CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Siapa Di Jalan Bangsar?

19-11-2020 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 25510| Komen: 182

Kuala Lumpur: Polis menutup laluan di Jalan Bangsar susulan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh, pagi tadi.

Laluan dari arah KL Sentral ke Abdullah Hukum itu ditutup bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di lokasi.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu ciapan Twitter di ITIS DBKL, memaklumkan penutupan jalan berkenaan pada jam 7.20 pagi.


Foto: DBKL
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, mengesahkan pasukan forensik sedang menjalankan siasatan berhubung kes bunuh di lokasi terbabit.

"Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti," katanya ketika dihubungi, hari ini. -CARI


Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 19-11-2020 11:22 AM
mak aih, manusia skang time2 covid ni bnyak hilang pedoman..hmmm
Quote Tinot7 19-11-2020 11:24 AM
Yisshhh... nnt jalan tu angker tak?
Quote JunkMail 19-11-2020 11:34 AM
Wow...serius la kat tengah jalan besar tu je kena campak. Ni macam kat bawah LRT Station tu je...
Quote ninjago 19-11-2020 11:41 AM
bunuh diri ke kena bunuh nie..
Quote white_musk 19-11-2020 11:44 AM
Jalan ini selalu sibuk, mustahil tiada orang yang mempunyai penampakan
Quote Boomibulat 19-11-2020 11:57 AM
ninjago replied at 19-11-2020 11:41 AM
bunuh diri ke kena bunuh nie..

kat mana ntah tbaca tadi..ada kesan kelar kat leher
Quote duri_durians 19-11-2020 12:07 PM
ada jambatan atau jejambat ke stesen lrt ke kt situ? tah2 jatuh?
Quote zamnie 19-11-2020 12:41 PM
Kesiannya.. mayat sape la tu.. skeri dh nk kln  mlm2 kat situ
Quote ninjago 19-11-2020 12:41 PM
Boomibulat replied at 19-11-2020 10:57 AM
kat mana ntah tbaca tadi..ada kesan kelar kat leher

kelar pastu campak je kt bawah flyover camtu? apa kes la..sbb hutang ke sbb mulut ntah tu
Quote chinta89 19-11-2020 01:03 PM
aduh mcmna boleh ada kat tgh2 tu..

kata ada kesan kelar kan. agaknya dicampak dari flyover tu kot lps dibunuh.

Malaysia skg dh jd pkra biasa bunuh2 ni
Quote matchstick 19-11-2020 01:08 PM
kejam nye..along ke
Quote ultra78 19-11-2020 01:08 PM



Quote putriTS 19-11-2020 01:09 PM
Nasib baik la tgh wfh skrg ni...dah la kat bawah ofis iols je tu. I mmg akan jalan kaki kat situ pagi2 kul 4-5 pagi2 time balik keje.
Quote Scheherazade 19-11-2020 01:13 PM
Sedihnya mati mcm ni
Quote gadis_tulip 19-11-2020 01:13 PM
putriTS replied at 19-11-2020 01:09 PM
Nasib baik la tgh wfh skrg ni...dah la kat bawah ofis iols je tu. I mmg akan jalan kaki kat situ pag ...

lewatnya hang balik keje.
Quote ekod79 19-11-2020 01:16 PM
Cctv dbkl harap berfungsi
Quote Boomibulat 19-11-2020 01:17 PM
Mayat di tengah Jalan Bangsar ada beberapa kesan tetak

KUALA LUMPUR: Polis menemui beberapa kesan tetakan pada mayat yang ditemui terbaring di tengah jalan raya di Jalan Bangsar menghala ke Pantai Dalam di sini, pagi tadi.

Polis pada awalnya menerima laporan kejadian daripada orang awam pada jam 5.38 pagi, sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi dan menemui mangsa dalam keadaan cedera serta tidak sedarkan diri terbaring di atas jalan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, berkata siasatan awal polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa namun dianggarkan berusia lingkungan 30-an.

"Siasatan lanjut oleh pihak forensik di tempat kejadian menemui kesan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan mangsa dipercayai akibat senjata tajam.

"Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif pembunuhan selain mengesan waris serta latar belakang mangsa.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mangsa atau ada kehilangan ahli keluarga, boleh menghubungi pihak polis di talian 03-22979222 untuk membantu siasatan.

Terdahulu, BH melaporkan polis menutup laluan di Jalan Bangsar bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di lokasi susulan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh, pagi tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu ciapan Twitter di ITIS DBKL, memaklumkan penutupan jalan berkenaan pada jam 7.20 pagi.

Laluan berkenaan kemudian dibuka semula untuk lalu lintas pada jam 8.25 pagi sebaik siasatan polis di lokasi selesai.
Quote Imkhai 19-11-2020 01:19 PM
ni dpn lrt bangsar bwh flyover skeri la tmpat ni nnt
Quote putriTS 19-11-2020 01:28 PM
gadis_tulip replied at 19-11-2020 01:13 PM
lewatnya hang balik keje.

Masuk pun lewat...balik pun lewat la. I masuk dlm kul 6/7 pm.

Lihat semua komen(182)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.072170 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top