CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dolla Bukan Saingan Buat De Fam

11-11-2020 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6566| Komen: 26

Kumpulan De Fam menyifatkan kemunculan pendatang baharu, Dolla bukan saingan mereka sebaliknya tumpang gembira kerana kumpulan itu berani tampil dengan pembaharuan dalam industri muzik tempatan.


Menurut anggotanya, Azira Shafinaz, 29,  kemunculan Dolla mengingatkan mereka kepada titik permulaan De Fam awal-awal dulu di mana semangat mereka berkobar-kobar untuk berjaya.

Foto: IG
"Kami tidak melihat Dolla sebagai saingan langsung disebabkan mereka muncul berkumpulan. Apatah lagi, hendak membandingkan diri dengan mereka.

"Sebaliknya, kami sangat gembira dengan kemunculan mereka untuk meneruskan legasi kumpulan wanita dalam industri. Tidak kisahlah berkumpulan atau tidak, yang penting pembaharuan dibawa segar dan menarik.


"Mereka sebenarnya mengingatkan kami kepada semangat De Fam sewaktu baru bermula lima tahun lalu. Waktu itu, jiwa muda kami sangat membara, sebagaimana terlihat pada mereka juga," katanya.


Menurut Azira, mereka juga kagum dengan konsep dibawa Dolla yang lebih ke arah muzik ala K-Pop dan lain daripada konsep De Fam sendiri.

"Baguslah mereka tampil dengan konsep yang sangat segar, khususnya dalam industri muzik tempatan. Tidak salah pun, bagi kami disebabkan kualiti tahap antarabangsa itu ada pada mereka.

"Inilah yang kita mahukan bagi memajukan lagi industri. Jika ada lagi kumpulan wanita lain yang muncul selepas ini, lebih bagus," katanya.


Selain Azira, De Fam turut dianggotai Cik Manggis dan Sophia Liana. Mereka mula mencipta nama sejak 2015 dan dikenali menerusi lagu-lagu hit termasuk #SUPERGIRLS, With You (duet Brandon Beal), dan Panas. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 11-11-2020 12:46 PM
Defam ni kelebihan mereka semua hebat menari.
Quote Kurex 11-11-2020 12:59 PM
Pahal nampal dollah ni semua berkerak?
Quote MadameOnion 11-11-2020 01:34 PM
Memang pun...laaaammmbett lagi..de fam ni walaupun aku tak minat tapi deyols nampak classy..while dolla looked sooo rempit, kepam, berkerak and busukk..suara tak sedap..menari berterabur,wajah desa pedalaman..lebih baik pegi keja operator kilang je..kalau naik bas kilang reramai dgn pekerja indo mmg nampak sama
Quote lattehazelnut 11-11-2020 01:37 PM
Bila korg nk kuar lagu baru woi
Quote missyL 11-11-2020 01:49 PM
Suara azira nyanyi best...
Dolla x thu la. Autotune byk sgttt
Quote selipar_hijau 11-11-2020 02:03 PM
Bila de fam nak collab ngn mimi fly, sure menari gempak
Quote eira2310 11-11-2020 02:15 PM
dolla appearance dorang seksi benor compare to de fam..suka lagi style de fam
Quote abadi84 11-11-2020 02:34 PM
Lagu dorang boleh diterima. Cuma yg nak mndengarnye ummah meleis kan?
Nape nye kena bwk imej k pop?
Quote tootii 11-11-2020 03:11 PM
dola tu serba serbi seksi ..
de fam ni tak
Quote husna_amal 11-11-2020 03:23 PM
Defam ni takde lah macam kpop sangat. DollaH tu pula macam copy ori blackpink
Quote wikedsaikel 11-11-2020 03:29 PM
husna_amal replied at 11-11-2020 03:23 PM
Defam ni takde lah macam kpop sangat. DollaH tu pula macam copy ori blackpink

De Fam hip hop. Aku suka de fam. Teringat kt destiny’s child
Quote mesmerize 11-11-2020 03:33 PM
suka defam lagi sebab tak overdo imej n tarian diorang. menari sopan2 aje. lagu2 catchy.
dolla pulak kpop wannabe. takde originality dari segi imej dan tarian. tarian terlalu menjolok mata terkangkang2.  
Quote nadie90 11-11-2020 03:57 PM
wikedsaikel replied at 11-11-2020 07:29 AM
De Fam hip hop. Aku suka de fam. Teringat kt destiny’s child

Bg saya De Fam punya imej dan konsep mcm inspired by TLC....tringt performance De Fam nyanyi lgu Bunga msa AJL...berkarakter sambil menari tarian tradisional....slh satu persmbhn yg trbaik dr De Fam...
Quote wikedsaikel 11-11-2020 04:42 PM
nadie90 replied at 11-11-2020 03:57 PM
Bg saya De Fam punya imej dan konsep mcm inspired by TLC....tringt performance De Fam nyanyi lgu B ...

Eh betul lah. Lebih pd TLC. Yes that’s right
Quote minah_selekeh 11-11-2020 10:41 PM
De Fam nampak classy.. Dolla nampak murahan..
Quote imanjannah 12-11-2020 08:08 AM
de fam terbaikkk
Quote Normabaru 12-11-2020 09:12 AM
Dolla dolli kuberi nama.. Cikibumm cikibummm
Quote azimodin 12-11-2020 09:19 AM
huhu..lain league tu. Dollah acah2 kpop  veri kedai eco. Defam ala2 TLC - rugged tapi classy.
Quote Ara_roro93 12-11-2020 03:32 PM
Lepas puas melayan drama Seribu Rindu tu , tup2 I terfan dgn si Azira nie. Skin & face sheolls nmpak unik , bila dimakeup ada time iras fezura adakala persis retis internasional !

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.340618 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top