CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Peristiwa Bunuh Diri Berjemaah Di Jonestown Akibat Ajaran Sesat, Gila Isim!

21-11-2020 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6379| Komen: 20



Pada 18 November 1978, pengasas ajaran sesat People's Temple, Jim Jones mengepalai ratusan pengikutnya dalam insiden bunuh-bunuh diri beramai-ramai di penempatan agrikultur mereka yang berada jauh di pedalaman Guyana. 

Mereka dengan rela hati menelan minuman buah bercampur racun sementara yang lain dipaksa sambil senjata api diacukan ke kepala mereka. Angka kematian akhir di Jonestown pada hari tersebut adalah seramai 909 nyawa, di mana satu pertiga daripadanya adalah kanak-kanak.

Jim Jones asalnya seorang ahli gereja yang berkarisma sebelum mengasaskan People's Temple sebagai satu bahagian baharu dalam Kristian di Indianapolis pada sekitar 1950-an. Dia berdakwah menentang perkauman dan sehingga jemaah majmuknya menarik ramai orang kulit hitam Amerika.

Pada 1965, Jones membawa para pengikutnya berpindah ke California Utara dan membuka penempatan di Ukiah, kemudian beralih ke San Francisco selepas 1971. Ketika itu, People's Temple dituduh media atas kegiatan penipuan wang, keganasan fizikal oleh ahlinya serta layanan buruk terhadap kanak-kanak. Apabila tuduhan semakin hangat, Jones menjemput jemaahnya berhijrah bersamanya ke Guyana di mana dia menjanjikan sebuah penempatan utopia sosialis.


Pengasas People's Temple, Jim Jones. Orang kuat gereja jadi gila isim. (foto: Wikipedia)

Jonestown bagaimanapun tidak menjadi sebuah syurga yang dinantikan buat para pengikutnya sepertimana yang dijanjikan. Ahli-ahli dikerah bekerja sepanjang hari di ladang dan dihukum dengan berat jika mereka mempersoalkan kuasa Jones. Pasport mereka disimpan, surat mereka ditapis, dan dipaksa menghadiri perjumpaan panjang hingga lewat malam.

Ia membawa kepada sekumpulan bekas ahli People's Temple dan ahli keluarga yang risau berjumpa dengan Ahli Kongres A.S. dari California, Leo Ryan dan meyakinkannya supaya terbang ke Jonestown untuk menyiasat penempatan itu. 

Maka pada 17 November 1978, Ryan tiba bersama sekumpulan jurnalis dan pemerhati. Lawatan pertama berjalan dengan baik, namun keesokan harinya sebelum berangkat pulang, mereka didatangi beberapa orang penduduk Jonestown yang merayu untuk ikut sama keluar daripada negara itu.

Jones, yang pada ketika itu sudah mengalami kemerosotan mental dan ketagihan dadah, jadi berang dengan pembelotan pengikutnya, dan salah seorang pegawai kanannya menyerang Ryan dengan pisau. 

Ryan terselamat tanpa kecederaan daripada insiden itu, namun Jones kemudian mengarahkan supaya Ryan diserang hendap dan dibunuh di lapangan udara ketika mereka hendak berlepas pulang ke Amerika. Ahli kongres itu bersama empat pengiringnya terbunuh di dalam pesawat mereka.

Kembali ke Jonestown, Jones mengarahkan semua orang supaya berkumpul di pavilion utama untuk melakukan apa yang dipanggilnya sebagai 'tindakan revolusi'. Ahli termuda People's Temple mati dahulu, apabila ibu bapa dan panjaga menggunakan picagari untuk menitiskan cecair campuran sianida (cyanide), penenang dan serbuk jus buah-buahan ke tekak anak-anak mereka. Para dewasa kemudian beratur untuk meminumnya ketika pengawal bersenjata berkawal di sekeliling pavilion itu.

Apabila pihak berkuasa Guyana tiba di Jonestown keesokan harinya, mereka menemukan ratusan mayat bergelimpangan memenuhi kawasan tersebut. Kebanyakan mereka mati dalam keadaan berpegangan tangan dan berpelukan sesama mereka. 

Beberapa orang berjaya meloloskan diri ke hutan, sementara sekurang-kurangnya beberapa puluh orang lagi ahli People's Temple termasuk anak Jones terselamat kerana mereka berada di luar Guyana ketika peristiwa hitam itu berlangsung.






*Sumber: History, Wikipedia, rancaktv.com 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 21-11-2020 04:14 PM
Ni dokumentari yg aku layan bila baca ttg kes ni.

