CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Minta Trump Terima Kekalahan

9-11-2020 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4943| Komen: 26

Keluarga dan penyokong rapat Donald Trump mula berpecah apabila sebahagiannya meminta Presiden Amerika Syarikat itu menerima kekalahannya kepada Joe Biden, manakala yang lain mendesak beliau terus berjuang.


Menantu yang juga penasihat kanannya, Jared Kushner dilapor sudah mendekati Trump untuk memintanya supaya mengakui kekalahan dalam pilihan raya presiden itu, kata dua sumber kepada CNN.


Kredit foto: The Edge Markets

Sementara, isteri Trump, Melania dikatakan memberitahu masanya sudah tiba untuk presiden sepenggal terbabit menerima keputusan pilihan raya.

Bagaimanapun, dua anak lelaki sulung Trump, Donald Jr dan Eric mendesak bapa mereka serta sekutu parti Republikan dan penyokong, menolak keputusan pilihan raya itu secara terbuka.

Pasukan itu merancang untuk menyebar mesej (tidak disokong sebarang bukti hingga kini) bahawa tempoh sepenggal presiden telah dicuri hasil daripada rasuah dalam pengundian.


Satu daripada langkah yang dirancang adalah mengemukakan maklumat pengundi mati yang didakwa undiannya diambil kira dan adakan perhimpunan bagi menyokong dakwaan itu, menurut sumber lagi.

Matlamatnya adalah menimbulkan keraguan munasabah terhadap keputusan pilihan raya, sekali gus mendesak setiausaha membuka siasatan atau membuat kiraan undi semula, yang mana ia akan memanjangkan lagi proses dan berpotensi memberi lebih masa kepada Trump untuk prosedur mencabar keputusan di mahkamah.

Bagaimanapun, pemeriksaan fakta dibuat CNN terhadap dakwaan undi orang mati di Michigan oleh wakil parti termasuk ahli keluarga Trump, penyokong iaitu bekas Speaker, Newt Gingrich dan bekas pemangku Pengarah Perisikan Nasional, Richard Grenell tidak menemui apa-apa.

Analisis dibuat menunjukkan dakwaan itu tidak berlaku seperti maklumat tersebar.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Paiya 9-11-2020 01:10 PM
kesian Trump

akupun ikut sedih beliau kalah tapi aku terima kekalahan itu dengan senang hati
Quote Normabaru 9-11-2020 01:15 PM


Si jared tu hensem. Tp jahat kemahen.. Sama cm trumpet ni.. Tp sejahat2 trumpet.. Dia xbedil negara2 islam
Dia asik bergasak dgn china kaki makan bxbi dgn kelawxr covid ja
Quote freakazoid 9-11-2020 01:23 PM
Rakyat Amerika jumpa Trump cakap, "You're Fired".
Quote Mulotkoyak 9-11-2020 01:26 PM
Trumph nasib mcm Najib...muke pun hampir sama...
Quote vee_zara 9-11-2020 01:46 PM
Kesian Trump. I think China dah leh senyum simpul ke skrg ni Biden jd Presiden Us.
Quote matbad 9-11-2020 01:49 PM
Normabaru: Si jared tu hensem. Tp jahat kemahen.. Sama cm trumpet ni.. Tp sejahat2 trumpet.. Dia xbedil negara2 islamDia asik bergasak dgn china kaki makan bxbi  ...

Yaaa dia jahat dalam negara dia ja. Dia tak bedil negara islam. Si biden ni kita tggu la nak bedil tahap macam mna plak negara islam
Quote Orix 9-11-2020 01:50 PM
sumber CNN... sah2 CNN tu media utk democrat... ibarat Utusan utk ameno, Harakah utk PAS gituh.. Fox plak utk Republican....
Quote bulalof 9-11-2020 01:54 PM
sayonara bozo!
Quote gadget 9-11-2020 02:14 PM
keluarga trump mula berpecah tu maksudnya tinggalkan trump ke sbb dah tak jadi presiden?

ps: rakyat china mindland mesti raya cina dapat berita kekalahan trump kan...bak kata p,ramlee dlm film ibu mertuaku..
Quote AbukRokok 9-11-2020 02:35 PM
cnn boleh caya ke?
lgpun trump masih kaya

orang baik dengan kau sbb kaya dan berpengaruh bukan sebab jadi presiden
Quote AbukRokok 9-11-2020 02:36 PM
agaknya trump kalau xkaya mcm obama mungkin lagi teruk dia kne hina
Quote Buritan 9-11-2020 02:39 PM
Normabaru replied at 9-11-2020 01:15 PM
Si jared tu hensem. Tp jahat kemahen.. Sama cm trumpet ni.. Tp sejahat2 trumpet.. Dia xbedil neg ...

Bab ni aku setujukkk.. dia ngate aje.. takde laa dibomnya palestin cam bush tu
Quote Normabaru 9-11-2020 02:43 PM
matbad replied at 9-11-2020 01:49 PM
Yaaa dia jahat dalam negara dia ja. Dia tak bedil negara islam. Si biden ni kita tggu la nak bedil ...

Smlm tgk si din ni siap ckp akan rest assured islam dilayan sama rata. Kohkohkoh
Quote Normabaru 9-11-2020 02:43 PM
Buritan replied at 9-11-2020 02:39 PM
Bab ni aku setujukkk.. dia ngate aje.. takde laa dibomnya palestin cam bush tu

Si VP pon dah bg pledge xberbelah bagi kt israel.. So siap sedia jelaa... Haiz
Quote Buritan 9-11-2020 02:45 PM
Normabaru replied at 9-11-2020 02:43 PM
Si VP pon dah bg pledge xberbelah bagi kt israel.. So siap sedia jelaa... Haiz

Abslaa palestinee..hari ni bina rumah.. esok ranap.. mmg tak bereta la
Quote Normabaru 9-11-2020 02:48 PM
Buritan replied at 9-11-2020 02:45 PM
Abslaa palestinee..hari ni bina rumah.. esok ranap.. mmg tak bereta la

Sorry but not sorry.. Kaka tgk org palestin yg dok msia ni perangai xislamik langsung. Ade certain siap berzina.. Siap minum arak.. So ntahla.. Skrg ni mmg kena pikir diri n negara sendiri ja.. Nafsi2 bak kata org. Huhu
Quote Normabaru 9-11-2020 02:48 PM
Buritan replied at 9-11-2020 02:45 PM
Abslaa palestinee..hari ni bina rumah.. esok ranap.. mmg tak bereta la

Sorry but not sorry.. Kaka tgk org palestin yg dok msia ni perangai xislamik langsung. Ade certain siap berzina.. Siap minum arak.. So ntahla.. Skrg ni mmg kena pikir diri n negara sendiri ja.. Nafsi2 bak kata org. Huhu
Quote Buritan 9-11-2020 02:53 PM
Normabaru replied at 9-11-2020 02:48 PM
Sorry but not sorry.. Kaka tgk org palestin yg dok msia ni perangai xislamik langsung. Ade certain ...

Mmg.. isle tuu just nak tarik empati jah.. dulu sekali dgn bufak bosmia.. aku emm kan aje.. kita je yg batak.. sbb ensemla
Quote AbukRokok 9-11-2020 02:57 PM
Normabaru replied at 9-11-2020 02:43 PM
Smlm tgk si din ni siap ckp akan rest assured islam dilayan sama rata. Kohkohkoh

bak kata bidin

insyallah????

[youtube]VOi9yMhskzg[/youtube]

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.043358 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top