Baru sahaja 22 hari berkahwin, pasangan sensasi, Abah Sarna,78 dan isterinya, Noni Navita,17 bercerai. Difahamkan Abah Sarna menhatuhkan talak dengan menghantar surat kepada Noni Jumaat lepas.
Tribun News melaporkan, perkara itu mengejutkan ahli keluarha kerana ia berlaku dengan tiba-tiba tanpa ada tanda keretakan dalam hubungan. Kakak Noni yang dikenali sebagai Iyan berkata, Abah Sarna sebenarnya enggan berpisah walaupun sudah menghantar surat cerai. "Memang terkejut kerana tiada angin dan ribut, tiba-tiba jadi hal seperti ini. "Keluarga kami tidak mempunyai masalah dengan Abah Sarna.
"Namun, masalah itu datang daripada Abah Sarna dan keluarganya yang seolah-olah membantah perkahwinan itu." Tambah Iyan, tindakan menceraikan adiknya itu seperti merendahkan maruah keluarganya, Apa yang berlaku telah menyebabkan Noni murung katanya. "Selepas menerima surat itu, adik saya tidak berselera makan selama sehari. "Namun, keadaannya kini semakin baik berbanding tempoh hari." Ada yang mendakwa Noni hamil sebelum berkahwin dengan Abah Sarna namun Iyan menafikannya. "Dakwaan itu tidak benar sama sekali dan kedua-dua pihak perlu bertemu untuk membincangkan perkara ini kerana jika tidak, masalah tidak akan selesai." Sebelum ini pasangan tersebut tular kerana perbezaan umur mereka. Semasa kahwin, Abah Sarna memberikan u sebuah motosikal Honda PCX, tilam dan almari sebagai hantaran. Barang-barang tersebut terpaksa diangkut menggunakan lori semasa majlis perkahwinan. Abah Sarna juga meberi mas kahwin sebanyak 10 juta rupiah (kira-kira RM2,819). -CARI
|
Kurex: Berbau ikan masin kah?
mamajawie: bodohnya si bini tu kemurungan lepas bercerai..padahal ko bleh cri jantan len yg lebih hensem kot..ke xsempat nk kikis reta si atok pedo ni?
msel replied at 3-11-2020 03:23 PM
Tajuk berita pun macam orang dikenali di malaysia plak. abah sarna dan noni, aku ingatkan sapa laa
epal21 replied at 3-11-2020 03:20 PM
Tolonglah. Almari Cinderella dibaginya. Sebagai simbolik tuan puteri ke? Kat indonesia bukan ke pera ...
patiya replied at 3-11-2020 04:25 PM
hahahaha tu la , aku pon pikir gak sapelah abah sarna ni ke aku tertinggal lori
missyL replied at 3-11-2020 04:24 PM
Sehari je u x mkn. Ok la tu lol
ADVERTISEMENT