CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Suka Calon Menantu, Anak Dijerutnya

13-11-2020 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2105| Komen: 9

Malang bagi seorang gadis di Mumbai, India apabila ibu bapa dan abang tergamak berpakat cuba membunuhnya, baru-baru ini.

Ia selepas remaja berusia 19 tahun itu berdegil dan mahu meneruskan hasrat berkahwin dengan lelaki tidak disukai ahli keluarganya.


Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan pada hari kejadian, ibu bapa dan abang remaja itu mengajak mangsa keluar bersiar-siar di pantai Suruchi di Vasai.


Gambar hiasan

Ketika sampai di satu lokasi, ahli keluarga remaja terbabit menjerut leher mangsa dengan skaf dipakainya.

Selepas melihat mangsa seperti tidak bernyawa lagi, mereka menghumban remaja itu ke dalam semak di kawasan berhampiran pantai. Bagaimanapun, mangsa sebenarnya hanya pengsan sebelum ditemui seorang pejalan kaki.

Individu berkenaan melaporkan penemuan remaja itu kepada pihak berkuasa dan mangsa dibawa ke hospital berhampiran. Apabila tersedar, mangsa hanya mampu menangis sebelum menceritakan kejadian kepada polis.


Susulan kejadian itu, polis menahan ibu bapa remaja itu yang berusia 50 dan 55 tahun serta abang mangsa berusia 25 tahun.

Jurucakap polis berkata, siasatan mendapati ibu bapa dan abangnya menentang hubungan cinta remaja berkenaan. Mereka cuba memujuk mangsa untuk tidak meneruskan hubungan itu, namun gagal.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 13-11-2020 10:00 AM
ape la yg ade dlm hati diorg ni,
bela dari kecik pastu tergamak bunuh sbb anak nk kawin dgn pilihan sendiri
Quote TomyamPuteh 13-11-2020 10:32 AM
Ini bkn pukul ank sindir menantu dh ni, ini benci menantu bunuh ank...
Quote matbad 13-11-2020 10:40 AM
agak dahhh hihihi
Quote sarah82 13-11-2020 11:00 AM
aku tak faham...kenapa tak bunuh saja bakal menantu...tapi pi bunuh anak sendiri...mak bapa gadis ni buat serupa beranak tak sakit dan tak penat cari duit nak bela anak sampai besar.
Quote Artemesiaa 13-11-2020 11:05 AM
Bila anak perempuan dipandang tak berharga dah boleh diperlakukan sesuka hati macam tu ler jadinya.
Quote eyansss 13-11-2020 12:05 PM
Artemesiaa replied at 13-11-2020 11:05 AM
Bila anak perempuan dipandang tak berharga dah boleh diperlakukan sesuka hati macam tu ler jadinya.

orang melayu pun ramai camni...  lebih banggakan anak lelaki dan layan anak perempuan macam hape je...  cuma alhamdulillah masih tak sampai tahap membunuh...
Quote Belibis 13-11-2020 01:22 PM
sarah82: aku tak faham...kenapa tak bunuh saja bakal menantu...tapi pi bunuh anak sendiri...mak bapa gadis ni buat serupa beranak tak sakit dan tak penat cari  ...

Bakal menantu anak orang,silap2 boleh berparang,kayu hoki bagai dengan keluarga sana.ada baik bunuh anak sendiri,takde sapa boleh marah.
Tu kan ummah pujaan kel**ng forum.
Quote husna_amal 13-11-2020 02:58 PM
Tak boleh hadam la tak suka pilihan anak sampai tergamak bunuh keluarga sendiri.
Quote dani-rox 14-11-2020 02:36 AM
baca tajuk jah dah bole teka negara mana

honour killing kan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.089807 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top