Jika anda inginkan senaman untuk membina dan menguatkan otot, ataupun membuatkan badan kelihatan lebih tegap, anda mungkin perlukan senaman kekuatan ataupun strength training. Senaman kekuatan merupakan sejenis senaman yang memaksa otot pada tubuh badan anda untuk bekerja lebih kuat daripada biasa. Hasilnya, kekuatan, saiz dan ketahanan otot akan meningkat setelah anda melakukan senaman kekuatan. Untuk pengetahuan anda, senaman yang melibatkan kekuatan akan membakar lebih banyak kalori walaupun ketika anda berehat! Malah, otot yang lebih kuat bermaksud badan yang lebih cergas, bertenaga dan kurang lemak. Mereka yang melakukan senaman jenis ini juga lebih tahan lasak dan sukar untuk tercedera. Otot yang kuat akan memudahkan anda melakukan kerja-kerja rumah seperti berkebun, mengangkat barang, ataupun mengemas rumah. Jika anda ingin mulakan weight training, anda sedang berada di tempat yang betul! Di sini kami akan berikan anda tip yang berguna untuk mulakan senaman jika anda merupakan seorang beginner! Mengapa saya perlu lakukan senaman kekuatan?
Senaman yang menguatkan otot penting untuk memastikan badan berupaya melakukan aktiviti harian seperti biasa. Apabila seseorang itu telah mencecah umur 30 tahun, badan akan mula kehilangan jisim otot dan semakin lemah. Inilah sebabnya anda perlukan senaman yang boleh meningkatkan kekuatan otot. Jika tidak, aktiviti yang mudah seperti menaiki tangga pun akan jadi sukar untuk dilakukan. Malah, lebih banyak otot yang anda kekalkan, lebih kuranglah risiko anda untuk menghidap penyakit seperti diabetes jenis 2. Antara contoh senaman yang boleh menguatkan otot ialah mengangkat berat, menaiki tangga, mendaki bukit, berbasikal, menari, tekan tubi dan squat. Jika anda ingin lakukan senaman kekuatan, anda boleh cuba untuk lakukannya sebanyak 2 kali seminggu selama 20 minit setiap sesi. Namun, jangan paksa diri jika anda rasa penat. Senaman sepatutnya dilakukan secara perlahan-lahan mengikut kesesuaian. Selain itu, senaman kekuatan akan menyebabkan otot anda mengalami koyakan kecil. Koyakan ini tidak berbahaya tetapi ia akan membuatkan otot jadi makin kuat setelah koyakan itu sembuh. Pastikan anda beri masa sekurang-kurangnya 48 jam sebelum lakukan senaman kekuatan yang seterusnya. 1. Lakukan senaman squat!Kepada mereka yang ingin melakukan senaman untuk menguatkan otot, squat merupakan senaman yang paling sesuai untuk anda. Squat merupakan sejenis senaman yang boleh menguatkan banyak otot dalam satu masa. Anda boleh lakukan squat dengan cara:
2. Plank untuk teras yang lebih kuatPlank merupakan sejenis senaman yang amat bagus untuk menguatkan ketahanan dan keseimbangan badan anda. Senaman ini juga boleh menguatkan otot pada bahagian belakang badan, dada dan bahu anda. Untuk melakukan senaman ini, anda perlu:
3. Tekan tubi untuk otot lebih kuat!Push up atau tekan tubi merupakan senaman yang sangat mudah untuk dilakukan. Untuk melakukan push up:
4. Lakukan lunges untuk tambah kekuatan ototLunges juga merupakan senaman mudah yang anda boleh belajar untuk menguatkan otot pada kawasan bawah badan anda.
KesimpulanJika anda baru bermula, anda mungkin ingin pergi ke gimnasium untuk mendapatkan motivasi. Jangan takut jika anda ingin menggunakan peralatan baru. Jika anda rasa rendah diri, anda perlu tahu bahawa kebanyakan orang di gimnasium terlalu sibuk dan tidak sempat untuk memerhatikan kawasan sekeliling. Dan juga, tidak ada masalah jika anda pilih untuk bersenam di rumah. Malah, jika anda bersenam di rumah, anda boleh lakukan senaman pada bila-bila masa. Kosnya juga rendah dan anda dapat bersenam di dalam satu ruang yang privasi. Tidak ada lagi masalah mata-mata yang memandang jika anda seorang yang pemalu. Lakukan senaman kekuatan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Senaman ini merupakan cara yang terbaik untuk mendapatkan badan yang kurang lemak dan lebih tegap. Paling penting sekali, kekalkan disiplin anda! Pastikan anda kekal bermotivasi dan jadikan senaman ini sebagai rutin harian anda. Sumber : hellodoktor.com |
Knowlee: Kalau masa umur 20an selalu exercise, jgn stop. Teruskan sampai umur berapa pun la. Bila stop, rugi sgt. Dah rasa dah. Sekarang nak build up balik sta ...
Knowlee replied at 29-10-2020 03:41 PM
Kalau masa umur 20an selalu exercise, jgn stop. Teruskan sampai umur berapa pun la. Bila stop, rugi ...
nazzse replied at 30-10-2020 09:23 AM
Family aku perli obses dengan exercise. Mereka tak tahu bestnya perasaan lepas workout tu. Sedih o ...
Normabaru replied at 30-10-2020 02:31 AM
Mmg terasa betul lps naik pangkat masuk 3series dulu..
Fast food asam jeruk megi viral ntah hape ...
ADVERTISEMENT