CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Malu Beli Kondom"- Sharifah Alesya Galakkan Hubungan Bebas?

13-11-2020 10:23 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 22232| Komen: 107|Original author: Oleh: Cari-Azza



"No, no shy to buy condom."

Itu nasihat aktres, Sharifah Aleysha Syed Zainal Rashid, 27, kepada netizen. Pesanan kontroversi tersebut ditulis susulan video pekerja kedai serbaneka yang mengalakkan pembelian kondom, menimbulkan pelbagai perdebatan di media sosial.

Alesya turut menegaskan yang kondom penting bagi mengelakkan penyakit kelamin dan pembuangan bayi. Jadi, usah malu ketika mahu membelinya kerana penjual tidak kisah pun dengan hal tersebut.


Foto :Twitter


Anak kepada Fatimah Abu Bakar dan adik Sharifah Aleya dan Sharifah Amani ini menyatakan tujuannya baik iaitu mahukan semua pihak selamat. Sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan mudarat yang lebih besar.

"I meant don't let society shame you FROM being safe and aware. Please be safe. Please be aware. You not shy to buy face mask right? No no shy to but condoms."


Foto : IG

Perbincangan terbuka itu mendapat sambutan daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman ketika di dalam situasi sama.



Foto : Twitter

Foto : IG

Bagaimanapun, bagi yang berpegang kepada ajaran Islam menganggap nasihat Aleysha sebenarnya menggalakkan lagi hubungan zina berleluasa.


Foto : Twitter

Foto : IG

Panas betul dengan topik ini. Jika ia nasihat, wajarkah? Daring betul ya perbualan sekarang. Apa pula pendapat anda? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 13-11-2020 10:25 AM
Ni tambah lagi buat malu nama sharifah. Ritu sepah kinah. ni sepah aleysya.

eeee bala bala bak kata dialogue kampung pisang.
Quote Belibis 13-11-2020 10:29 AM
Sangka baikk..nasihat dia kpd B40 yang ada susun paku.
Untuk T20 tak kisah laa.
Quote Bergosip 13-11-2020 10:29 AM
Apa kaitan beli face mask dengan beli condom?
Ada yang malu beli face mask?

Apo ko bengong samakan face mask dengan condom hahaha
Quote KBW2 13-11-2020 10:34 AM
Aku rasa gini jah, elakkan zina tu betul tapi kita pun tahu ada set-set yang tak dulik pon dosa zina ke apa ni semua dan akan berzina juga.

So, kalau nak berzina, at least gunalah kondom supaya masalah-masalah lain dapat dikurangkan.

Saying out loud camtuh, memang nampak sedikit canggung tapi takyahlah kita in denial pulak  ttg situasi semasa camna.


So tak payahlah pukul gendang dia galakaan zina.  Yang lebih tepat,  dia galakkan penzina-penzina sekalian supaya lebih berakal dan bertanggungjawab.

Quote pxlbb 13-11-2020 10:36 AM
Geng cik pah the sisters ni mmg liberal gitewww apa nak heran
Quote Normabaru 13-11-2020 10:49 AM
Perempuan skrg mmg ramai xmalu
Quote djzara81 13-11-2020 10:53 AM
Sharifah sisters mmg outspoken. Aku phm apa yg Leysha nk smpikan. Dia tak ckp dari sudut agama sbb tu bukan her expertise. Young or probably old liberals may look up on her. I’m looking fwd for some influencers with good command of English & Islamic knowledge to speak out on taboo subjects too.
Quote Kurex 13-11-2020 11:40 AM
Dia berlakon cerita apaje?
Quote ErnaAriff 13-11-2020 11:44 AM
Belibis replied at 13-11-2020 10:29 AM
Sangka baikk..nasihat dia kpd B40 yang ada susun paku.
Untuk T20 tak kisah laa.

iols Setuju!
Quote newme11 13-11-2020 11:52 AM
djzara81 replied at 13-11-2020 10:53 AM
Sharifah sisters mmg outspoken. Aku phm apa yg Leysha nk smpikan. Dia tak ckp dari sudut agama sbb t ...

Betul tu...
cuba kita pandang dr sudut positif...
insyallah boleh paham...
Quote sunshinelady 13-11-2020 11:59 AM
KBW2 replied at 13-11-2020 10:34 AM
Aku rasa gini jah, elakkan zina tu betul tapi kita pun tahu ada set-set yang tak dulik pon dosa zina ...

i agree.

negara malaysia is negara majority Islam sejak azali. semua yg belajar agama Islam tau pasal zina, rogol, cabul, sumbang mahram, etc. tapi banyak gila kes-kes ni berlaku berleluasa. kat mana salah-silapnya: org tak amalkan, nafsu mengatasi ilmu, takde ilmu langsung, pegadilan tak adil, macam-macam lagi. nak teguhkan ilmu? kita dah diberi peluang pencegahan zina, rogol, cabul, sumbang mahram, etc dah lama dah. dari institusi kekeluargaan, sekolah, media, macam-macam lagi. tapi still jadi jugak. still masalah sexually transmitted diseases & anak luar nikah berleluasa, lebih teruk lagi anak-anak tak berdosa ni dibuang & mati macam tu je. lebih malang if dia hidup, dia hidup merana ditindas (oleh orang2 yg konon-konon beragama ni) or diseksa & the whole cycle again & again.

the next step is to encourage these ppl tak sebarkan STDs & their stupid sperms to orang2 lain.

Quote Bumbu 13-11-2020 12:18 PM
Betul jg la apa dia tulis
Quote dejure 13-11-2020 12:27 PM
Statement mcm ni kena fikir jauh ckit baru faham ape msg yg nk disampaikan..
Quote chocobozhere 13-11-2020 12:56 PM
aku setuju je apa dia ni cakap wpun aku bukan islam liberal dan moden pun. sebab nasihat agama jangan hampiri zina, jgn berzina tu sume bagi aku org sekarang tanak pakai dan tak peduli pun. dari buang bayi baik ko main pakai kondom... esp budak2 yg first time nak try main.. bukan dia faham istilah tembak dalam, waktu subur dsb.. baik lah ajar pakai kondom... dosa sendiri tanggung, at least takde bayi kene buang...
Quote abadi84 13-11-2020 01:29 PM
Kan....dr ko terngandung lps tu sshkn org.
Macamlah insaf pun lps termengandung tu nowdays...
Lg ada yg ambik untung nak jual baby lagi ada
Quote YomiuriLandMae 13-11-2020 01:36 PM
kat malaysia ni kau kena bagi statement pnjg lebar dik in details.. kalo tak nnt dicop liberal..
Quote annadonna 13-11-2020 01:43 PM
Think positive ajelah. Ini part of sex education yg memang sgt asing di negara kita
Quote epal_ijau 13-11-2020 01:45 PM
Kesian kdg2 ak tgk sharifah's sisters ni.. statement diorg asik misinterpreted je.. tak  salah pon apa dia ckp tu.. knp klau kondom je org ingat nak berzina. Ada bnyk sbb knp org nak beli kondom.. sbb tu org malu nak beli kondom sbb stigma org. That y dia ckp jgn malu klau nak beli.. netz ni pikir asik nak negatif je..
Quote kukukatablog 13-11-2020 01:52 PM
kat tempat aku mengajo banyak student terlanjur n mengandung,
so dalam klass aku kabo ler kalo dah tak tahan sangat pakai lah protection,
bukan nak menggalakkan, tapi betul daripada beranak tak berbapak lagi kesian...

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.090390 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top