CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Yang Dia Nak Jual Aset Tu Dah Kenapa?" - Najib

18-11-2020 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9542| Komen: 68

Anggota Parlimen Pekan, Najib Razak mempersoalkan mengapa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menjual aset untuk menyediakan dana bagi membolehkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 dan Akaun 2 mereka.


Kata Najib, dia membangkitkan perkara itu di parlimen bahawa aset perlu dijual KWSP cuma bon pinjaman kerajaan dengan kadar faedah tetap yang dipegang institusi berkenaan.


Kredit foto: IG Najib

"Kita tak suruh KWSP jual saham atau jual hartanah milik mereka pada harga murah.

"Cuma jual sebahagian daripada bon pinjaman kerajaan secara sementara untuk membayar mereka yang mahu keluarkan wang dari KWSP untuk menghadapi krisis. 


"Yang dia nak jual aset tu dah kenapa?" kata bekas perdana menteri itu menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebooknya hari ini.

Menurut Najib, kebiasaannya bon kerajaan membayar faedah antara dua peratus hingga empat peratus setahun.

"Sebanyak 50 peratus daripada jumlah aset RM940 bilion KWSP adalah dari kelas aset bon pinjaman ini.

"BNM boleh mengambil peranan untuk membeli sebahagian daripada bon kerajaan dipegang KWSP ini untuk mengurangkan impak kepada pasaran bon tempatan akibat penjualan oleh KWSP.

"Seterusnya, BNM boleh jual semula bon ini ke pasaran bon tempatan secara bertingkat jika BNM tidak mahu pegangnya untuk tempoh yang lama.

"Ataupun dijual balik kepada KWSP secara berperingkat sebab jumlah aset KWSP meningkat setiap bulan apabila majikan dan pekerja membuat caruman bulanan," katanya lagi.

Terdahulu KWSP dilaporkan berkata tabung persaraan itu akan terus menjual asetnya untuk menyediakan dana bagi membolehkan pencarum mengeluarkan wang dari Akaun 1 dan 2.

"Buat masa ini, ini soal meningkatkan strategi, yang bermaksud (kita akan melihat) apakah ada keperluan untuk menyeimbangkan kembali aset kita.

"Setakat yang kami tahu, Peruntukan Aset Strategik (SAA) akan terus jadi pemacu utama. Kami juga sangat prihatin mengenai impak terhadap pasaran," kata ketua pegawai pelaburan KWSP, Rohaya Mohamad Yusoff.


Kredit foto: The Edge Markets

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias ​​juga mengatakan institusi berkenaan akan hilang peluang untuk melabur apabila wang dikeluarkan pencarum.

Mengulas lanjut, Najib berkata KWSP perlu mempertimbangkan kepentingan siapa yang lebih utama.

"Ahli KWSP yang sedang lemas dan perlu dana lump sum untuk menyelesaikan masalah pada masa krisis Covid atau kehilangan KWSP untuk melabur?

"Namun pada saya, kesejahteraan dan kelangsungan hidup ahli KWSP dan keluarga mereka merupakan pelaburan paling kritikal pada saat ini," kata Najib.

Najib, yang mengetuai Kelab Ahli Parlimen Backbencers Barisan Nasional sebelum ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa sokongan BN terhadap Belanjawan 2021 adalah dengan syarat ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1mereka.

Kerajaan Perikatan Nasional mengumumkan ahli KWSP dibenarkan mengeluarkan maksimum RM6,000 (RM500 sebulan selama 12 bulan) di bawah skim i-Lestari.

Sementara itu, di bawah skim i-Sinar membolehkan mereka yang kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji, atau tidak mempunyai sumber pendapatan lain mengeluarkan sehingga 10 peratus simpanan dalam Akaun 1 mereka, selagi mempunyai simpanan minimum RM100 dalam akaun berkenaan.


Sumber: MalaysiaKini
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 18-11-2020 01:32 PM
Dh ko punya IMDB investments melebur.. Roi xde.. Mmg la epf tpaksa jual asset.. Acah inesen plak!puikkkkk
Quote msdummy.2018 18-11-2020 01:40 PM
kwsp sennag citer disclose jerlah asset xder sb  slaah siapa..najib le, ph ker pn...sb snang kitaorg nk undi next year
Quote Tinot7 18-11-2020 01:43 PM
Bkn semua nak kluarkan duit kwsp.. ke mmg semua?
Quote noor2 18-11-2020 01:45 PM
Ok tok jib...sila cucuk KERAjaan lagi....aku sokong...asalkan membantu rakyat
Quote babyhubby85 18-11-2020 01:46 PM
Ish penjenayah nie banyak bunyi pulak lately. Can someone cpt2 sumbat dia and her despo wife behind bars
Quote Orix 18-11-2020 01:50 PM
alaaaaaa penjenayah ni ada hati nak acah2 jd penyelamat pulak walhal dlm hati nk negara ni lingkup... mmg bodoh spe layan cakap penjenayah ni... lagi kelako bandingkan dia n bangnon.. bangnon tu dh menjalani hukuman, si jibon ni dah la bersalah sbb songlap duit rakyat pstu acah2 bagus...ptuihhhh
Quote JunkMail 18-11-2020 01:56 PM
Tinot7 replied at 18-11-2020 01:43 PM
Bkn semua nak kluarkan duit kwsp.. ke mmg semua?

