Hantaran terbaru pelakon Sarah Hildebrand di laman Instagramnya menimbulkan tanda tanya apabila dia memuat naik foto menunjukkan dia tidak berhijab bersama suami, Otto Gillen. Tidak dapat dipastikan sama ada foto tersebut gambar lama atau terkini, namun mesej di IG story suaminya seakan mengiyakan bahawa Sarah telah membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab. "I love Sarah Hildebrand so much and I fully support all of her personal decisions. That is my one and only response. Don't message me". Begitu mesej yang ditulis Otto dengan berlatarbelakangkan foto sama seperti di IG Sarah. Komen-komen netizen mendoakan yang baik-baik untuk dirinya sekadar diaminkan Sarah tanpa sebarang penjelasan lanjut. Sarah Hildebrand dan Otto Gillen berkahwin pada November 2019 yang mana pada ketika itu Sarah telahpun berhijab. - CARI |
doodlediddle replied at 14-10-2020 10:31 PM
Xthu nk cakap ape. Well yeah it’s ur decision but honestly just wanna ask..what was ur first intent ...
ADVERTISEMENT