CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Susah Sampai Nak Makan Pun Berhutang, Farah Lee Buka Kisah Keluarga

9-11-2020 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 99051| Komen: 284

Bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee mengakui bahawa dirinya bukanlah datang daripada sebuah keluarga yang senang.

Bahkan, Farah yang juga merupakan personaliti media sosial itu mendedahkan keluarganya juga pernah mengalami kesempitan wang sehingga terpaksa meminjam.



"Saya datang bukan daripada keluarga senang. Pernah kami tak cukup belanja rumah terpaksa pinjam duit keluarga lain. 

"Masa kami sekolah Mama meniaga juga sikit-sikit buat donut lah, kayu keramat lah, kacang sira lah, nak tambah pendapatan Papa yang tak menentu sebagai kontraktor tu, nak buat belanja sekolah anak-anak lima orang ni," katanya menerusi satu entri di Instagram.

Begitupun, jelas Farah, ibu bapanya yang cukup mementingkan pendidikan anak-anak itu jugalah yang membuatkan dia kini sekeluarga mampu hidup lebih selesa.


Kredit foto: IG


"Satu saya nampak ibu bapa saya ni, mereka sangat tak berkira untuk belanja pendidikan anak-anak. 

"Saya jenis suka pergi tuisyen, mereka kerja ekstra untuk bayar yuran tuisyen. Sabar ulang-alik memandu yang mana jauh jugalah tempatnya. 

"Balik tuisyen saya tolong Mama bungkuskan makanan untuk jual produk sejuk beku. Berkat pengorbanan mereka, anak-anak alhamdulillah dapat selesakan sikit kehidupan mereka sekarang," katanya.


Atas sebab itu jugalah kata Farah, dia kini lebih cenderung untuk melibatkan diri dengan misi kemanusian dan aktiviti kebajikan selain cukup prihatin dengan pendidikan dalam kalangan kanak-kanak.

"Saya pernah nampak kegigihan keluarga nak cari duit untuk pendidikan. Saya nampak kesan pendidikan yang mampu naik tarafkan hidup seseorang dari segi kewangan, cara berfikir, kemahiran sosial dan kemahiran insaniah dan lain-lain lagi.

"Jadi saya rasa seperti bertanggungjawab dan rasa kasih untuk bantu mereka yang mungkin sedang struggle juga sekarang. Yang takde akses, kapasiti dan peluang untuk mendapatkan pertolongan untuk pendidikan lebih baik," katanya.


Farah merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan Maream Esabell yang berusia enam tahun.

Selain Farah yang pernah menyambung pengajian di United Kingdom dan Korea Selatan itu, adiknya, Aiman Romli juga kini menuntut di Jerman dalam jurusan kejuruteraan. -CARI

Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VespaSilbe 9-11-2020 01:32 PM
Perempuan dambaan lelaki....
Quote prettyuglybabe 9-11-2020 02:01 PM
muak baca cerita mlm..
Quote riyadhK 9-11-2020 02:32 PM
Kawen la, cecepat. Bosan weiii meroyan.
Quote mamajawie 9-11-2020 02:35 PM
dia ni sampai kesudah aku xpaham kenapa si ally beria xnak balik ke FL?nampak cm kesian kat FL dok tagih kasih jantan2 tapi takde ksudahan..even sheollss pun kawen masa muda n dpat anak masa muda..anyone bleh citer apsal ally xnak lgsung nk balik ke janda dia ni?
Quote husna_amal 9-11-2020 03:04 PM
Jadi kita jadi berjaya lepas ada kereta mewah ke ni....
Quote baby_blue 9-11-2020 03:34 PM
Xde la susah mana pun sebab bapaknya keje kontraktor. Ingatkan kategori b40 family dia tu. Tapi betul la dia ckp kena pentingkan pelajaran. So beli kereta merc lambang kejayaan & kekayaan ke?
Quote CocoCily 9-11-2020 03:34 PM
husna_amal replied at 9-11-2020 03:04 PM
Jadi kita jadi berjaya lepas ada kereta mewah ke ni....

harus lah you..bila beli kereta mewah (lagi satu bergaya depan rumah) kena upload with caption susahnya kehidupan, berkerja kuat 30 jam sehari untuk berjaya
Quote Megikari 9-11-2020 04:43 PM
mamajawie: dia ni sampai kesudah aku xpaham kenapa si ally beria xnak balik ke FL?nampak cm kesian kat FL dok tagih kasih jantan2 tapi takde ksudahan..even sheol ...


Kannn.. Sama la aku pun. Takde siapa2 yg tau cerita ke?
Quote Lolalala 9-11-2020 04:44 PM
Asal beli mercedes memang kena buat drama sedih ke? karang panjang pernah susah bla bla bla. Boring laaa.
Quote Meiizu 9-11-2020 04:47 PM
ni skrip anak murid zizang kaaa ? kan selalu founder2 nak up bisnes buat kisah sedih duit takde/
tertanya nieeehh
Quote TerataiMelur02 9-11-2020 04:55 PM
Nasib dah balik malaysia.. Kalau tak gigih la nak cari daddy mata biru
Quote annehuda 9-11-2020 05:22 PM
aku kalau selebriti dah start bukak citer pasal kesusahan masa lampau ni, aku cuma speku diorg tu anak murid jijan semang je. tu kan business strategy jijan semang
Quote djzara81 9-11-2020 05:32 PM
Yang aku pelik, instafemes asal kampung yg culture shock tp kaya sbb gelek kt bigo tiktok xde plak merempan cite dulu hidup susah. Seboleh2 nk hide asal usul & try hard nk tayang kemewahan.
Quote Analisaxx 9-11-2020 05:52 PM
Cantik plat number tu kan... Aishh berani dia tayang ye, boleh mengundang sesuatu je ni
Quote VespaSilbe 9-11-2020 06:13 PM
Geleng kepala tgk video dia nyanyi
Ada ke jejanz terhibur


Quote zie_indah 9-11-2020 06:14 PM
Pakai Merc xbererti ada duit pongg ada je yg pakai Merc leh byar bulan jekkk tu pun jenuh..ukur baju di badan sendiri jelah kan
Quote Lailerthee 9-11-2020 06:16 PM
Msty lepas ni keluar product baru untuk di jual
Quote binipopeye 9-11-2020 06:34 PM
dia ni asek jual story belajar korea... masa tuh org tertanye ape kerja tetap dia... skrg story added belajar korea & uk... tp masih blur ape keje tetap dia... bukak bisnes pun mcm so so jerr... tp nk jgk jual story lulusan overseas nya tuh...
Quote mialunar 9-11-2020 06:37 PM
Sejak kes gedik bercuti oversea time covid tue.. X impress dah

Lihat semua komen(284)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.046340 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top