[youtube]VWqACvTknls[/youtube]
Quote sarah82 21-11-2020 04:14 PM
Yg ni dokumentari ttg mangsa2 yg terselamat.

[youtube]xNY2yGA1fNQ[/youtube]
Quote sarah82 21-11-2020 04:15 PM
Ajaran sesat ni.. Bukan ada dlm islam saja... Tapi juga dalam pelbagai agama lain.

Quote anakjiran 21-11-2020 04:16 PM
sumpah seram dengar rakaman budak2 kecil menangis tahan kesakitan sebelum mati akibat racun
Quote anakjiran 21-11-2020 04:18 PM
sarah82 replied at 21-11-2020 04:15 PM
Ajaran sesat ni.. Bukan ada dlm islam saja... Tapi juga dalam pelbagai agama lain.


mat saleh lagi banyak lah ajaran sesat macam kultus ni.kita je tak terdedah





Quote Kurex 21-11-2020 04:23 PM
Nak bertakbir ke taknak, nak ke taknak
Quote sarah82 21-11-2020 04:24 PM
anakjiran replied at 21-11-2020 04:18 PM
mat saleh lagi banyak lah ajaran sesat macam kultus ni.kita je tak terdedah

Ada satu dokumentari aku tengok.. Pemimpin depa dari India.. Nanti aku cari..
Quote sharlenetexas 21-11-2020 04:25 PM
anakjiran replied at 21-11-2020 04:18 PM
mat saleh lagi banyak lah ajaran sesat macam kultus ni.kita je tak terdedah

Antara yang masuk paper mcm david koresh. Kat jepun tu yang serang stesen keretapi bawah tanah.
Satu lagi yang orang dah lupa tapi bukan ajaran sesat. Tentera IRA hari2 bunuh orang tak bersalah.
Quote missyL 21-11-2020 04:43 PM
Bahaya btol mane yg taksub jadi tuhan nie...
Quote Belibis 21-11-2020 05:13 PM
Sesat2 mat ripin takde la ajak bunuh diri.cuma tak payah solat jer.
Quote lavendernovella 22-11-2020 12:33 AM
Mind control is damn real. Gila punyer level. Tapi bagus gak, kurang sikit manusia2 gila tak tentu pasal.
Quote dua_chzy 22-11-2020 03:26 AM
anakjiran: mat saleh lagi banyak lah ajaran sesat macam kultus ni.kita je tak terdedah


If uols banyak membaca, uols akan terdedah.

Segala hal iluminati, dajal mata satu, ai blaja masa derjah 3 atau 4 gitu lagik zaman 90an dulu. First, melalui gereja sebab gereja, macam juga masjid, berusaha menyampaikan info pasal ajaran2 sesat dan segala bentuk satanic influence di alam maya ini, termasuklah movie dan lagu2 dari Barat. Second, melalui buku. Masa kecik2 dulu, tak faham tapi baca jah. Buku pasal projek IC pon ai baca masa derjah 4, hahaha.
Quote Normabaru 22-11-2020 09:05 AM
Kenapa masuk gaya hidup? Ni lbh pada bod sejarah or agama rasanya
Quote nia_salina 22-11-2020 01:17 PM
iols dh tgk docu ni dari mula sampai akhir. ada kat netflix. memang tkle brain cmna diaorg dibrain wash sebegitu. smua mati temasuk budak budak
Quote Knowlee 22-11-2020 02:39 PM
Dahsyat betul penangan ajaran sesat.
Quote husna_amal 23-11-2020 10:51 AM
Berselerak mayat kat situ. Mati sia2 je.
Quote fuyupoktek 24-11-2020 10:18 AM
nia_salina replied at 22-11-2020 01:17 PM
iols dh tgk docu ni dari mula sampai akhir. ada kat netflix. memang tkle brain cmna diaorg dibrain w ...

Ape tajuk kt netflix
Quote nia_salina 24-11-2020 01:49 PM
fuyupoktek replied at 24-11-2020 10:18 AM
Ape tajuk kt netflix

tak igt la pulak. ke iolz tgk kt youtube. sbb iols byk sgt tgk crime docu lupa dh
Quote Artemesiaa 24-11-2020 02:18 PM
Betul tu ajaran sesat ni ada je dimana2 negara atau bangsa.  Kumpulan target pastinya mereka yang kurang pegetahuan mengenai banyak benda atau jenis baru nak insaf tapi tersalah pilih jalan yang betul.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.143442 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top