CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Simen Rempuh Empat Kenderaan

25-10-2013 05:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4081| Komen: 17



TEPUH - TERENGGANU. Gara-gara kegagalan seorang pemandu lori pembancuh simen mengawal kenderaan yang dipandunya, empat kenderaan menjadi mangsa langgar di persimpangan lampu isyarat Pejabat Felda Wilayah Terengganu, di sini, semalam.

Berikutan kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu, keempat-empat kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat berkenaan rosak teruk selepas dilanggar dari arah belakang.

Menurut seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, kemalangan berlaku apabila lori pembancuh simen itu gagal berhenti di lampu isyarat tersebut.

“Saya percaya lori itu dipandu laju dan gagal dikawal ketika ingin mengejar lampu isyarat.

“Malah, disebabkan muatan berat yang dibawanya, lori berkenaan tidak boleh membrek secara tiba-tiba kerana ia lebih membahayakan,” katanya.

Kata Ahmad, akibat kemalangan itu juga laluan utama Kuala Terengganu-Kota Bharu mengalami kesesakan yang agak teruk.

Bagaimanapun, Sinar Harian difahamkan, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku, namun beberapa penumpang dan pemandu kenderaan terlibat dilaporkan mengalami kecederaan ringan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syahoney 25-10-2013 09:34 AM
menjadi2 lak kes lori simen nih!
Quote rospinki 25-10-2013 09:39 AM
preve ke tu
Quote kyroskebab 25-10-2013 09:41 AM
sabo jelah..nasib xde nyawa yg melayang..klu kereta muatan berat pun mna blh bwk laju2..
Quote annehuda 25-10-2013 09:42 AM
insurans sapekah yg harus diclaim?
Quote rosasa 25-10-2013 09:48 AM
nasib tiada kemalangan jiwa...
Quote fatehana 25-10-2013 09:49 AM
lori simen ni klu isi dia kosong pun leh tahan laju gak dibawaknya
pastu nnt akan ada percikan dr lori tu
kesian kat mangsa x memasal kena langgar
Quote p.timur3831 25-10-2013 09:55 AM
lori dipandu laju lagi..diorg ni mmg patut dipenjara je..
Quote vv2005 25-10-2013 10:10 AM
SAPEKAH YANG MENANGGUNG kerugian
Quote shakirajefrydin 25-10-2013 11:03 AM
lori simen ni kadang2 tak sedar diri, bila naik bukit, mencurah2 simen jatuh kat atas jalan.. pastu keras simen tu dah berbahaya pd penumpang lain esp motor... i pernah nampak seorang budak sekolah yg bawa motor nak gi sekolah accident sebab nak elak tompokan simen keras atas jalan..
Quote lima_kupang 28-10-2013 01:31 PM
driver malaysia nie susah nak predict.. mcm2 hal kat atas jalan...
Quote kasibiman 29-10-2013 01:02 AM
Kene plak sek penyung ajaib....
Quote Kassim_Patalon 29-10-2013 01:08 AM
terengganu darul rempuh
Quote sekngucing 29-10-2013 01:09 AM
dah nama pun tepuh
Quote airfilterkotor 29-10-2013 02:13 AM
rospinki posted on 25-10-2013 09:39 AM
preve ke tu

Tak 'ahh.. itu Vios 2013.
Keta conti-celop mana boleh kemek-kemek camtu. Marah peYno kang.
Quote peYno 29-10-2013 02:28 AM
rospinki posted on 25-10-2013 09:39 AM
preve ke tu

mana.. mana???? selamat ke pemamdu preve tu??? camne keadaan dia.. risaunya peyno... apa2.. pls update ye

Quote peYno 29-10-2013 02:29 AM
airfilterkotor posted on 29-10-2013 02:13 AM
Tak 'ahh.. itu Vios 2013.
Keta conti-celop mana boleh kemek-kemek camtu. Marah peYno kang.

alaa cite pasal vios 2013.. macam rakyat tak tau dia jual almera

Quote airfilterkotor 29-10-2013 02:43 AM
Bukan ke aritu kat thread keta Saga BLM jadi keta bom tu... abam peYno ada cakap keta Prevayyfrghtt ni ada ANCAP rating tinggi, kalis tekanan kuat macam bom.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035858 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top