CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Adik Salman Khan Pernah Diejek Hitam, Rupa Tak Sama

19-11-2020 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7931| Komen: 26


Kehidupan pelakon Salman Khan sering menjadi perhatian dunia Bollywood. Selain kisah karier dan kehidupan cinta Salman, kisah keluarganya juga menjadi perhatian.

Salah seorang ahli keluarga yang menarik perhatian ialah Arpita Khan, adik bongsu Salman yang diketahui mempunyai wajah berbeza berbanding ahli keluarga yang lain.



Ini berlaku kerana Arpita merupakan anak angkat Salim Khan (bapa Salman Khan) yang ditemui di pinggir jalan di India.

Ibu bapa kandung Arpita merupakan seorang gelandangan yang meninggal dunia tiba-tiba di jalan. 

Difahamkan, ketika itu Arpita didapati menangis di jalan dan Salim mengambilnya sebagai anak angkat.


Kehadiran Arpita disambut baik oleh keluarga terutama Salman yang sangat menyayanginya. 



Meski begitu, ada saja yang masih menngejek fizikal Arpita Khan. Arpita Khan disebut-sebut memiliki paras yang tidak sepadan dengan keluarga Salman.



Selain itu, warna kulit Arpita Khan disebut-sebut lebih gelap daripada keluarganya. Meskipun kerap mendapat ejekan, Arpita cukup bersabar dan kuat melaluinya.

Arpita terus membuktikan prestasi dalam karier dengan bekerja sebagai pekerja swasta di salah satu syarikat reka bentuk dalaman ternama di Mumbai.

Selain itu, Arpita bertuah kerana menemui cinta sejati iaitu seorang lelaki yang dengan tulus dapat mencintainya.

Lelaki tersebut ialah Aayush Sharma, artis Bollywood yang tampan.



Ramai menganggap Aayush mendekati Arpita Khan untuk memastikan karier dalam dunia Bollywood lebih lancar. Tetapi, tanggapan itu salah kerana Aayush juga merupakan usahawan muda berjaya.

Aayush merupakan anak seorang hartawan kaya raya di Delhi dan dia sememangnya datang dari keturunan keluarga kaya. Manakala, datuk Aayush pula seorang bekas Menteri di India. 

Walaupun Aayush mengetahui bahawa dia hanya anak angkat keluarga Salman Khan, namun cintanya kepada Arpita tetap kuat.



Mereka bernikah dan kini telah dkurniakan dua cahaya mata.


Sumber: Murai / Instagram

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 19-11-2020 12:34 PM
Berita ceduk ig lagi.
Puas kena body shaming dah aprota ni
She doesn't even care
Quote Belibis 19-11-2020 12:34 PM
Ingatkan man khan sep kito jange ppecoh.{:thief
Quote chinta89 19-11-2020 12:41 PM
At least dia berjaya dlm kerjaya dan dpt suami yg tampan. kenapa nk dengki hanya sb dia anak buangan dan x cantik? aku rasa dia boleh je habiskan duit dia utk cantikkan diri. kajol yg gelap tu pun kemain putih skg ape susah dia nk ikut jejak kajol jgk. body pun blh je kurus tp dia memilih utk tidak putih dan kurus, biarlah dia.

x sangka dia anak angkat, rasa mcm tgk drama hindustan plk kisah dia ni..
Quote RatuDunia94 19-11-2020 12:45 PM
Dah sheols leluhur selatan india memang lah.. salman khan tu leluhur belah2 utara.
Quote lattehazelnut 19-11-2020 12:55 PM
Untunglah rezeki org..

