CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Untung Puluh Ribu Ringgit Sebulan, Instafamous 'Kantoi' Jual Minyak Wangi Tiruan

21-10-2020 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28792| Komen: 85

Seorang 'instafamous' mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit sebulan hasil jualan minyak wangi pelbagai jenama antarabangsa tiruan.

Kegiatannya itu terbongkar apabila anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyerbu sebuah kondominium di Seri Kembangan.


Dalam serbuan, kira seribu botol minyak wangi tiruan di dalam rumah tersebut.

Foto: Harian Metro

Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, 

"Siasatan mendapati individu wanita berusia 26 tahun itu menggunakan media sosial sebagai medium untuk membuat iklan jualan minyak wangi tiruan itu.

"Pemeriksaan juga menemui slip penghantaran barangan, set yang digunakan untuk siaran langsung dan kotak pembungkusan."

Harian Metro menyatakan, minyak wangi itu dijual dengan harga RM150 hingga RM200 sebotol.

"Individu berkenaan mengaku mampu meraih keuntungan lebih RM10,000 sebulan hasil penjualan minyak wangi tiruan berkenaan."

Sementara itu di Twitter, kecoh bila masing-masing meneka siapak gerangan instafamous tersebut.

Baca sendiri:



Jenama tiruan tapi cakap original, berkat ke duit meniaga tu sis? -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 21-10-2020 11:47 AM
Harapnya ramai lagi kena tangkap. Yang jual segala benda tiruan konon grade A lah inspired la semua tangkap!
Quote sharlenetexas 21-10-2020 11:49 AM
Reporter cari tak reti beza artis dengan instafamous. Patut masuk bod personaliti media sosial. Tak yah menyemak kat sini
Quote husna_amal 21-10-2020 11:49 AM
Siapa instafamous tu?
Quote fadz84 21-10-2020 11:52 AM
LadyCarefree replied at 21-10-2020 11:47 AM
Harapnya ramai lagi kena tangkap. Yang jual segala benda tiruan konon grade A lah inspired la semua  ...

Igt sorg yg I knl tertangkap kantoi pasal jual handbag berjenama gred AAA dgn harga original.. huhu
Quote newme11 21-10-2020 11:52 AM

Iyer la...
sapa?
meh tunjukan diri....
Quote mamajawie 21-10-2020 11:59 AM

sudah terang lagi bersuluh kat screenshot ig tu ado namo instapemes tuh..

Quote LadyCarefree 21-10-2020 12:14 PM
husna_amal replied at 21-10-2020 10:49 AM
Siapa instafamous tu?

https://www.instagram.com/p/CAbEhIBgUGz/?igshid=yj7b9qmg6ld1
Quote LadyCarefree 21-10-2020 12:14 PM
newme11 replied at 21-10-2020 10:52 AM
Iyer la...
sapa?
meh tunjukan diri....

https://www.instagram.com/p/CAbEhIBgUGz/?igshid=yj7b9qmg6ld1
Quote LadyCarefree 21-10-2020 12:15 PM
fadz84 replied at 21-10-2020 10:52 AM
Igt sorg yg I knl tertangkap kantoi pasal jual handbag berjenama gred AAA dgn harga original.. huh ...

iols tunggu alepsokree kena tangkap
Quote Kurex 21-10-2020 12:19 PM
macam enak lelaki yg pakai baju kelabu tu
Quote chinta89 21-10-2020 12:53 PM
macam mana blh detect dia jual fake punya perfume?
Quote riyadhK 21-10-2020 01:32 PM
Siap sedia LHDN pulak la
Quote biozipstar 21-10-2020 01:48 PM
tak kenal... sorry hahaha.... sapo tah hoi
Quote palmolive 21-10-2020 02:00 PM
chinta89 replied at 21-10-2020 12:53 PM
macam mana blh detect dia jual fake punya perfume?

dia takdak sijil dari persatuan minyak wangi global (PEMIWAGLO)
Quote opie5662 21-10-2020 02:05 PM
Cik dolly... Tp aku pon hagham x kenal... Hahahhahaha
Quote fadz84 21-10-2020 02:07 PM
Kurex replied at 21-10-2020 12:19 PM
macam enak lelaki yg pakai baju kelabu tu

Kesitu plk ye Rex.. huhu
Quote chinta89 21-10-2020 02:31 PM
palmolive replied at 21-10-2020 02:00 PM
dia takdak sijil dari persatuan minyak wangi global (PEMIWAGLO)

maaf sy kurang jelas.. means kalau nk jual perfume original kita kena da sijil ni ye? mcmna nk mohon?
Quote palmolive 21-10-2020 02:40 PM
chinta89 replied at 21-10-2020 02:31 PM
maaf sy kurang jelas.. means kalau nk jual perfume original kita kena da sijil ni ye? mcmna nk moh ...

bukan..maksudnya macam no siri...menunjukkan ianya original..
nak jual minyak wangi ker?
Quote kevler 21-10-2020 02:56 PM
datin red ( madu adira AF) pun gigih jual perfume ni..hari2 upload kat ig story..tiba2 semalam terus tadakkk jualan perfume..means dia pun jual yang fake laaaa

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.107453 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top