CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Lampu Biru Di Putrajaya Ni Boleh Kenyangkan Frontliner Ke?'

13-11-2020 10:07 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8260| Komen: 64|Original author: Oleh: Cari-Azza




"Bestnya jadi frontliner, KKM pasang lampu biru, so kenyanglah anak bini sebulan."


Nampaknya, apa yang dilakukan kerajaan mendapat pelbagai respons daripada warganet. Ada yang bernas dan ada juga yang berbisa, sepertimana program Nyalakan Lampu Biru di Putrajaya oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1 ini.

Bagi rakyat, ia bukan sekadar pembaziran tenaga elektrik dan wang ringgit, malahan tidak memberi erti kepada barisan hadapan (frontliner) yang berjuang bermati-matian menangani pandemik Covid-19.


Foto :FB


Bermula 12 hingga 15 November, bangunan dan persekitaran Putrajaya akan dinyalakan lampu biru sebagai tanda sokongan sebenarnya tidak membantu usaha kita menangani Covid-19 ini.

Sementelah ia juga satu pembaziran dan lebih menyemarakkan api kemarahan rakyat terhadap ahli politik.



Foto :Twitter

Foto : HafizRahim.com

Bagi warganet, daripada memasang lampu biru sebagai tanda sokongan, sepatutnya kerajaan menghargai frontliner dengan memberikan apa yang sepatutnya mereka dapat, sebagai contoh menyerap kakitangan perubatan kontrak sebagai kakitangan tetap.


Foto :Twitter

Banyak kepincangan berlaku di sana-sini. Mungkin di pihak pak Menteri, lampu biru itu sudah cukup untuk menghargai 'frontliner'. Anda rasa bagaimana? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rashiman 13-11-2020 10:11 AM


Buat apa nak kecoh2, nak dipolitikkan...

itu hanya sebagai tanda terimakasih selain insentif2, kemudahan2 yg di berikan kepada Frontliner..
Quote darkness 13-11-2020 10:14 AM
Skali skala..lgpun diabetes day. Hilang jgk stress...kalau warna sama ja manjang boring jgk
Quote tripleid 13-11-2020 10:16 AM
memang haru biru kerajaan sekarang
Quote saviour_09 13-11-2020 10:24 AM
serba tak kena kheennn

mora & kwsp je yg kena dgn tekak masing2

pffftttt
Quote Kerexxx 13-11-2020 10:29 AM
tripleid replied at 13-11-2020 10:16 AM
memang haru biru kerajaan sekarang

harap dapat kembali kpd ph. that why kita kena support forumer mcm i.am.ph
Quote JunkMail 13-11-2020 10:33 AM
Once terkena selamanya terasa. Kerajaan silap percaturan..skrg nak pujuk memang makan cercaan je lah.
Maybe kalau jadi withdraw 10k kwsp hati yg terguris dapat dipujuk sikit.
Quote nora_balqis 13-11-2020 10:37 AM
Edited by nora_balqis at 13-11-2020 10:38 AM

Bagi kami yang kerja pengurusan bangunan putrajaya. Isu pembaziran tue rasenya tak ada. lampu nie mmg pasang tiap2 malam. cume ikut festival akan disetkan pada warna apa2.
kami setkan jer mode warna biru tue kat BCS kami.  
Mcam hari tue mode warna jingga. bukan kena tukar lampu tue pun kalau nak mode warna biru nie
Quote batusembilan 13-11-2020 10:41 AM
ini pun nk kecoh.

kaldai2 ph mmg suka kecohkan benda kecik.
Quote Firenzza 13-11-2020 10:41 AM
rashiman replied at 13-11-2020 10:11 AM
Buat apa nak kecoh2, nak dipolitikkan...

itu hanya sebagai tanda terimakasih selain insentif2 ...

Kalau pasang lampu merah ko pulak meroyan sbb kaler dap
Quote Artemesiaa 13-11-2020 10:42 AM
Berapa kerat je yang nampak dan tahu bila dah semua dah disuruh stay at home.  
Quote tripleid 13-11-2020 10:43 AM
Kerexxx replied at 13-11-2020 10:29 AM
harap dapat kembali kpd ph. that why kita kena support forumer mcm i.am.ph

pasni hari barah kopek kena tukar lampu kaler pink pulekk.berapa banyak tu belanja just utk tukar lampu
Quote djzara81 13-11-2020 10:59 AM
Elehh..Komtar pasang lampu merah tu x kecoh plak. Hampehhhh
Quote nora_balqis 13-11-2020 11:11 AM
tripleid replied at 13-11-2020 10:43 AM
pasni hari barah kopek kena tukar lampu kaler pink pulekk.berapa banyak tu belanja just utk tukar  ...

tak perlu tukar lampu..boleh set jer kat Building control system bangunan ikut mode warna..pink ker biru ker merah ker
Quote duri_durians 13-11-2020 11:32 AM
kalau berkait dgn twitter aku abaikan je.
Quote Nnasda53 13-11-2020 11:58 AM
asalkan bercahaya jgn gulap gulita sudahlah..
nampaklah tanda penghargaan buat semua frontliners.
Quote damsel_fiji 13-11-2020 12:18 PM
sundal2 bbnu hanat kt twitter ni ada je yg salah kat mata dorg..
Quote pakupayung21 13-11-2020 12:21 PM
selaku pekerja yang bekerja di putrajaya, lampu tu dah lama ada. tinggal nak pilih kaler apa jee. tetiap malam bangunan ni bercahaya je dgn lampu2 ni
Quote syadq 13-11-2020 01:24 PM
Selayaknya disambut ya, rakyat Malaysia seramai 3.9 juta penghidap diabetes.
Quote asyriqa 13-11-2020 01:34 PM
Serba tak kena la dorang ni buat tu salah buat ni takleh..sebenarnya apa yg ko nakk..

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.123497 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top