Sheila Mambo yang pernah menerima rumah Program Perumahan Rakyat mengakui di Instagram bahawa dia tidak terus membuang pelitup muka yang sudah digunakan. Pemilik nama Rusilawati Hasan, 57, itu turut menunjukkan caranya membasuh pelitup berkenaan dengan sabun. Jelasnya, dia berbuat demikian bukan kerana kedekut, sebaliknya ingin mengurangkan kos perbelanjaan untuk membeli pelitup muka yang perlu diguna pakai setiap kali keluar rumah. Mengakui perbuatannya itu bertentangan dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sheila bagaimanapun menjelaskan bahawa dia sering menggunakan pelitup muk aberkenaan kurang dari dua jam. Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Dalam masa ramai tidak bersetuju dengan caranya itu, segelintir warga maya mengakui melakukan perkara sama demi menjimatkan kos. Mengikut garis panduan ditetapkan KKM, pelitup muka tidak disarankan dipakai melebihi lapan jam dan hanya boleh dipakai sekali sahaja. Sheila kemudian sekali lagi menjelaskan tujuan perkongsiannya itu menerusi kemas kini di IG. Katanya, dia berbuat demikian bagi menegur sesetengah pihak yang menggunakan pelitup muka tanpa menggantikannya dengan yang baru hingga kelihatan kotor. "Saya nak menegur sesetegah pemakai mask secara terus terang pada orang yang saya tak kenal, takut nanti mengaibkan mereka. Jadi, secara sopan memberi tunjuk ajar lebih baik sebab kita tak tahu kemampuan seseorang. Ada yang paling tak sedap mata memandang, mask mereka kotor sangat, dah tak nampak warna putih," katanya. - CARI
|
Kurex replied at 26-10-2020 11:40 AM
Bukan rumah dia besar sampai orang guna buat shooting ke?
ADVERTISEMENT