Gamba laki dia pkai topi mcm hb ramona
Quote awanysss 19-11-2020 01:13 PM
murah rezeki sheols ek..
dari anak gelandangan, sampai la dapat suami kaya dan helokk..
Quote amon_79 19-11-2020 01:22 PM
kawan iols kasta agak tggi walau educated and ada gf tp kena kawin family arrangement gak lps diwali thn depan.. iols tanya aik apasal xkawin dgn cinta hati... dia kata malas nk hadapi semua drama dan tekanan dr family kalo pilih cinta hati nnt.. dan satu lg takut kalo kawin cinta hati dia nnt bila dh jd wife side family dia akan layan teruk wife dia nnt.. so skrg dh break dgn gf..  1st love dia plak yg memang cinta abis tp terpaksa break  sbb perbezaan agama dia hindu dan  yg xgf keturunan parsi followers of Zoroastrianism...

so utk tak OT iols speku adik salman ni dan husband nyer dulu  neh asal nya arrangement family/ diperkenalkan oleh ahli keluarga  tp dorang bole get along dan dh faham situasi keluarga dan culture masing2..
Quote Beribear 19-11-2020 01:43 PM
Dalam banyak2 pelakon bolywood ni, salman khan sorg je yg iolss suka.. Maaf lah komen takde kena mengena dgn adik dia hehe
Quote krustykrab 19-11-2020 01:51 PM
nazzse replied at 19-11-2020 12:34 PM
Berita ceduk ig lagi.
Puas kena body shaming dah aprota ni
She doesn't even care

Rajin gak chuol layan rtis bolly ni ye..
Quote pxlbb 19-11-2020 01:57 PM
Beribear replied at 19-11-2020 01:43 PM
Dalam banyak2 pelakon bolywood ni, salman khan sorg je yg iolss suka.. Maaf lah komen takde kena men ...

aku sedih kenapa anjali pilih rahul juga padahal aman hensem siotttt bodo bodo la bodo anjali
Quote missyL 19-11-2020 02:13 PM
Bagosnye salim Khan ayah salman khan ni. Amek ank angkat golongan miskin pastu diberi pendidikan smpi berjaya..

Salman n family pon nmpk syg kt arpita ni.
Untung die
Quote Beribear 19-11-2020 02:17 PM
pxlbb replied at 19-11-2020 01:57 PM
aku sedih kenapa anjali pilih rahul juga padahal aman hensem siotttt bodo bodo la bodo anjali

Itulah pasallllllll. Paling geram kot citer tu.. Ehh kalau iolss jd anjali, iolss tak pilih si Rahul tu. Dah lah rahul tu nak perempuan cantik je, tu yg anjali dah cantik baru nak jatuh cinta. Kalau tak siap gelakkan lg si anjali time dia nak makeup2 pakai mcm perempuan tu. Ishhhhh geram tau hahaha sorry emo sikit kalau cakap pasal citer tu
Quote nazzse 19-11-2020 02:19 PM
krustykrab replied at 19-11-2020 05:51 AM
Rajin gak chuol layan rtis bolly ni ye..

Haha bolehlah.
Bila suka tengok movie membawa ke socmed.
Quote edayildiz 19-11-2020 02:21 PM
kt india pun dorg ejek hitam jgk ke..i mean dorg semua kan mmg kulit gitu..bkn xnormal pun kan...untungnya jd adik salman
i xsuka cite hindustan tp akan layan citer yg ada salman...shah rukh khan i xsuka..i dunno la napr org ckp dia hnsem..
eh laki dia pun helok
Quote buapakperut 19-11-2020 02:57 PM
tapi lakki heshe heloks dari abang2 nya yach
Quote husna_amal 19-11-2020 03:20 PM
Patut dia bersyukur kehidupan dia senang dari kecil hingga ke dewasa. Jodoh pun elok dapat nikah lelaki yang ada rupa dan berharta.
Quote pxlbb 19-11-2020 03:39 PM
Beribear replied at 19-11-2020 02:17 PM
Itulah pasallllllll. Paling geram kot citer tu.. Ehh kalau iolss jd anjali, iolss tak pilih si Rah ...

Masa tu iols kecik lagi sekolah rendah tapi rational jugak la kan budak primary school pun reti pilih aman. Who wants to be a second option and live with it poreber.
Quote depresio 20-11-2020 02:14 AM
Yg mengata tu jeles
Quote acikhan 20-11-2020 10:46 AM
pxlbb replied at 19-11-2020 01:57 PM
aku sedih kenapa anjali pilih rahul juga padahal aman hensem siotttt bodo bodo la bodo anjali

hensem kan Aman @salman time tu...senyum die manis giler

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.116732 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top