CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Proton Di Thailand Boleh Tukar Bahasa Thai, Kenapa Negara Sendiri Kena Guna BI?

10-11-2020 08:00 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4980| Komen: 20|Original author: Oleh: Cari-Azza





Kebanggaan rakyat Malaysia, kereta nasional Proton sememangnya mengharumkan nama negara dengan merentasi sempadan untuk diguna pakai di pelbagai negara.

Namun, agak menyedihkan apabila ianya bersifat pilih kasih umpama kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Rungut netizen, mengapa pihak atasan Proton membenarkan penggunaan bahasa tempatan untuk negara tertentu sementara di Malaysia sendiri kekal menggunakan bahasa Inggeris? Mengapa perlu dipinggirkan Bahasa Melayu, tetapi dalam masa sama memartabatkan bahasa tempatan di Thailand, misalnya?


Foto : Twitter

Isu yang dibawakan netizen adalah mengapa Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) tidak menggunakan peluang untuk memperkasakan bahasa kebangsaan? Mengapa bahasa nasional perlu diketepikan di negara sendiri?

"Tak pernah saya jumpa orang Jepun bangga melihat kereta buatan negara mereka di jalanan. Orang Sweden, orang Chech, orang British pun sama. Hanya orang Malaysia akan bangga bila terjumpa kereta buatan nasional diperantauan."


Foto : Paul Tan

Sementara itu, menurut portal automotif, Paul Tan, sistem arahan suara "Hi Proton" sebagai persediaan untuk mengeksport kereta ke pasaran Asia Tenggara termasuk Thailand. Manakala, Bahasa Inggeris yang digunakan di Malaysia adalah penambahan sebutan "lah" bagi memberi sentuhan tempatan.

Manakala, netizen pula mempunyai pendapat yang pelbagai, antaranya terbiasa dengan penggunaan Bahasa Inggeris membuatkan mereka selesa dengan teknologi tersebut.


Foto : Twitter

Foto : Utusan Borneo

Jadi, anda rasa wajar Proton menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali sebagai bahasa perantaan? - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-11-2020 08:18 AM
Sebab leluhur tak faham bahaya Melayu mulia syurga
Quote Tinot7 10-11-2020 08:54 AM
Apa keta buatan chech dan sweden?

"Tak pernah saya jumpa orang Jepun bangga melihat kereta buatan negara mereka di jalanan. Orang Sweden, orang Chech, orang British pun sama. Hanya orang Malaysia akan bangga bila terjumpa kereta buatan nasional diperantauan."
Quote epuepy 10-11-2020 09:04 AM
Well. Aku Lagy prefer bi utk navigation. So kalo ada dual language kt setting pn, I still prefer English.
Quote mdhelmi 10-11-2020 09:12 AM
bukan ke boleh sukati nk bahasa apa
tukar jela kat setting
tak ke?
Quote husna_amal 10-11-2020 09:27 AM
Biasalah bahasa Malaysia di anak tirikan.
Quote TalibanRock 10-11-2020 09:37 AM
Tinot7 replied at 10-11-2020 08:54 AM
Apa keta buatan chech dan sweden?

"Tak pernah saya jumpa orang Jepun bangga melihat kereta buatan ...

Czech - skoda
Sweden - volvo, scania
Quote swateng1 10-11-2020 11:01 AM
biasa la tu..  setting kt phone pun guna english kot. kalau guna bahasa malaysia nanti terus blurrrrr.  
Quote swateng1 10-11-2020 11:03 AM
biasa la tu..  setting kt phone pun guna english kot. kalau guna bahasa malaysia nanti terus blurrrrr.  
Quote Tinot7 10-11-2020 08:58 PM
TalibanRock replied at 10-11-2020 09:37 AM
Czech - skoda
Sweden - volvo, scania

Ok tengkiu. Iols tak pernah dgr keta scania..
Quote ~boolean 10-11-2020 09:18 PM
setting semua akaun media sosial aku dalam BM..
cucuk duit di ATM pun aku guna BM..
Beli barang pun aku guna BM walaupun jurujual cakap BI...
Waze aku pun BM...

sebenarnya tak janggal pun,
cuma tak dibiasakan oleh rakyat kita..sebab rata2 pandang BM umpama bahasa kelas kedua...itu yang acah2 janggal lah, lain lah...padahal bahasa kebangsaan...
Quote rangerx 10-11-2020 10:06 PM
sebab tak semua faham bahasa melayu.....
Quote cleopatralady 10-11-2020 11:08 PM
english bahasa perantaraan
Quote matseh 11-11-2020 12:11 AM
Thai's dont understand english.
Utk sale it make sense buat dlm bahasa thai.
Kalau taruk bahasa melayu. Nanti tak laku sbb tak ramai yg paham bahasa melayu
Quote orgsepang 11-11-2020 09:00 AM
Kalau kerajaan laksanakan penggunaan bm untuk semua perkara yang berkaitan mahu tak mahu orang akan cuba memahaminya. Kalau diberi pilihan, jadilah seperti hari ini.
Quote renko 11-11-2020 09:50 AM
yang tweet pun tak reti tulis bm betul2
Quote Xim 12-11-2020 12:07 AM
Tinot7 replied at 10-11-2020 08:58 PM
Ok tengkiu. Iols tak pernah dgr keta scania..

Scania rasanya commercial vehicle kot....kereta takde....
Quote Tinot7 12-11-2020 12:15 AM
Xim replied at 12-11-2020 12:07 AM
Scania rasanya commercial vehicle kot....kereta takde....

Oh ye ke? Tengkiu
Quote dua_chzy 12-11-2020 12:44 PM
Sebab English bahasa rasmi kedua negara, bodooohhhhhhh

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048676 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top