CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tergamak Lemaskan Dua Anak Untuk Jual Organ Bayi

13-11-2020 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3922| Komen: 23

Description: Lemaskan anak untuk jual organ. Itu perbuatan terkutuk seorang ibu yang sanggup menenggelamkan dua bayinya di dalam tab mandi semata-mata mencari wang dengan jalan mudah.
Lemaskan anak untuk jual organ. Itu perbuatan terkutuk seorang ibu yang sanggup menenggelamkan dua bayinya di dalam tab mandi semata-mata mencari wang dengan jalan mudah.

Amanda Sharp-Jefferson 26, dituduh membunuh Rose Singleton yang berusia 12 bulan dan Lily yang baru berusia dua bulan di rumahnya di Las Vegas.



Amanda
Kredit foto: Mirror

Daily Mirror melaporkan bapa mangsa, Jaykwon Singleton pulang ke rumah Jumaat lalu dan menemui mayat dua beradik malang itu.

Media tempatan melaporkan lelaki itu bertanya kepada Sharp-Jefferson mengenai apa yang dia lakukan.

Wanita itu hanya menyuruh teman lelakinya itu mendiamkan diri dan pada satu ketika memberitahu bahawa organ bayi itu 'bernilai tinggi'.

"Dia menenggelamkan mereka," kata Singleton seperti dilaporkan media.

Polis yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati dua beradik itu sudah meninggal dunia.



Rose dan Lily
Kredit foto: Mirror

Menurut polis, Sharp-Jefferson memaklumkan dia akan mendapat banyak wang daripada penjualan organ dalaman dua anak perempuannya.

Dia dibawa ke balai polis bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini terutama daripada keluarga Singleton yang marah dengan kejadian itu.

Dalam pada itu, Singleton turut mengakui dia menyedari kekasihnya berperangai pelik sejak dua minggu lalu.


Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 13-11-2020 10:24 AM
Leluhur suci yg jadi kebanggaan setiap negara siap berkempen...
Quote sarah82 13-11-2020 10:27 AM
ni mesti kes dadah la ni...tu gila tu
Quote patiya 13-11-2020 10:28 AM
sampai hati dia buat mcm tu kat anak sendiri , hanjing
Quote sarah82 13-11-2020 10:53 AM
dan mak hamjad ni mesti benak. bukan simple lemahkan anak2  dah mati baru jual.

utk penderma organ yg dah hampir masanya, akan ada sekumpulan team medical siap sedia utk terus buat pemindahan organ dari penderma selepas kematian penderma organ.

tak salah aku team ni ada 90 minit utk havest organ penderma.

aku dengar ni masa aku daftar sebagai penderma organ.

tahun ni genap 20 tahun aku jadi penderma organ berdaftar
Quote kemaruk 13-11-2020 10:55 AM
Nak beli ps5 lettew

Takpe anak boleh buatvlain
Quote Artemesiaa 13-11-2020 11:02 AM
Sakit mental tak pun geng dadah je sanggup buat benda2 macam tu
Quote any42 13-11-2020 11:09 AM
so asl2 mmg beranak utk jual organ je ke. duit byk hbis sbb ddah ke ni smpai snggup bnuh ank sndri. nywa ank xde nilai organ je la ade nilai
Quote azwanaliori 13-11-2020 11:19 AM
black live doesnt matter I guezz
Quote darkness 13-11-2020 11:28 AM
Bukan dapat pun organ anak tu kalo ko jual. Tgk jgk berapa jam dah meninggal. Not as simply apa yg ko pikir nak jual organ. Mesti ada team medic yg dah ready utk amik organ ko sebaik ko meninggal
Quote husna_amal 13-11-2020 02:54 PM
Buat lah kerja yang baik. Ni sampai nak jual organ anak sendiri. Akhirnya sia2 je.
Quote fff_cat 13-11-2020 03:00 PM
Rapat yang amat anak2 dia.. Pas beranak terus on mengandung balik ke? Sorang baru setahun, si adiknya umur 2 bulan. Macam ternak baby jer untuk harvest organ.
Quote liyamariska 14-11-2020 06:56 AM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote dua_chzy 14-11-2020 09:12 PM
darkness replied at 13-11-2020 11:28 AM
Bukan dapat pun organ anak tu kalo ko jual. Tgk jgk berapa jam dah meninggal. Not as simply apa yg k ...

Khen. Patutnya kena harvest organ tu as fresh as possible. Nak buat jahat pun bodoh tak google.
Quote darkness 14-11-2020 09:22 PM
dua_chzy replied at 14-11-2020 09:12 PM
Khen. Patutnya kena harvest organ tu as fresh as possible. Nak buat jahat pun bodoh tak google.

Itulah sis..kdg2 baca berita mayat kena ambil organ ka apa. Like seriously?? Bukan mudah mau ambil organ org..bukan mcm yg biasa org pikir tetak saja badan terus korek organ..pastu bukan main korek ja mata tu utk spare part organ haha
Quote Kipaskiok 15-11-2020 08:45 PM
Sick{:yameteh{:yameteh{:yameteh
Quote Kipaskiok 15-11-2020 08:46 PM
Banyak lagi cara nk dptkan duit..sanggupnya bunuh anak sndr semata2 nk dptkan organ n jual ke black market... so sick{:freak{:freak{:freak
Quote tipah89 16-11-2020 11:12 AM
kembirikan aje pompuan ni supaya xperlu susah2 beranak. bodo
Quote dodolgemok 16-11-2020 01:14 PM
sarah82 replied at 13-11-2020 10:53 AM
dan mak hamjad ni mesti benak. bukan simple lemahkan anak2  dah mati baru jual.

utk penderma orga ...

Betul tu sis, bukan senang2 gitu jah bunuh org lepastu biar mereput berapa lama bru nak harvest organ tu mmg xberguna dah la. Tu la pentingnya sains edukasi, supaya xsia2 membunuh anak sendiri tpi habuk pon xdpt.
Quote sarah82 16-11-2020 01:18 PM
dodolgemok replied at 16-11-2020 01:14 PM
Betul tu sis, bukan senang2 gitu jah bunuh org lepastu biar mereput berapa lama bru nak harvest or ...

dia ingat jual organ semudah jual ayam kot.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.055865 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top