CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muka Kacukan Aisar Khaledd Jadi Kegilaan

5-11-2020 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19470| Komen: 116

Berwajah kacukan Melayu-Jordan dan bertubuh tinggi lampai menjadi kelebihan pelakon baharu, Aisar Khaledd, 20, untuk mendapat jalan mudah disunting sebagai pelakon.

Sebelum ini, Aisar terlebih dahulu dikenali sebagai selebriti media sosial atau Instafamous sejak sekolah menengah.

Rezeki menyebelahinya apabila pengarah, Michael Ang membuka laluan dengan memberikannya peluang membintangi drama Chandelier, tidak lama dulu.

Foto: IG

Bergandingan dengan pelakon popular, Ben Amir dan Mimi Lana, Aisar atau nama sebenarnya, Aisar Khaled Kamel memegang watak Iskandar. Rezekinya berganda apabila bakatnya mula diperhatikan dan membolosi pencalonan top 20 Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33.


"Saya menceburi dunia lakonan hanya secara kebetulan. Saya tidak menolak untuk mencabar diri apabila peluang datang tanpa diduga.

"Sebelum ini, saya lebih dahulu mencari rezeki dengan menjadi selebriti media sosial dengan mempromosi kempen dan jenama produk terkenal.

"Platform media sosial membuka laluan saya untuk ditawarkan bergelar pelakon. Selepas membintangi drama Chandelier, syarikat produksi Zeel Production pula menawarkan saya watak Pian untuk drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta.

"Saya bergandingan dengan Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana dan Rozita Che Wan dalam drama yang disiarkan menerusi slot Lestary di TV3," katanya kepada BH Online.



Mengulas pencalonan dalam ABPBH 33, anak bongsu daripada tiga beradik itu tanpa berselindung, mahukan kemenangan bagi mengukuhkan nama dan populariti.

"Saya percaya ABPBH menjadi lesen dan memberi impak besar kepada kerjaya seni seseorang selebriti. Saya tak menyangka berjaya menembusi pencalonan biarpun masih hijau dalam dunia lakonan.

"Ia menjadi penanda aras kepada laluan kerjaya seni yang diceburi secara tak sengaja. Siapa tidak menginginkan kemenangan. Saya percaya jika ada rezeki menang mampu memperluaskan perjalanan kerjaya saya.

"Bagaimanapun, saya bersyukur berada dalam senarai top 20. Jika rezeki tertulis jadi milik saya, insya-Allah pasti akan dalam genggaman," katanya.




Biarpun masih hijau apabila kerjayanya bermula tahun lalu, Aisar mempunyai pengaruh dan kelompok pengikut yang besar menerusi media sosial.

"Saya baru menubuhkan kelab peminat, Aistars. Saya mewujudkan kumpulan Telegram untuk mengemas kini perkembangan semasa.

"Selain media sosial, Telegram menjadi medium saya mendekati peminat yang menyokong saya. Saya turut aktif memuat naik video menerusi laman YouTube," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 5-11-2020 03:26 PM
Muka gini kurex memang tunggu aaaa..meleleh air liur.
Quote krustykrab 5-11-2020 03:35 PM
Knp aku tgk tak hensem pun
Quote KBW2 5-11-2020 03:36 PM
Ok dah boleh seru @Kurex
Quote bambimo 5-11-2020 03:37 PM
tu hari i noticed bahu dia mahal
cm patung mannequin pakai baju kat shopping complex tu
Quote pencintaABC 5-11-2020 03:37 PM
Whoareyus? Ade leak tak??
Quote boongalalang 5-11-2020 03:38 PM
Kurangkan senyum lebar dik
Quote KBW2 5-11-2020 03:38 PM
Edited by KBW2 at 5-11-2020 05:07 PM
krustykrab replied at 5-11-2020 03:35 PM
Knp aku tgk tak hensem pun

Ini jenis muka model. Tak ramai orang terima/suka set-set muka model gini.

*Haah, ada sikit macam muka Naem Daniel.



Quote hakikat_hidup 5-11-2020 03:39 PM
OMG muka mcm ni kegilaan ramai..bitch please, get a live
Quote ashcroft86 5-11-2020 03:40 PM
Mesti nalla and pinkish.
Quote Orix 5-11-2020 03:42 PM
emmmm bole la.... tapi jambu sgat...
Quote wolfheart 5-11-2020 03:42 PM
Jaga burung kamu elok2. Jangan kasik terlepas.
Quote Fafaa 5-11-2020 03:43 PM
Edited by Fafaa at 5-11-2020 03:48 PM

Done stalk IG.. Tak hensem pon.. Gedik semacam
Quote Kurex 5-11-2020 03:45 PM
semoga dapat terjatuh di atas badan Aisar sehingga terlupa sop dan zul ripin buat seketika
Quote LadyCarefree 5-11-2020 03:46 PM
krustykrab replied at 5-11-2020 02:35 PM
Knp aku tgk tak hensem pun

iols pon tengok tang mana menariknya dia ni.
Quote dudaberhias 5-11-2020 03:52 PM
tak taste pun, tapi ni mesti taste @Kurex

kurus2 gitu kurex duduk atas terus patah aaagituu
Quote barfi 5-11-2020 03:56 PM
Fafaa replied at 5-11-2020 03:43 PM
Done stalk IG.. Tak hensem pon.. Gedik semacam

Kacukan apa je dia ni?
Quote Tukul.Besi 5-11-2020 03:57 PM
Harap2 ada leak untuk research purpose
Quote September14 5-11-2020 03:59 PM
Boleh la

Tp btul la muka dia sesuai utk fashion model.. dgn body yg kurus fit mcmtu
Quote crossline 5-11-2020 04:02 PM
Pada Crossline dia menepati ciri-ciri hensem yg diidam2kan secara peribadi. Sekian terima kasih.

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.297428 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top