Baru berusia tujuh tahun, seorang budak lelaki dihadapkan ke mahkamah juvana India atas dakwaan merogol kanak-kanak perempuan usia lima tahun. The Times of India melaporkan, kejadian yang berlaku di Uttar Pradesh itu menyaksikan budak perempuan berkenaan menjadi mangsa ketika mengambil bola di rumah budak lelaki tersebut pada 12 Oktorber.
Ibu mangsa mendakwa, anaknya bermain bola di luar rumah dan bola termasuk ke perkarangan rumah suspek. Laporan menyatakan, mangsa kemudiannya ditarik suspek dan dirogol. Suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan India (IPC) dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO).
Namun menurut sumber lagi, suspek berhak mendapat sebahagian kekebalan di bawah IPC apabila Seksyen 83 akta itu menjelaskan, bukan kesalahan bagi kanak-kanak atas tujuh tahun dan kurang 12 tahun, yang belum mencapai kematangan cukup dalam memahami hakikat dan akibat daripada tingkah lakunya. -CARI
|
sarah82 replied at 28-10-2020 12:57 PM
mata aku yg dok kelip pop kelip pop tahan mengantuk cerah terang benderang baca berita ni...mak aiii ...
Kurex replied at 28-10-2020 01:16 PM
Kau rasa ada tak forumer bertakbirrrrrrrrr dalam ni?
Kurex replied at 28-10-2020 01:16 PM
Kau rasa ada tak forumer bertakbirrrrrrrrr dalam ni?
ADVERTISEMENT