Nasib malang menimpa kanak-kanak perempuan apabila dibunuh dengan kejam di rumahnya sendiri 19 tahun dahulu. Bagaimanapun, ketika itu tiada sebarang tangkapan dibuat kerana kekurangan bukti. Namun, kematiannya kini terbela dengan penemuan bukti DNA terbaharu. Menurut laporan Daily Star, Hande Cinkitas, 12, ditemui mati oleh bapanya pada 4 Januari 2001. Lebih menyedihkan, mayat kanak-kanak perempuan itu sangat mengerikan dengan kesan pukul senjata tumpul di kepala, leher dan tangan dikelar serta 13 tikaman di rumahnya sendiri di Icerenkoy, Turki. Tiada suspek ditangkap dan kes itu kembali disiasat dengan teknologi DNA terkini. Pihak polis memadankan rambut yang terdapat di tangan mangsa yang gagal dipadankan hampir dua dekad, lalu menemui keputusan yang mengejutkan. Justeru, polis Turki menangkap bapa Handes, ibu tirinya dan jiran mereka, Osman K. Setelah menahan mereka selama empat hari, rahsia terbongkar apabila bapa dan ibu tirinya mengakui telah membunuh anak mereka setelah tidak sengaja masuk ke dalam bilik mereka ketika melakukan hubungan seks bertiga. Laporan media tempatan menyatakan motif pembunuhan adalah kerana mereka menyedari yang anaknya memerhatikan perbuatan tersebut. Apatah lagi bukti itu juga menunjukkan yang mangsa mengenali pembunuhnya. - CARI |
KBW2 replied at 10-11-2020 10:44 AM
Dia bunuh anak sbb apa? Malu?
Nmpak sangat set-set pervert ni semua mmg ada dajal dalam badan mere ...
Buritan replied at 10-11-2020 10:50 AM
Relaks dah ngeseks tuu.. romen reramei ok jah.. anak tengok malu la plk
pinklepie replied at 10-11-2020 09:55 AM
Alhamdulillah nasib Handes terbela, dengan ini dia boleh bersemadi dgn tenang. Harap kat Malaysia pu ...
ADVERTISEMENT