CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini 5 Perkara Yang Mesti Pesakit Diabetes Lakukan Setiap Masa, Setiap Hari! Jangan Lalai

25-10-2020 01:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3357| Komen: 11



Diabetes adalah sejenis penyakit yang tidak boleh diubati. Namun, ia masih boleh dikawal oleh pesakit diabetes melalui amalan penjagaan diri khusus.

Kami senaraikan beberapa perkara atau aktiviti penjagaan diri bagi pesakit agar penyakit diabetes yang dialaminya dapat dikawal dengan baik.


Penjagaan diri 1: Pemakanan

Soal pemakanan adalah soal yang paling penting bagi mereka yang menghidap diabetes.

Pesakit diabetes perlu mendapatkan makanan berkhasiat yang seimbang, sama seperti orang lain bagi menjaga kesihatan mereka.

Selain meningkatkan kesihatan tubuh, pelan pemakanan yang baik juga bertujuan untuk memastikan paras gula darah berada dalam keadaan yang normal.

Berikut adalah beberapa perkara yang mesti diberikan perhatian oleh pesakit diabetes.

  • Berat badan: Berat badan mestilah dikurangkan jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan. Anda perlu memastikan berat badan anda berada pada tahap yang ideal
  • Makan pelbagai jenis makanan: Anda juga perlu mengambil pelbagai jenis sumber makanan sihat. Banyakkan makan makanan yang tinggi kandungan serat seperti sayur-sayuran dan kekacang
  • Ambil makanan secara sederhana: Makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi perlu diambil dalam jumlah yang terhad. Ini termasuklah nasi, bijirin, mi, buah-buahan dan juga telur
  • Elakkan jenis makanan ini: Ada juga beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan seperti makanan yang tinggi lemak tepu, mentega, minyak sapi, coklat, jem, jeli, madu dan makanan tinggi gula yang lain
  • Ambil minuman tanpa gula: Elakkan pengambilan gula dalam minuman anda. Anda boleh menggunakan pemanis tanpa kalori seperti sakarin bagi menggantikan gula dalam minuman
  • Kurangkan pengambilan garam: Pengurangan garam dalam makanan boleh membantu mengawal tekanan darah. Elakkan juga makanan dalam tin kerana kebanyakan makanan dalam tin tinggi dengan kandungan garam
  • Guna kaedah memasak yang sihat: Anda boleh memasak dengan menggunakan kaedah memanggang, stim, membakar, atau rebus
  • Makan mengikut waktu: Pastikan anda mengambil sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam anda. Jangan sesekali skip waktu makan anda
  • Elakkan pengambilan alkohol: Jangan sesekali mengambil alkohol kerana alkohol hanya akan menambahkan kalori harian anda tanpa memberikan sebarang nutrisi kepada anda

Penjagaan diri 2: Bersukan atau bersenam



Bersukan atau bersenam juga boleh membantu diri anda untuk mengawal penyakit diabetes yang dialami.

Senaman boleh membantu meningkatkan aliran darah dalam tubuh. Senaman juga boleh meningkatkan fungsi insulin dan merangsang rembesan insulin.

Bagi mereka yang menghidap diabetes, anda disarankan untuk berjalan selama 60 minit setiap hari. Antara kelebihan lain bersukan dan bersenam ialah:

  • Membantu badan menggunakan insulin dengan lebih berkesan
  • Dapat menurunkan tahap glukosa darah
  • Menguatkan jantung dan paru-paru anda
  • Mengurangkan lemak badan dan meningkatkan jumlah dan kekuatan otot
  • Membantu mengawal berat badan
  • Membantu mengatasi tekanan
  • Meningkatkan imej diri
  • Membantu mengurangkan faktor risiko penyakit jantung
  • Menurunkan tekanan darah

Anda boleh mencuba pelbagai aktiviti senaman dan sukan lain termasuklah berenang, menari, melakukan senaman aerobik, berkebun, memanah dan lain-lain lagi.


Penjagaan diri 3: Pengurusan stres diri

Dengan mengawal dan menurunkan kadar stres anda, ia boleh membantu menurunkan paras gula darah selain merendahkan tekanan darah.

Ia juga boleh meningkatkan tahap kesihatan keseluruhan diri anda.

Antara tip relaksasi diri yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan stres yang dialami ialah:

  • Lakukan beberapa aktiviti yang boleh memberikan ketenangan kepada anda setiap hari. Antara yang boleh anda lakukan adalah dengan membaca buku, berkebun, menonton filem atau sebarang perkara lain yang anda gemari
  • Kerap bersenam dan bersukan
  • Ketawa, kerana ketawa boleh membantu anda mengurangkan stres atau tekanan yang dialami
  • Dapatkan rehat yang mencukupi. Tubuh badan anda memerlukan rehat seperti tidur yang mencukupi

Penjagaan diri 4: Penjagaan mulut 



Bagi pesakit diabetes, menjaga kesihatan mulut dan gigi sememangnya amatlah penting.

