CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelik Tapi Benar! Penyelidik Dakwa Temui Burung Dengan Badan Separuh Jantan, Separuh Betina

10-11-2020 12:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3326| Komen: 14

Description: Sepasukan penyelidik yang memantau populasi burung di Powdermill Nature Reserve di Rector, Pennsylvania, mendakwa menemui seekor burung dengan warna yang aneh.
Gambar Via National Geographic



Sepasukan penyelidik yang memantau populasi burung di Powdermill Nature Reserve di Rector, Pennsylvania, mendakwa menemui seekor burung dengan warna yang aneh.

Badannya dipercayai separuh  jantan dan separuh betina. Apabila melihat perbezaan warna itu, mereka yakin bahawa ia adalah burung grosbeak yang dipanggil sebagai gynandromorph iaitu haiwan separuh jantan dan separuh betina.

Gambar Via National Geographic


Ukuran juga menunjukkan bahawa sayap kanan burung itu sedikit lebih panjang berbanding sebelah kiri, ciri khas yang membezakan grosbeaks jantan dan betina.

Walaupun gynandromorphy bermaksud haiwan mempunyai ciri-ciri betina dan lelaki namun gynandromorphs dua hala sering kelihatan berbeza secara dramatik kerana ciri-ciri tersebut dipisahkan di tengah-tengah badan mereka iaitu mungkin pemisahan dalaman dan luaran.

Gambar Via National Geographic


“Saya rasa kali ini saya mempunyai lebih banyak pengetahuan mengenai betapa rare keadaan ini berlaku, lihatlah reaksi semua orang, ia kegembiraan yang tak terluah,” kata salah seorang penyelidik, Lindsay.

Ahli biologi hidupan liar, Danny Bystrak mengimbas kembali semua catatan selama 15 tahun lalu, kemungkinan untuk menemui gynandromorph dalam proses penyelidikan merupakan satu dalam sejuta.


Sumber: National Geographic/SiakapKeli


Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote joy_ah 10-11-2020 01:45 AM
khunsa ke?
entahkan transgender belum siap alter kot?
Quote URUHA 10-11-2020 02:12 AM
Bagi meols xde la pelik pun. Dunia ni terlalu luas & masih banyak lagi benda yg kita x tau. Jangan kata kat dasar laut & angkasa, yg kat daratan ni pun x habis explore g. Betapa hebatnya alam ciptaan tuhan (tetiba insof lak dgn komen sendiri )
Quote dudaberhias 10-11-2020 02:36 AM
ooo so kena panggil heshe la ni sebab taktau he or she
Quote Jinglebell123 10-11-2020 03:27 AM
Subhanallah..
Quote Tinot7 10-11-2020 08:17 AM
Cane dia membiak?
Quote Kurex 10-11-2020 08:19 AM
Iols suka burung.... Pernah bela merpati
Quote husna_amal 10-11-2020 09:24 AM
Adakah ini burung sajat buang sebelum ni
Quote ninjago 10-11-2020 09:37 AM
jgn nie nanti menguatkan lagi naluri kaum2 LGBT.. yakin yg its natural to feel the way they feel
Quote hatikudus 10-11-2020 09:37 AM
burung belaan sajat kot
Quote Normabaru 10-11-2020 10:05 AM
Inila dia burung sajat yg berterbangan
Quote coco 10-11-2020 10:43 AM
Subhanallah....
Quote Decaffeinated 10-11-2020 12:11 PM
Kalau manusia sebelah jantan sebelah betina ramai yang jantan sebelah bawah pinggang
Quote Boomibulat 10-11-2020 12:48 PM
Tred dah ada tp x de gmbar burung
https://mforum1.cari.com.my/foru ... amp;fromuid=2378666
Quote Maideen. 10-11-2020 02:43 PM
Burong hud hud pon nak heran.........

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.218265 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top