CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5,589 Kilang Dikesan Beroperasi Tanpa Kebenaran, Tapi Bukan Haram - Exco Selangor

11-11-2020 02:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6366| Komen: 55

Description: SHAH ALAM: Sebanyak 5,589 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh Selangor dengan 869 daripadanya berada di sekitar sungai, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan ...
Ng berkata kerajaan negeri berpandangan kilang tanpa kebenaran wajar diberi peluang. -Bernama



SHAH ALAM: Sebanyak 5,589 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh Selangor dengan 869 daripadanya berada di sekitar sungai, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han.

Beliau berkata daripada 869 kilang tanpa kebenaran di sekitar sungai, sebahagian besarnya terletak di hilir sungai atau selepas muka sauk loji rawatan air (LRA).
Tambah Ng, daripada jumlah 869 kilang tanpa kebenaran di sekitar sungai, 546 adalah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya (23), Majlis Perbandaran Klang (20), Majlis Perbandaran Kajang (155), Majlis Perbandaran Selayang (75), Majlis Perbandaran Sepang (dua), Majlis Perbandaran Kuala Langat (27), Majlis Daerah Kuala Selangor (14) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (tujuh).
"Kerajaan negeri amat memandang serius isu kilang tanpa kebenaran namun sering kali terdapat kekeliruan terhadap status kilang ini.
"Saya ingin jelaskan, kilang tanpa kebenaran adalah kilang yang ada lesen perniagaan sementara tetapi belum memenuhi syarat teknikal seperti status tanah, pengezonan atau kebenaran merancang. Mereka bukan kilang yang menjalankan aktiviti haram," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Adif Shan Abdullah (Bersatu-Dengkil) mengenai apakah tindakan proaktif kerajaan negeri menghalang operasi kilang haram.
Menurut Ng, kerajaan negeri berpandangan kilang tanpa kebenaran wajar diberi peluang dan disebabkan itu, Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran yang ditukar nama kepada Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Selangor yang berakhir 30 Sept lepas dilanjutkan sehingga 31 Dis ini.
Katanya, pelanjutan tempoh pemutihan itu berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik COVID-19 namun selepas tarikh akhir itu, tindakan lanjut secara bersepadu mengikut peruntukan undang-undang akan dilaksanakan.

Sumber : BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
7

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 3-11-2020 06:39 PM
Tanpa kebenaran,tapi tak haram..makruh ke macam mana?
Quote krustykrab 3-11-2020 06:41 PM
Belibis replied at 3-11-2020 06:39 PM
Tanpa kebenaran,tapi tak haram..makruh ke macam mana?

Dah serupa pengkelasan najis kot...

Quote Belibis 3-11-2020 06:47 PM
Ayat kaver line..kalau kata kilang haram,jenuh nak menjawab kenapa tak diambil tindakan.
Quote Skuau 3-11-2020 07:29 PM
TANPA KEBENARAN....pon...boleh beroperasi ka???
Quote sarah82 3-11-2020 07:42 PM
Tanpa kebenaran maksudnya HARAM la kan?
Quote Innrukia 3-11-2020 07:45 PM
Edited by Innrukia at 3-11-2020 07:47 PM

TANPA KEBENARAN tapi TIDAK HARAM?
Huntungla.. ni mcm " PENEROKA MUSANG KING" bukan " PENCEROBOH TANAH HARAM"

confuse tapi tidak keliru

Quote ang_bess 3-11-2020 08:24 PM
Biler gomen pkr/dap ni cakap pasal apenama tu cat, telus jujur ape lancau tu korang puiiiii kan jelah. Kilang tanpa kebenaran (konon nyer la) ni mesti kene jaga betul2. Rules of law tokpekong kau hanye terpakai untuk marhaen. Tengok jelah rumah setinggan tepi sungai yg buat tanpa kebenaran pun kene roboh. Memang salah tapi jika di bandingkan mudarat tu kilang tu lagi teruk.
Quote copy_paste 3-11-2020 09:12 PM
jd kesimpulannya,pasti akan ada pencemaran lagi....
Quote Skuau 3-11-2020 09:42 PM
Drp kes ini dapatlah wa amik kesimpulan...bagaimana mereka boleh sahaja 'menukar sistem'.Bayangkan kalau depa yg perintah???
Quote mdhelmi 4-11-2020 08:35 AM
Belibis replied at 3-11-2020 06:47 PM
Ayat kaver line..kalau kata kilang haram,jenuh nak menjawab kenapa tak diambil tindakan.

Kenyataan:
Santet membeli sebuah rumah dan kalo mengikut rules, dia hanya boleh duduk tahun depan
tapi Santet menggunakan org dalam suruh duplicate kunci dan mahu duduk di rumah itu esok juga

Soalan KBAT:
1. adakah rumah itu rumah haram?
2. adakah kelakuan Santet itu haram?
3. adakah Santet itu haram?
4. siapakah Santet?
5. adakah Santet itu warga asing?
6. apakah itu Santet?
7. pernah kene Santet?
8. adakah Santet pernah menyantet org lain?



Quote harisbee 4-11-2020 11:02 AM
mdhelmi replied at 4-11-2020 08:35 AM
Kenyataan:
Santet membeli sebuah rumah dan kalo mengikut rules, dia hanya boleh duduk tahun depan ...

