Maria. You should know better!,” tulis seorang pengikut.

“Katanya bagi nama resepi sesuai dengan berita terkini, tapi mendiang bukan Islam takkan tak tau pula,” tambah seorang lagi.

“Rasanya kurang elok kot..macam mempersendakan pegawai pga yg meninggal demi negara,” tegur seorang wargamaya.


Bagaimanapun selepas menerima komen negatif daripada pengikut, Maria dilihat telah memohon maaf sekiranya niat disalah erti.


Foto: IG

Maria juga dilihat telah menyunting semula tulisannya di ruangan kapsyen.

Maria dilihat menukar ayat ‘mati tertembak’,  ‘mati katak’ dan ‘mati syahid’.

“Ikan Siakap 3 Rasa Terkesan Anggota PGA Tertembak Di Sempadan MSIA-THAI. Apalah nak jadi mati camtu saja Pegawai Gerakan Am di sempadan Msia-Thai.

“Mati dalam menjalankan tugas demi negara takziah buat keluarga,” ayatnya selepas disunting. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 25-11-2020 09:08 PM
Lawak ke?
Lawak ke , perempuan?
LAWAK KE??????????
Quote Lailerthee 25-11-2020 09:11 PM
Sedeyh! Kau skolah tak? Kau srp lepas tak?
Quote sharlenetexas 25-11-2020 09:13 PM
Mabuk siakap ke?
Quote dudaberhias 25-11-2020 09:13 PM
mati katak tu memang tak sensitif langsung... lepastu ko siap nak masak ikan tiga rasa lagi... kenapa tak masak katak tiga rasa terus makan...
Quote miss_strangers 25-11-2020 09:14 PM
Siapla sinopsis pas viral:

Akaun ig kena hack
Quote Nenasketum 25-11-2020 09:14 PM
Aiyoooo, bengap sungguh geng tv3 suku. Aku kalo dia ni, aku masih confuse citer dia ngan laki dia saman orang tak jadi kawen ngan dia dedulu
Quote aderaderker 25-11-2020 09:14 PM
Old-old still stupid...
Quote Madel 25-11-2020 09:15 PM
Ni lagi sorg bahalol
TERtembak??
Pala otak nko tertembak..tu la kalau asik melantak 24jam..otak pun jadi bengap
Quote manehnya 25-11-2020 09:15 PM
Ni sekolah ka x
Quote makcun14 25-11-2020 09:19 PM
biar viral baru boleh tambah follower ye dak
Quote nefnefnef 25-11-2020 09:24 PM
Kuang asam namanya buat lawak atas kematian orang
Quote Knowlee 25-11-2020 09:25 PM
Tak perlu mention pasal kes tu dgn siakap kau tak boleh ke? Apa motif nak mention kes tu dgn siakap kau?
Quote shernazz 25-11-2020 09:26 PM
Nenasketum replied at 25-11-2020 09:14 PM
Aiyoooo, bengap sungguh geng tv3 suku. Aku kalo dia ni, aku masih confuse citer dia ngan laki dia sa ...

Iols.masih tertanya juga..
Hahaah
Quote shernazz 25-11-2020 09:27 PM
Amboi mariah..
Sedap rasa je kan..
Sebab bukan kau yang mati tertembak kan..
Kang tak sempat masak.siakap tu..haha
Jaga la jari tu kak oi...
Quote hanihan16 25-11-2020 09:27 PM
acik ni bukan ke pernah jadik personaliti tv, host program. tak sensitive langsung dgn word choice ya. apa lama tak hosting, vocab dia makin lemah?
Quote Kejora927 25-11-2020 09:28 PM
Bodohnya diaaa
Quote minah_selekeh 25-11-2020 09:30 PM
Sempat dikecam di ruangan komen tak?
Quote salmon-suki 25-11-2020 09:30 PM
Maria is cancelled...sorry naik lori taik laaa kamu bila dah persendakan kematian org y tgh jaga keamanan negara..n kamu,apa jasa kamu utk negara?sekadar jalan2 cari makan sahaja?
Quote Piramida 25-11-2020 09:36 PM
Bila mulut sejenis potpetpotpet membebel sambil masak sambil nak bersosial media.. otak tak sempat digest.
Gitulerrrr hadap sgt soc med.

Lihat semua komen(186)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.047864 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top