CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hajat Kahwin Tak Kesampaian, Model Maut Buat Rawatan Sedut Lemak

20-10-2020 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5925| Komen: 27

Seorang model kelahiran Malaysia maut selepas menjalani rawatan sedut lemak di sebuah salon kecantikan di Sunway Velocity Mall, Cheras, Kuala Lumpur.

Harian Metro melaporkan, Coco Siew Zhi Shing, 23, melakukan prosedur yang berharga RM2,500 itu sebagai persediaan untuk mengahwini teman lelakinya yang merupakan warga Afrika Selatan.

Kredit foto: FB

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly berkata, 

"Siasatan awal mendapati pusat kecantikan itu berdaftar secara sah, namun tidak mempunyai kepakaran untuk melakukan proses sedut lemak.

"Namun, pusat kecantikan yang dimiliki seorang wanita dan anak perempuannya itu tetap meneruskan prosedur sedut lemak berkenaan selepas dikatakan menerima desakan daripada mangsa."


Difahamkan, ketika menerima suntikan di tangan, mangsa mengalami masalah sukar bernafas serta muka dan badannya bertukar menjadi pucat.


Kredit foto: FB

"Pihak pusat kecantikan itu kemudian menghubungi ambulans dan mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang.

"Susulan itu, kami menahan dua beranak berkenaan yang masing-masing berusia 49 dan 23 tahun bagi membantu siasatan."

Sumber menambah, salon kecantikan itu tidak mempunyai  lesen klinik estetik yang sah dan hanya mempunyai lesen sebagai salon kecantikan biasa. 

Malah doktor yang melakukan prosedur itu juga  tidak mempunyai lesen perubatan estetik profesional.

"Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 21 Oktober ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 20-10-2020 01:27 PM
Umur baru 23, badan pun tak gemok langsung. Kalau exercise kejap 4-8 minggu pun dah toned banyak dengan umur sedia muda cenggitu.


Quote mosti 20-10-2020 01:33 PM
Badan slim pon nak sedut lemak lagi??aduhh..ingatkan nigres rupanya malaysia dan white african.
Quote johan-adx 20-10-2020 01:37 PM
kurus cmtu lg nk sedut lemak..
Quote uori 20-10-2020 01:40 PM
tang mana yang berlemaknya?
Quote Kurex 20-10-2020 01:43 PM
Tak reti bersyukur
Quote ninnamina 20-10-2020 01:45 PM
Tak cukup kurus lagi ke tu
Quote Missfadh 20-10-2020 02:17 PM
Takde lh gemuk pun. Sian muda lagi.
Quote pekaba 20-10-2020 02:23 PM
Dia sedut lemak kt bhgian mana?
Quote Levespa 20-10-2020 03:27 PM
kenapa la tak exercise je.. boleh je tone badan tu.. dah la berani buat dekat tempat mcm tu
Quote djzara81 20-10-2020 04:06 PM
Sorry to hear this news. Very unfortunate. Teringat kes kematian seorang wanita melayu yg meninggal masa buat lipo more than 10 yrs ago. She was in her late 30s masa meninggal.  
Quote RatuDunia94 20-10-2020 04:16 PM
Ada lg eh sedut2 lemak ni.. iols ingat dh 20 tahun lepas.. skrg bukan tgh hype bariatic surgery ke?
Quote husna_amal 20-10-2020 04:16 PM
Kesian, obses sangat nak kurus. Padahal memang dah kurus pun.
Quote pasa 20-10-2020 04:26 PM
bese tang perut perempuan mmg berlemak walaupun kurus

tambah2 lagi penggemar minuman alkohol dan babi golek

kadar kalori dan lemak yg tinggi stock pile lemak kat perut menjadi asset.

kalau tak berlipat dah tentu pusat 50 sen menjadi tatapan umum.
Quote MissMamamia75 20-10-2020 04:31 PM
Smlm ingatkan orgnya plus size..{:question
Adohai..slim melim gini pun xbersyukur lagi..
Terus ke alam barzah
Quote Nahnukutu 20-10-2020 05:59 PM
TT tau tak acik forum dah bahas isu ni semalam sampai 6-7 pages

so sila katup thread sendiri ya

https://bm.cari.com.my/forum.php ... &extra=page%3D2

Quote per706 20-10-2020 08:52 PM
Nk slim tara mana...da cantik da tu...
Quote meteorspeed 20-10-2020 08:55 PM
Lorrrr kurus jer aku tgk.. Tang mana gwmuk nyer
Quote nenekglamer 20-10-2020 08:56 PM
Aiyohh .. slim gitu. Mana lemakmu dekkk???
Quote gigahertz 21-10-2020 12:05 AM
KBW2 replied at 20-10-2020 05:27 AM
Umur baru 23, badan pun tak gemok langsung. Kalau exercise kejap 4-8 minggu pun dah toned banyak den ...

Kahwin dengan amoi mmg gitu la. rasanya bakal suami dia xde suruh pun cuci lemak

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.067571 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top