CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berpeluh-Peluh Nak Bagi Susu, Nadzmi Adhwa Mengaku Susah Jaga Anak Tanpa Isteri

13-11-2020 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15008| Komen: 116

Pelakon Nadzmi Adhwa akui tidak mudah untuk menguruskan anak yang masih kecil tanpa isteri di sisi, Ardell Aryana yang kini berada di Sabah bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan.


Menurut Nadzmi, 28, sebelum ini Ardell yang menguruskan anak mereka, Arwa Malaikha Urwa yang baru berusia 6 bulan sepenuhnya.

"Berpeluh peluh macam joging nak bagi susu kat anak. Baru tau bukan senang jaga anak ni. Selalu lepas kat isteri kita ja. 

"Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu dan isteri kita, tapi jangan lupa dasyatnya semangat seorang ayah #sindrombapakbapak," tulisnya di Instagram (IG).


Dalam pada itu, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan ini mengingatkan Ardell supaya menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan segelintir orang.

Tambahnya, sebagai suami dia lebih tahu niat Ardell dan akan terus memberikan semangat.


"Apa pun orang kata pasal kita hanya saya tahu niat awak @ardellaryana, don't worry about us ! 

"We're fine. we always have your back! Keep helping those people in needs.
 
"Jangan bersedih, tetap dengan niatmu walau apa dugaan melanda. Maafkan lisan mereka, mereka tidak tahu. Semoga Allah reda," tulisnya lagi.
Foto: IG

Ardell difahamkan sudah berada di Sabah sejak beberapa hari lalu bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang disertai untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan di Semporna dan Tawau itu.

Berikutan masih ramai penduduk di Sabah memerlukan bantuan, mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun 550510970142 (Yayasan Dana Kebajikan Muslim).

Sekadar info, Ardell mendirikan rumah tangga dengan Nadzmi Adwa pada tahun lalu dan kini dikurniakan seorang bayi perempuan, Arwa Malaikha Urwa. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bungarose 13-11-2020 11:13 AM
Sendiri cari pasal
Quote wikedsaikel 13-11-2020 11:16 AM
Edited by wikedsaikel at 13-11-2020 11:18 AM

Kenapa dia pergi? Jihad? Pahala menyusu anak tak cukup kah?
Priority apa kah ini?
Lain la dia ni pakar virus ke pakar nutrisi ke?
Kalau dia memang aktivis dari muda, boleh la faham sikit. Tu pon masih tiada kepentingan urgency di situ. 6 months old baby no kidding.
Quote per706 13-11-2020 11:23 AM
Menyusukan ank tu lgi beso pahala deq, ko p sna xde risiko nk kena jangkitan ke?bb kecik lgi tu.nk buat apa2 bila da ade ank ni.DO think twice.ank tu priority. Kalau ank da besar lain kisahnya deq.msa bujng tu no hal,u live on ur own.u risk ur own life.da ada keluarga ni mtang la sket..skang bukn msa ko pk ape yg ko nk org lihat tpi pk perkara apa yg akn mendtgkan manfaat atau mudarat.
Quote doubleA 13-11-2020 11:25 AM
Bior la dia pergi, dia nak "ajar" laki dia jaga anak berdikari tanpa dia gittew
Quote AvaAdore 13-11-2020 11:30 AM
Aku syak ardell bosan jaga anak dgn laki tak tolong jaga pon, so dia cari alasan nak berbakti kat Sabah
Quote Kejora927 13-11-2020 11:31 AM
Lebih afdhol bapak la yg pegi.. hmmm
Quote nazzse 13-11-2020 11:40 AM
Anak jadi mangsa perangai bbnu kejar glamour makbapak
Quote Kurex 13-11-2020 11:42 AM
Hasil kerja tak seberapa ada, tapi benang tumbuh macam dorang la artis & pasangan yg paling berpengaruh. Macam cam palat la reputs bukak benang dari ig artis sampah! Cibai korang!!!!
Quote mimi77 13-11-2020 11:43 AM
kenapa laki dia x p?
Quote eyansss 13-11-2020 11:51 AM
likes sebab nangeh2 kat airport nak gi “jihad”  (rolling my eyes)  dah dapat
likes sebab “superdad”  (rolling my eyes) dah dapat
lepas ni nak buat apa lak untuk dapatkan likes?
Quote CocoCily 13-11-2020 12:00 PM
kesiannya kat baby..
Quote anony-mous 13-11-2020 12:03 PM
AvaAdore replied at 13-11-2020 11:30 AM
Aku syak ardell bosan jaga anak dgn laki tak tolong jaga pon, so dia cari alasan nak berbakti kat Sa ...

Ni je alasan paling logik setakat ni aku rasa
Quote bungarose 13-11-2020 12:05 PM
Perkara wajib sebagai ibu dalam tempoh 2 tahun anak menyusu ko tinggalkan
Konon nak selamatkan manusia lain di sabah. Anak yang jadi kewajiban dan amanah utk ko jage..ko tinggalkan laks
Quote shernazz 13-11-2020 12:06 PM
So
Lepas ni thread apa plak?
Takdak sapa nak teman tido?
Baby rindu mama?
Baby sangka tetek.maknya ketika nadzmi tak pakai baju?
Quote da_vinci 13-11-2020 12:09 PM
Ya Robbin Ya Rasulullah....apa kebendaaaaaaaaaa laaaa lakibini nih buat
Quote salmon-suki 13-11-2020 12:10 PM
Laki bini bodoh..hrp anak dia xjangkit bodoh makpak
Quote anishmn 13-11-2020 12:23 PM

iols xtau laa mak jenis apee laa minah neh..6bln kotttt bby tuh....mak xdak dpn mata pn da melalak2 bby baya neh...sbb dia kenai bau mak dia..neh kene tiggal lama...jgn anak dia rndu kt mak smpi demam2 da laaaaa....

blom kene kuarantin lg..haiyooooo...bodoh bertingkt2....sejenis lapar likessssssss...sesuai laki bni...
Quote Megikari 13-11-2020 12:44 PM
Laki dia dah boleh la start cari mak baru utk baby tu
Quote dewi_rina 13-11-2020 01:04 PM
Kitorang ni lagi berpeluh basah kuyup tengok kebebalan kau & bini kau

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.099150 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top