Bersasar katanya. 2 juta pencarum yg layak.
Quote ResellerMaxis 18-11-2020 01:59 PM
Macam lah semudah itu bang jib oi. Bon kerajaan low risk walaupun dividen xtinggi. Stock market high risk. Kalau jual bon kerajaan sahaja n maintain stock high risk ni. Kalau semua stock yang dipegang lingkup wat dek covid kan bahaya.

Iol lebih percaya risk team kwsp dari najib.

Najib duit src masuk akaun sendiri n siap belanja pun xtahu. Lagi nak advise pasal perlaburan.
Quote underground 18-11-2020 02:03 PM
laporan audit kan transparent, semua boleh tengok.

kenapa kwsp nak pusing2 acah2 gertak pencarum?

KUALA LUMPUR, 13 June 2020: The Employees Provident Fund (EPF) recorded a gross investment income of RM12.16 billion for the first quarter ended 31 March 2020, in what has been an exceptionally challenging period due to the COVID-19 pandemic.

The EPF’s Q1 2020 results

Portfolio

Asset % of total investment asset

Gross Investment Income (RM billion)

As % of income

Equities

36

6.32

52

Fixed Income Instruments*

54

4.87

40

Money Market Instruments

4

0.43

4

Real Estate & Infrastructure

6

0.54

4

Total

100

12.16

100

* Contributions from Malaysian Government Securities & Equivalent, Loans and Bonds

Issued by the EPF Media Desk

Corporate Affairs Department

14 June 2020


Quote Itzy 18-11-2020 02:04 PM
Walau aku suka konsep segala bantuan dan kebajikan najib dah buat, aku harap atok najib dan madey boleh stop membongak dan acah2 baik la. Benci pula aku tengok penyamun perompak ni masih berkicau sana sini macam org takde salah. Diam la kau jib pergi main jauh2 dengan rosmah buntal!!!
Quote prizadane 18-11-2020 02:08 PM
tapi betul la apa Jibby cakap ni. awat gelabah sangat EPF ni sampai nak jual aset?'

Well, betul la cairkan aset untuk memberikan wang kepada pencarum bersasar. tapi cukup tak cash flow lepas bayar  kepada pencarum bersasar tersebut?

Mana rizab aliran tunai kecemasan KWSP? takkan takde?

Seems like Najib lebih tahu pasal KWSP berbanding orang KWSP sendiri.
Quote rosasen 18-11-2020 02:15 PM
bgs la dia banyak bunyik..at least ada jgk bg pendapat, cadangan..menteri lain senyap jer..
Quote zehra2 18-11-2020 02:15 PM
duit orang semua tau.. 1.6 billion dalam acc tak pulak tau.
cakap serupa bikin la
kita hargai buah fikiran yg bijak bila membahaskan bajet ni
tapi bila kelingking berkait.. bila ko jd semua tak tau masa bicara mahkamah.. kat situ ko takde rasa sengal ke
Quote Firenzza 18-11-2020 02:31 PM
prizadane replied at 18-11-2020 02:08 PM
tapi betul la apa Jibby cakap ni. awat gelabah sangat EPF ni sampai nak jual aset?'

Well, betul l ...

Amik cth bank, walaupun pendeposit simpan duit billion2 tetiba semua org nk kuar duit sbb dia ckp itu duit kitorg kita punya suka la nk kuar habis pun.....agak2 bank ckp apa?
Quote animcute 18-11-2020 02:46 PM
banyak pulak bunyi bila dah tak ada power...
Quote Rogue98 18-11-2020 02:47 PM
Bagus Najib ni....patutlah ekonomi Malaysia kukuh ms dia jd PM.
Jolo pun dah kantoi kan diri sendiri smlm.
Go Najib Go....I fully 100% support u.
Quote kelapaparut 18-11-2020 02:49 PM
duit kwsp byk pulak ngomelnye, duit kwap dia sapu beli gelang kak mah
Quote Belibis 18-11-2020 02:50 PM
babyhubby85: Ish penjenayah nie banyak bunyi pulak lately. Can someone cpt2 sumbat dia and her despo wife behind bars

Prihatin pulak sejak akhir2 ni..dulu bukan maon kepala bapak sana ,kepala bapak sini.
Quote Tinot7 18-11-2020 02:54 PM
Firenzza replied at 18-11-2020 02:31 PM
Amik cth bank, walaupun pendeposit simpan duit billion2 tetiba semua org nk kuar duit sbb dia ckp  ...

Tingat iols kat jaman kegawatan ekonomi greece. Org sumer nak kuarkan duit utk kelangsungan idup. Atuk sorang ni terduduk kat tepi sbb bank ckp takde duit nak bg. Cenggitu la..

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.052535 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top