CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi 29 Mayat Budak Perempuan, Jasad Disolek Dan Sambut Hari Jadi Sama-Sama

4-11-2020 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5103| Komen: 22

Seorang lelaki di Rusia mencuri 29 mayat budak perempauan, sebelum bertindak menyolek serta memakaikan jasad tesebut dengan pakaian dan kasut.

Bagaimanapun, ketika prosiding kesnya di mahkamah Anatoly Moskvin, 59, yang juga merupakan seorang ahli sejarah enggan meminta maaf.



Moskvin, Foto: Daily Star
Daily Star melaporkan, Moskvin mendakwa bahawa perbuatannya itu bukan satu kesalahan.

Alasannya, keluarga mangsa sudah tidak berhak ke atas anak mereka yang sudah meninggal dunia.

"Saya tidak mengenali budak perempuan terbabit tetapi beranggapan mereka tidak mempunyai keluarga.

"Lagipun, keluarga mereka sudah mengebumikan mayat anak mereka.


"Itu bermakna hubungan mereka sudah berakhir dan mereka tiada hak lagi ke atasnya...jadi saya enggan memohon maaf," katanya.

Foto: Daily Star

Sementara itu, tertuduh juga memohon agar mahkamah membebaskannya dari hospital psikiatri untuk menjaga ibunya.

Sebelum ini Moskvin menggemparkan Rusia kerana mencuri 29 mayat budak perempuan sebelum ditangkap pada 2011.

Dia memakaikan baju, stoking dan kasut pada mayat yang dicurinya supaya kelihatan seperti anak patung.

Selain itu dia turut memasukkan kotak muzik dalam badan mayat dan menandakan tarikh lahir pada kanak-kanak tersebut.

Foto: Daily Star
Paling menyeramkan, lelaki itu akan menyambut hari ulang tahun kelahiran kanak-kanak tersebut dengan mendakan parti di dalam bilik tisurnya,

Moskvin juga sempat berpesan kepada polis agar tidak menanam mayat kanak-kanak itu terlalu dalam kerana mahu menggalinya semula apabila bebas kelak.

Moskvin juga memberitahu ibu bapa mangsa, dia mengambil mayat kanak-kanak itu kerana mereka 'meninggalkannya kesejukan di dalam tanah.'-CARI

1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 4-11-2020 02:16 PM
eee.. kau dah kenapa pakcik.. macam-macam orang sakit mental dalam dunia ni..
Quote Fafaa 4-11-2020 02:26 PM
Sebijik macam cite AHS Coven..
Quote Atata 4-11-2020 02:33 PM
Mcm pernah citer ni kat ci
Quote dudaberhias 4-11-2020 02:47 PM
Atata replied at 4-11-2020 02:33 PM
Mcm pernah citer ni kat ci

Tu la macam pernah baca somewhere
Quote husna_amal 4-11-2020 02:54 PM
Orang sakit otak buat perkara macam ni.
Quote matchstick 4-11-2020 03:01 PM
Ini gila tahap tinggi ni. Rare
Quote kemaruk 4-11-2020 03:03 PM
Betul gak apa yang dia cakap tu..

kenapa makpak budak tu gi tanam kalau dorang masih nak budak tu kankankan
Quote uda 4-11-2020 03:07 PM
Mayat tak busuk ke??
Quote kuzaime 4-11-2020 03:35 PM
Dia awet mayat2 tu? Kalau x mesti mereput n berbau.
Quote mamajawie 4-11-2020 03:40 PM
benang da ada kalu xsilap..tapi lama dulu la
Quote ais_kosong 4-11-2020 03:41 PM
Gila punya manusia..
Quote Yunbin 4-11-2020 03:47 PM
Sick mentality..
Quote saviour_09 4-11-2020 04:27 PM
gilo nate nim.....
Quote any42 4-11-2020 05:00 PM
aduuu seramnya. tgk myat dah satu hal. lg seram dgn pbuatan dia bt mjlis smbut birthday smua tu. dok imagine tiup lilin ptong kek smbil borak2 dgn mayat2 tu smua.
Quote slavehunter 4-11-2020 05:06 PM
Russian memang banyak penyakit pelik mental macam ni, kesan cold war. Indon pun banyak juga kes gali mayat tapi dia buat jadi lauk pulak.
Bayangkan masak kari daging mayat.
Quote mialunar 4-11-2020 05:53 PM
Wayar putus ke pakcik ni
Quote amyza 4-11-2020 06:50 PM
Rumah dia mesti bau busuk
Teringin nak anak ramai agaknya
Quote suzycutegal 4-11-2020 07:48 PM
Sakit jiwa
Quote misc 4-11-2020 08:08 PM
Elok tanam je lelaki ni dgn mayat kanak2 tu dalam tanah. Sambut la birthday hari2 pun takper. Siapa pun tak marah.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.101644 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top