CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Afifah Nasir Bangga, Enam Kali Dijemput Sertai Sepahtu Reunion

13-11-2020 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12722| Komen: 78

Ketepikan gosip dan cerita-cerita yang lalu tapi tumpukan kepada bakat yang ada pada dirinya. Anda pasti tahu pelakon jelita Afifah Nasir sememangnya mempunyai bakat yang hebat.


"Ini adalah kali kelima Afifah dijemput ke Sepahtu Reunion. Sebenarnya enam kali, tapi satu tu terpaksa Afifah tolak kerana berlaga dengan jadual lakonan. Sayang sungguh, kalau tak Afifah dah buat semua musim.

"Afifah sangat terharu dengan sokongan mereka. Boleh dikatakan hampir setiap tahun mereka jemput Afifah dan rasa bersyukur sangat setiap kali dipanggil. Walaupun sibuk shooting macam pagi sebelum siaran langsung semalam, Afifah tetap juga akan slotkan masa untuk Sepahtu," kata Afifah tersenyum manis.

Kredit foto: IG


Diberitahu bahawa dia sering dijemput kembali bukan hanya atas  kehendak pihak produksi, tetapi juga kerana ramai peminat Sepahtu Reunion Live yang mahu melihat kemunculannya di Sepahtu, Afifah ternyata terkejut.


"Oh, Afifah tak tahu perkara tu. Untuk Afifah, apabila dijemput bersama Afifah akan terima kerana Afifah cukup suka dapat berlakon secara spontan dan live bersama mereka. Abang-abang Sepahtu ni sangat kreatif. Tapi kalau peminat yang minta, itu adalah satu penghormatan buat Afifah dan terima kasih kepada semua, produksi serta peminat Sepahtu.

"Bunyinya macam Afifah dah biasa dengan cara mereka, tapi mereka semua ni ada banyak sangat idea. Jadi mungkin apa yang kami praktiskan sebelum ini, bertukar-tukar bila dah ada di atas pentas. Jadi kita kena sentiasa spontan dengan mereka. Itulah yang sangat menyeronokkan.


"Mereka semua sangat profesional, sangat kelakar dan dah jadi macam abang-abang kepada Afifah. Bila bersama di atas pentas, Afifah tahu ini momen mereka, jadi Afifah takkan ganggu pick up line mereka dan Afifah akan masuk secara spontan apabila ada peluang," kata Afifah yang ternyata cukup profesional apabila bekerja.

Ditanya tentang suaranya yang memang merdu ketika mendendangkan lagu daripada Siti Sarah, ini jawapan Afifah.

"Afifah nyanyi hanya untuk suka-suka, dan Afifah memang suka lagu tu. Minat dengan Siti Sarah sejak dari dulu lagi. Jadi bila dapat lagu dia, memang all out lah Afifah nyanyi.


"Afifah belum ada niat langsung untuk jadi penyanyi. Semuanya secara suka-suka dan tidak pernah belajar secara profesional. Memang minat menyanyi tu ada, tetapi setakat minat sahaja. Bila dapat peluang menyanyi live dalam Sepahtu Reunion Live 2020, memang Afifah buat yang terbaik," katanya ketawa kecil.

Kehadiran Afifah Nasir dan Ramona Zam Zam sebagai pelakon jemputan di dalam Sepahtu Reunion Live 2020 malam tadi seolah-olah menjentik lebih semangat kepada kumpulan Sepahtu yang saban minggu semakin meningkat persembahan mereka biarpun tanpa penonton di dalam dewan. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 13-11-2020 02:43 PM
So?
Ape sumbangannye pada org lain?
Bangga nau aih
Quote Kurex 13-11-2020 02:47 PM
Kau je hadap rancangan tu
Quote maxim 13-11-2020 02:51 PM
Besar btol pencapaian ko ye pipah
Quote kimsa-ra 13-11-2020 02:56 PM
Bangga lah afifah oii
Quote noodle.baby 13-11-2020 03:21 PM
Orang lain tak hadap la rancangan merapu camtu pipah oi. Sedehhh.
Quote husna_amal 13-11-2020 03:40 PM
Tak sangka pula ada yang ternanti2 kemunculan dia kat sepahtu reunion tu. Perasan lebih la dia ni.
Quote AshkieLa 13-11-2020 03:54 PM
banyak kali tapi takde impak nak buat ape..

best lagi last week yg mak jah ke saper nama jadi pasangan Jep
yg buat pickup line jep haru biru serba tak jadi tu..
sampai bila2 orang ingat walaupun 1st appearance...
Quote mieymiey 13-11-2020 03:59 PM
Afifah Afifah Afifah.
Quote Carcosa 13-11-2020 04:32 PM
Wangi nye boyfriend diaaaaaa. Nyums
Quote matchstick 13-11-2020 04:40 PM
Smlm tertengok rancangan mahligai cinta adik dia kawen..ayyo muka masing2 mcm berlawan jerawat sape lagi byk n besar. Dh mekap kemahin pun tetap jelas kulit menggerutu adik beradik dia ni..kt ig semua peloles
Quote jijilaaa 13-11-2020 04:54 PM
acah gelak besor nak lawan si ramona tu. masa laki aku bukak semalam, terus aku kata..alah turn off la ada minah ni
Quote opie5662 13-11-2020 04:56 PM
Kau sorang je free tak de job.. Boleh la panggil berkali2... Retis lain busy
Quote imanjannah 13-11-2020 05:19 PM
lelaki tu boyfriend dia ke
Quote Nenasketum 13-11-2020 05:24 PM
You and other village idiots bangga kan, Pipah?
Quote syaz_lina 13-11-2020 05:55 PM
Tu je yg layak utk ko dik
Quote aderaderker 13-11-2020 06:07 PM
matchstick replied at 13-11-2020 04:40 PM
Smlm tertengok rancangan mahligai cinta adik dia kawen..ayyo muka masing2 mcm berlawan jerawat sape  ...

Hehe,  kelakar u ni.

So jerawat sapa lagi gorgeous?
Quote Rogue98 13-11-2020 06:18 PM
Tak teringin nak tgk sepahtu dah sbb ada shuib scammer...Aku x boleh dah tgk muka dia ...loya tekak...sori jep dulu Aku suka tgk rancangan korang...huhu
Quote minah_selekeh 13-11-2020 06:46 PM
Banyak la masa kau masuk rancangan tu, sebab tawaran berlakon sendu, kan??
Quote matchstick 13-11-2020 06:56 PM
aderaderker replied at 13-11-2020 06:07 PM
Hehe,  kelakar u ni.

So jerawat sapa lagi gorgeous?

Jerawat afifah

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.093476 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top