CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aktres Ditahan Kerana Berbasikal Rentas Negeri, Bella Dally Ke Tu?

21-10-2020 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6907| Komen: 30

Description: Polis menahan seorang aktres bersama rakannya yang berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah, pada 18 Oktober lalu.
Polis menahan seorang aktres bersama rakannya yang berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah, pada 18 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan tangkapan itu dibuat sebaik pihaknya menerima maklumat selepas melihat hantaran di Instagram aktres berkenaan pada 3.14 petang semalam.



Gambar hiasan

"Kami melihat ada satu gambar dimuat naik pada hantaran itu yang memaparkan dua wanita sedang berbasikal.

"Gambar itu diambil secara swafoto oleh pemilik akaun berkenaan yang juga artis wanita terbabit berusia 29 tahun.

"Berdasarkan gambar berkenaan, kami mengesyaki pemilik akaun berkenaan merentas negeri tanpa kebenaran polis," katanya.

Menurut hasil siasatan awal, dua sahabat itu bergerak dari rumah di Dutamas sebelum meletakkan kereta di sebuah restoran berhampiran Hospital Orang Asli Gombak pada 7.45 pagi dan berbasikal melalui jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah pada 8.30 pagi.


"Selepas berbasikal kira-kira 10 kilometer, mereka berpatah balik ke kenderaan dan bergerak ke Kuala Lumpur.

"Kedua-dua wanita terbabit ditahan ketika tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak 8 malam tadi sebelum dibebaskan dengan jamin polis," katanya.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 11 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No 8) 2020. 


Kredit foto: Twitter

Menurut Hot fm, aktres dikatakan itu ialah Bella Dally.  - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 21-10-2020 11:02 AM
sampai gombak tu pun mcm mana bole lepas?
bawak mahkamah je terus dakwa
xyah buang masa
Quote jalfa 21-10-2020 11:04 AM
Gelenyar sungguh.. Berbasikal kat rumah je la dek... Kayuh kat gym pon boleh
Quote TENGKUTAHAR 21-10-2020 11:11 AM
Ni sapa pulak
Quote Artemesiaa 21-10-2020 11:19 AM
Mesti di gamble je tu cuba try test kot2 lepas sayangnya kantoi pulak
Quote tagas 21-10-2020 11:20 AM
thread da ade

bella si anak dali

Quote gadget 21-10-2020 12:00 PM
bengap...sapa artis bengap ni...eh lupa pulak, artis mana pernah ada yg bijak...semua bengap...termasuk batak artis
Quote mamajawie 21-10-2020 12:08 PM
adan uke..
Quote BicaraHatiku 21-10-2020 12:17 PM
janda si nazim kannn
Quote chinta89 21-10-2020 12:29 PM
https://mforum.cari.com.my/forum ... =1220256&extra=

lainkali check dulu sblm bukak thread
Quote prettyuglybabe 21-10-2020 12:32 PM
selayaknya la.. bodoh nak mampus..
kawasan setempat tak boleh berbasikal ke sampai nak kena ke gombak genting bagai..
Quote rospinki 21-10-2020 12:37 PM
tagas replied at 21-10-2020 11:20 AM
thread da ade

bella si anak dali

sheol orang s**** gedik tak reti bahsa bingai ke apa..pasal diorg la covid makin merebak.
Quote Budakmomok 21-10-2020 01:00 PM
Wow boleh tahan degil
Quote Modngengade 21-10-2020 01:18 PM
Kuala Lumpur elakon Bella Dally mengakui dia dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua berdekatan dengan sempadan negeri Selangor dan Pahang, baru-baru ini.

Ia susulan laporan Harian Metro mengenai tindakan seorang pelakon wanita bersama rakannya berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah pada 18 Oktober lalu, mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam.

Bagaimanapun Bella menjelaskan, dia tidak merentasi sempadan negeri seperti yang ditularkan.

"Saya mengambil maklum laporan media termasuk yang tular di media sosial berkaitan dakwaan saya mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya ketika ini.

"Saya sudah memberi keterangan dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

"Gambar yang saya muat naik di Instagram dengan kapsyen "Woohoo Genting Sempah with ..." menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya merentasi sempadan negeri Selangor dah Pahang serta melanggar PKPB.

"Saya ambil maklum kekeliruan yang berlaku namun perlu saya jelaskan kami masih berada dalam negeri Selangor dan tidak merentasi sempadan antara dua negeri," katanya.

Menurut Bella, dia mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

"Jika saya berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan.

"Apapun saya mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul ekoran daripada hantaran di Instagram saya tempoh hari.

"Ini sahaja kenyataan saya bagi merungkai kekeliruan yang berlaku dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.

"Saya memohon maaf sekali lagi dan bersama-sama dengan semua dalam usaha kita memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Saya doakan semoga kita semua berada dalam keadaan selamat sentiasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 1:09 PM
Quote biozipstar 21-10-2020 01:41 PM
ikat jamin berapa ribu? tak paham betul kenapa x paham.. kan x leh rentas negeri, simple aje weh arahan gomen.
Quote newme11 21-10-2020 01:49 PM
Artis minta maaf…. settle la...
dah bayar saman kan....
Quote husna_amal 21-10-2020 02:43 PM
Duk santai2 kat rumah kan lagi best.
Quote Nes3in1 21-10-2020 03:13 PM
Sengal a.k.a bimbo
Quote LadyCarefree 21-10-2020 03:32 PM
Modngengade replied at 21-10-2020 12:18 PM
Kuala Lumpur elakon Bella Dally mengakui dia dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di se ...

Bodoh nya ya bangang. Pkpb takleh rentas daerah laaaaa bengong oiiii
Quote Kuasaberganda 21-10-2020 03:50 PM
apedehal.deme banyak duit. boleh byor saman.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.060632 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top