Penerbit terkenal, Datuk A Aida bersetuju dengan pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) supaya 44 syarikat produksi yang mendapat geran Kandungan Digital (DKD) supaya memulangkan semula dana itu.
Isu ini timbul susulan satu pendedahan dibuat yang menyatakan lebih RM30 juta dana DKD yang diumumkan pada pembentangan bajet 2015 kepada penggiat industri menghasilkan filem kenegaraan, gagal diterbitkan sehingga sekarang. Dalam laporan itu, Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid menyatakan pihak mereka sedang berunding dengan kesemua syarikat terbabit untuk menuntut semula dana diberikan. A Aida berkata, salah laku sebegini tidak boleh dibiarkan kerana ia hanya merugikan industri dan melepaskan peluang syarikat produksi yang lebih layak serta bersungguh-sungguh dalam berkarya. "Saya bersetuju dan berdiri di belakang Pengerusi FINAS untuk mendedahkan syarikat terbabit sekali gus dapat menyenarai hitam daripada menerima dana pada masa akan datang.
"Namun, perkara itu perlu diteliti juga sebab mereka boleh saja mendaftar atas nama syarikat lain. Jadi, saya berasa wajar jika kerajaan boleh mengkelaskan syarikat kepada A,B,C seperti yang pernah dipraktikkan suatu ketika dulu. "Sebagai contoh syarikat A diberi dana lebih RM3 juta, syarikat B RM3 juta ke bawah dan C pula sekitar RM300,000. Kepada syarikat produksi yang baru buka, wajib diberikan kelas C saja. Dengan cara ini, dana itu tidak akan disalahgunakan lagi. "Ini saja penyelesaian yang saya nampak. Kalau tak sampai bila-bila pun, dana akan disalahgunakan. Jadi, apabila ada pengkelasan kita akan tahu kemampuan syarikat itu dari segi kewangan dan kepakaran untuk menghasilkan karya," katanya. A Aida yang juga penerbit filem Ratu Kala Jengking berharap FINAS akan bersikap tegas dan telus dalam perkara ini. "Saya berharap, kepimpinan FINAS yang baharu ini dapat menyelesaikan perkara ini sebaiknya. Jangan dibiarkan senyap saja. Kerajaan dah bagi peruntukan dan itu adalah duit rakyat," katanya. Sumber: Harian Metro
|
LadyCarefree replied at 9-11-2020 07:20 PM
Dengar citer time tu kompeni 3bradek dpt 12juta untuk terbit 1 pilem tiap bulan. Hehehe tu baru gera ...
RatuDunia94 replied at 10-11-2020 02:04 AM
Qiem jd penyanyi ost utk drama terbaru sheols..
Mulotkoyak replied at 9-11-2020 02:14 PM
Tapi karya hasil dr company die pun hauk kekdahnye..ade kah uols dlm kategori Gred C or D jugak?
...
LadyCarefree replied at 9-11-2020 07:20 PM
Dengar citer time tu kompeni 3bradek dpt 12juta untuk terbit 1 pilem tiap bulan. Hehehe tu baru gera ...
Mawar91 replied at 11-11-2020 11:26 AM
Company ape tu chouls? company yg nme mcm sejenis ikan perempuan tu ke?dlu berhijab kejap bukak tu ...
sokmogitu replied at 11-11-2020 09:59 AM
engkau ni tak faham konteks..pastu kecam produksi dia. Ibaratnya mcm ni... a Aida buat produksi ha ...
ADVERTISEMENT