Maksud ko kilang tu boleh operasi la thn depan? Omg
Quote ctaz 4-11-2020 11:20 AM
5,589 kilang beroperasi tanpa kebenaran "doit mahsyuk" tapi bukan haram...

kuheh...kuheh....kuheh
Quote R2D2 10-11-2020 06:02 PM
so yg ni exco tak ulas ke sabotaj ke tidak?




Tindakan sabotaj mungkin punca pencemaran air
    myMetromutakhir
Norzamira Che Noh



Shah Alam: Kerajaan Selangor tidak menolak kemungkinan bahawa insiden pencemaran bau di Sungai Selangor yang menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) henti tugas tengah hari tadi berpunca daripada tindakan sabotaj.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian berkata, hasil pemeriksaan awal, pihaknya mendapati pencemaran itu berpunca dari loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK).

Katanya, lokasi pencemaran dikesan di Taman Velox, Rawang yang mana pihaknya mengesan terdapat bahan seakan minyak di dalam lurang IWK di kawasan itu.

"Untuk makluman juga, pemeriksaan yang dilakukan sekitar jam 2 hingga 7 pagi tadi oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mendapati bacaan air di Sungai Gong dan Sungai Sembah masih berada di tahap kosong ton.

"Justeru, pencemaran ini mungkin berlaku antara jam 7 hingga 10 pagi dan kita mengesyaki ada sabotaj yang berlaku.

"Kerajaan negeri akan membuat laporan polis mengenai hal ini dan siapa yang di belakang (tindakan sabotaj)," katanya pada sesi penggulungan usul bajet peruntukan pembangunan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika Elizabeth Wong Keat Ping (PH-Bukit Lanjan) mencelah sesi penggulungan dan bertanya mengenai insiden pencemaran berkenaan yang berlaku 24 jam selepas Rang Undang-Undang (RUU) LUAS Pindaan 2020 diluluskan, semalam.

Terdahulu, empat LRA iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan tugas selepas pencemaran bau seakan-akan pelarut dikesan di Sungai Selangor pada jam 12.20 tengah hari tadi.

Susulan itu, Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan sebanyak 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air mulai jam 6 petang ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 November 2020 @ 5:23 PM
Quote cleopatralady 10-11-2020 06:04 PM
tak haram means halal ke makhruh? aiyoyo
Quote Artemesiaa 10-11-2020 06:12 PM
Eloklah arah 869 kilang ni pindah ke tempat lain untuk mengelakan masaalah ganguan bekalan air di Selangor terus berulang.  Tak kesahlah tampa kebenaran tak haram ke hapa.
Quote R2D2 10-11-2020 06:21 PM
tu kilang2 cina
bukan haram
cuma  beroperasi tanpa kebenaran

so tak ada la isu sabotaj

Quote R2D2 10-11-2020 06:32 PM
SinarOnline
@SinarOnline

Pencemaran air mentah di Sg Selangor dipercayai berpunca dari kawasan Industri Kecil dan Serdahana di Taman Velox Rawang: KSU KASA  - Bernama
Quote CARI-HBZ 11-11-2020 02:00 AM
Ng berkata kerajaan negeri berpandangan kilang tanpa kebenaran wajar diberi peluang. -Bernama



SHAH ALAM: Sebanyak 5,589 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh Selangor dengan 869 daripadanya berada di sekitar sungai, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han.


Beliau berkata daripada 869 kilang tanpa kebenaran di sekitar sungai, sebahagian besarnya terletak di hilir sungai atau selepas muka sauk loji rawatan air (LRA).


Tambah Ng, daripada jumlah 869 kilang tanpa kebenaran di sekitar sungai, 546 adalah di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya (23), Majlis Perbandaran Klang (20), Majlis Perbandaran Kajang (155), Majlis Perbandaran Selayang (75), Majlis Perbandaran Sepang (dua), Majlis Perbandaran Kuala Langat (27), Majlis Daerah Kuala Selangor (14) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (tujuh).



"Kerajaan negeri amat memandang serius isu kilang tanpa kebenaran namun sering kali terdapat kekeliruan terhadap status kilang ini.


"Saya ingin jelaskan, kilang tanpa kebenaran adalah kilang yang ada lesen perniagaan sementara tetapi belum memenuhi syarat teknikal seperti status tanah, pengezonan atau kebenaran merancang. Mereka bukan kilang yang menjalankan aktiviti haram," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Adif Shan Abdullah (Bersatu-Dengkil) mengenai apakah tindakan proaktif kerajaan negeri menghalang operasi kilang haram.



Menurut Ng, kerajaan negeri berpandangan kilang tanpa kebenaran wajar diberi peluang dan disebabkan itu, Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran yang ditukar nama kepada Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Selangor yang berakhir 30 Sept lepas dilanjutkan sehingga 31 Dis ini.


Katanya, pelanjutan tempoh pemutihan itu berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik COVID-19 namun selepas tarikh akhir itu, tindakan lanjut secara bersepadu mengikut peruntukan undang-undang akan dilaksanakan.



Sumber : BERNAMA









Quote sarahmirza 11-11-2020 02:04 AM

Marhain faham la beza aktiviti haram & operasi secara haram...

PBT tidur....

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.060892 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top