Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat menghadiahkan sebuah rumah teres dua tingkat di Puncak Alam, Selangor kepada ibunya, Rohana Mohamed.
Ayda berkata, hadiah istimewa yang diberikan kepada ibunya adalah salah satu impian yang ingin dicapai sebelum menamatkan zaman bujangnya dengan pengacara Nabil Mahir tahun depan. "Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia, sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah," katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.
|
Imkhai replied at 21-11-2020 11:22 AM
dua2 rmh si jebat ni mewah untung la si nabil cuci kaki je
Tinot7 replied at 21-11-2020 12:18 PM
Bape rega umah2 dia?
Tinot7 replied at 21-11-2020 12:18 PM
Bape rega umah2 dia?
ADVERTISEMENT