Anda perlu memberus gigi selepas bersarapan dan sebelum tidur setiap hari.

Sekiranya terdapat kaviti atau warna hitam pada gigi, segeralah berjumpa dengan doktor gigi bagi melakukan pemeriksaan.

Begitu juga jika terdapat pendarahan pada gusi anda. Antara tip penjagaan kesihatan mulut yang boleh diikuti ialah:

  • Kawal paras gula darah anda sentiasa
  • Berus dan flos gigi anda setiap hari. Gunakan berus gigi yang mempunyai berus yang lembut
  • Beritahu doktor anda bahawa anda mempunyai penyakit diabetes dan dapatkan nasihat berkenaan penjagaan gigi yang tepat

Penjagaan diri 5: Penjagaan kaki

Kerosakan saraf, penyempitan saluran darah, paras gula tinggi dan juga jangkitan boleh menyebabkan masalah pada kaki yang serius.

Antara masalah pada kaki yang sering dialami oleh pesakit diabetes ialah ulser, luka yang lambat sembuh, jangkitan yang merebak, dan gangren sehingga boleh menyebabkan amputasi pada kaki.

Berikut adalah tip penjagaan kaki yang perlu anda ikuti:

  • Periksa kaki anda (atas, bawah dan antara jari kaki) setiap hari untuk memastikan kewujudan calar, retak, luka dan juga kelepuhan
  • Basuh kaki anda setiap hari dengan menggunakan air suam, dan keringkan secara berhati-hati menggunakan tuala lembut 
  • Sebelum mencuci kaki, periksa suhu air dengan siku anda (air yang terlalu panas boleh mencederakan kaki anda)
  • Sapukan lapisan pelincir nipis (minyak, losyen atau krim) jika kulit anda mempunyai kecenderungan untuk mengalami kekeringan (tetapi jangan meletakkannya di antara jari kaki anda)
  • Sentiasa pastikan kaki anda sentiasa kering
  • Potong kuku jari kaki selepas mencuci kaki
  • Pakai kasut yang sesuai
  • Pakai kasut dan stoking sepanjang masa (stoking kapas atau bulu adalah yang terbaik)
  • Tukar kasut dengan kerap
  • Jangan memakai stoking basah dan kotor
  • Periksa kasut anda, di dalam dan di luar, sebelum memakainya
  • Pastikan kaki anda diperiksa oleh pekerja kesihatan setiap kali anda berjumpa dengan doktor

Kesimpulan

5 perkara di atas ini adalah perkara-perkara atau aktiviti penjagaan diri yang mesti dilakukan oleh pesakit diabetes.

Dengan cara ini, ia boleh membantu anda mengawal penyakit diabetes yang dialami, seterusnya mengurangkan komplikasi kesihatan lain yang berisiko untuk berlaku.



Sumber : hellodoktor.com







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marla69 25-10-2020 07:03 AM
Good info. Tq
Quote mzsnam 25-10-2020 08:09 AM
sakirin ntu apa
Quote otai_g 25-10-2020 10:16 AM
Yg penting mencegah.

Tp agar sukar nak follow. Bnyk bnd da x blh mkn.

Come on jgn dustakan nikmat mkn di dunia ni. Hidup Hanya sekali, mati itu pasti.
Quote aarsyad93 25-10-2020 10:54 AM
https://www.hmetro.com.my/WM/2020/01/533810/prejudis-khasiat-madu

Madu tiruan kot yg dimaksud dlm artikel di atas.
Quote Groovykid 25-10-2020 11:32 AM
Good info ...tq {:good
Quote anaktoyol 25-10-2020 11:51 AM
paling tabik org yg cucuk insulin kat perut... tgh borak gelak2... dia selak baju terus cakkk... cucuk insulan... sambil ketawa borak... tergaman iolssss...
Quote suzycutegal 25-10-2020 12:29 PM
Good info sharing
Quote husna_amal 26-10-2020 09:57 AM
Tips yang sangat bermanfaat.
Quote Supersirap 26-10-2020 11:06 AM
Pokok pangkalnya diri kita, jika nak sihat kita yang perlu laksanakan
Quote Kak-Leen 26-10-2020 04:33 PM
Great reminder! Kadang2 kita terlupa nak check kaki. Bila dah mula rasa bisa, baru nak tengok dan rupanya ada luka yg dah dijangkiti kuman.. Kawan akak skrg sedang menghadapi masalah ni dan 2 bulan di jari kakinya. Masih x kering2 lagi luka dia tu.
Quote biozipstar 27-10-2020 10:18 PM
betul setuju. masalahnya yg sakit diabetes tu baca tak artikel mcm ni... hmmm

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.046530 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top