CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Kalau Boleh, Amat Penting Kita Mencegah Satu Lagi Pilihan Raya” – Dr Noor Hisham

19-11-2020 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2291| Komen: 13

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpendapat sebarang pilihan raya tidak perlu diadakan buat masa ini bagi mencegah penularan COVID-19.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM daripada awal lagi amat bimbang sekiranya pilihan raya diadakan sama ada ia melibatkan pilihan raya kecil, negeri mahupun umum.


Menurutnya, kebimbangan itu terbukti apabila peningkatan kes positif yang dilaporkan di Sabah susulan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri tersebut.

“Selepas PRN Sabah kita boleh lihat peningkatan kes dan ia menyukarkan usaha kita membendung penularan COVID-19.

“Kalau boleh, amat penting kita mencegah satu lagi pilihan raya,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di KKM hari ini.


Foto: Awani

Dr Noor Hisham berkata demikian bagi mengulas pengisytiharan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi pada 5 Disember.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 19-11-2020 12:11 PM
hari tu sblm PRN sabah dia kata tiada sbb nak  tangguhkan PRN.ini nak salahkan pilihanraya.lepas PRN sapa yg kata tak payah kuarantin 14 hari  tu doc?piliharaya tak salah yg salah policy SOP yg caca  merba
Quote URUHA 19-11-2020 12:18 PM
Meols sokong x payah buat PRN. Nanti bila kes bertambah, KKM dgn gomen gak yg dipersalahkan. Bila buat PRN kena kecam, x nak buat pun kena kecam jugak. Korang nak apa sebenarnya? Dalam situasi mcm ni mmg x leh puaskan hati semua org pun. Kalau hebat sgt g la gantikan tempat DG tu
Quote nazza2802 19-11-2020 12:18 PM
PRN sblum ni pn xperlu.. dah elok2 ada kerajaan kat sabah dok mansuhkan sbb sebok tamak berebut kuasa.. tamak sgt skrg dah menyusahkn rakyat.. dah elok2 sblum ni blh bt aktiviti seperti biasa skrg dah back to pkpb.. kes makin hari makin tinggi.. menyusahkn jek politikus ni
Quote Belibis 19-11-2020 12:46 PM
alesandra: hari tu sblm PRN sabah dia kata tiada sbb nak  tangguhkan PRN.ini nak salahkan pilihanraya.lepas PRN sapa yg kata tak payah kuarantin 14 hari  tu doc? ...

Ok laaa..prn ari tu try and error.bila dah nampak kesannya,beliau ubah pendirian.cumanya,mau ke politician nak dengar?
Quote pxlbb 19-11-2020 01:58 PM
pilihanraya my ass. harap la aku nak pegi mengundi tahun ni.
Quote noor2 19-11-2020 01:59 PM
Kalau boleh????....dah tentu mmg X Boleh!!!
Quote belilies 19-11-2020 02:02 PM
Harap harap cm sarawak sedar dirilah. Setiap minggu meratib nak buat prn.
Quote missyL 19-11-2020 02:15 PM
Rasenye sarawak akan ttp prn jgk..
Quote mamajawie 19-11-2020 02:26 PM
okkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote husna_amal 19-11-2020 03:12 PM
Bagus lah. Ambil ikhtibar apa yang jadi sebelum ni. Kita pun jangan lah salahkan dokter hisham ni pasal perkara lepas. Dia ni pengarah kesihatan je yang dengar arahan daripada orang atasan jugak.
Quote Orix 19-11-2020 03:21 PM
teringat ad sorg porumer dari kedah claim diri jaga org tua walhal jobless mengadap porem 24jam katanya nak sangat PRU15 diadakan secepat mungkin ms awal2 covid dlu.....
Quote ninja9 19-11-2020 03:28 PM
apa pun keadaannya orang yang pegang kuasalah yg menentukan. rakyat marhaein cuma dapat melopong dan mencarut kat bawah..
Quote qicki 19-11-2020 03:29 PM
kalau dah rope ini pun nk pilihanraya lagi xtau ar nk cakap

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.061934 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top