CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Biar Saya Mati, Jangan Sentuh Anak" - Syamsul Yusof Terima Ancaman

13-10-2020 07:23 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 25043| Komen: 158|Original author: Oleh: LilRose

"No more Mr Nice Guy", kata pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof selepas membuat laporan polis petang tadi berhubung mesej berbaur ancaman dan ugutan diterimanya di Instagram.

Menurut Gempak, laporan itu dibuat di Balai Polis Taman Melawati, Selangor sekitar jam 5 petang tadi.


Kredit foto: Gempak

"Belum reda kes YouTube haritu, timbul lagi kes saya menerima ugutan. Sebenarnya sebagai selebriti ugutan ini sudah biasa. Menerima komen negatif dan kata-kata ugutan biasa itu juga saya pernah terima. 

"Tapi ini melampau kerana melibatkan maruah, keselamatan anak dan isteri. Saya dapat daripada direct messege (DM) bernama Velvetblackkl.

"Saya tak pasti hantar sejak bila tapi malam tadi baru saya sedar mesej tersebut. Tak tahu agenda dia sama ada dia musuh atau tidak. Tetapi benda itu sudah melampau hingga mahu melakukan teknik ???superimpose??? bagi menjatuhkan kerjaya saya, sebab itu saya ambil tindakan ini," katanya dipetik dari Gempak.



Kredit foto: IG Syamsul

Katanya, dia nekad mempertahankan diri dan keluarga kerana sudah ada pihak berani membuat ugutan membabitkan nyawa.

"Kalau tak puas hati dengan saya, apa kata jumpa saya depan-depan. 

"Tak perlu melibatkan anak dan isteri saya. Biar saya mati pun tak apa, jangan sentuh anak saya," katanya yang akan mencari dalang membuat ugutan berkenaan.

Tambah Syamsul, akaun itu dinyahaktif selepas dia membalas mesej berkenaan.

Semoga Syamsul dan keluarga selamat dalam lindungan-Nya selalu. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote limaubali007 13-10-2020 07:32 PM
Tak, sekarang Si Sol Sol Sol ni dah buang tebiat apa gi tayang gambar dgn dada terbuka kat IG heolss, dah serupa duda kegersangan pulak kaedahnya.. bikin malu dok preach pasal agama tapi seksa tayang dada pulakk..
Quote lattehazelnut 13-10-2020 07:34 PM
Ugutan ape superimposed ape
Quote Lailerthee 13-10-2020 07:36 PM
Knp i rasa sol ni mcm saket ea? Tgok cara dia skrg dgn gambar baju terbukak dada dgn mv lagu baru dia mcm pelik je tu bkn kearah nk ajak org ke islam mcm da terpesong entah susah nak cakap
Quote limaubali007 13-10-2020 07:39 PM
Edited by limaubali007 at 13-10-2020 08:45 PM

Terbaca berita gosip dlm bulan April 2020,  then rumahtangga heolls bergolak selepas incident ni.. Agaknya betul la heolls ada akaun bigo.. Heolls kantoi dgn bini mesej2 dgn aweks kot..siap beria menafikan heolls ada akaun bigo, ugut nk saman si penyamar ...BTW, ada netizen komen heolls selalu buat bigo live cuma dengar suara saja tapi tak nampak rupa.. Suara pulak sejibik dgn suara heolls...
Quote menjad 13-10-2020 07:39 PM
Mcm serabai tgk... Ngan cincin dukun... Baju gitu... Style apa nih... Nmpk busuk ok
Quote imanjannah 13-10-2020 07:44 PM
dah kenapa sol sol sekarang? jiwa kacau?
Quote makadek 13-10-2020 07:52 PM
So selama ni lifestlye dia fake la kan..termasuk bini dia.tu kata jual agama tonggang2 mmg senang buat duit..dh tk larat tonggang nmpak la true kaler dia
Quote umbut 13-10-2020 08:03 PM
Benci aku retis yg acah2 dakwah konon semua org neraka dia sorang syurga tapi hakikat HIPOKRIT...
Quote silampumeja 13-10-2020 08:06 PM
Lailerthee replied at 13-10-2020 11:36 AM
Knp i rasa sol ni mcm saket ea? Tgok cara dia skrg dgn gambar baju terbukak dada dgn mv lagu baru di ...

I pun rasa dia ada mental disorder... Bukan gila/skizo tp disorder lain....
Quote LadyCarefree 13-10-2020 08:11 PM
makadek: So selama ni lifestlye dia fake la kan..termasuk bini dia.tu kata jual agama tonggang2 mmg senang buat duit..dh tk larat tonggang nmpak la true kaler  ...




Kat socmed bukan boleh percaya 100% apa yg dipertontonkan. Xkan xtau lg?
Quote tumpanglalu74 13-10-2020 08:21 PM
menjad replied at 13-10-2020 07:39 PM
Mcm serabai tgk... Ngan cincin dukun... Baju gitu... Style apa nih... Nmpk busuk ok

Je aku tengok..

Branded semacam.

#seemylevel



Quote merahrose 13-10-2020 08:26 PM
imanjannah replied at 13-10-2020 07:44 PM
dah kenapa sol sol sekarang? jiwa kacau?

aku rsa dia nk jd next iqram dizly..org kta belajar agama lebih2 xelok gk
Quote limaubali007 13-10-2020 08:27 PM
Edited by limaubali007 at 13-10-2020 08:41 PM

Heolls nampak kepam ekk disebalik baju Versace harga RM 5,000 hengget.. Tayang dada sambil dok bertenggek atas Lamborghini heolls..jam tangan, kasut, eyewear for sure semua mahal gilos..Anyway, teringat dulu Toksop Selam pernah cakap yang si Sol ni memang rebellious orangnya..
Quote edoraixora 13-10-2020 08:39 PM
Udah rope gengster biarpun berbranded head to toe.
Quote AshKetchum 13-10-2020 08:40 PM
selama ni ko nice guy ke pon?
Quote lolipopbiru 13-10-2020 08:44 PM
limaubali007 replied at 13-10-2020 07:32 PM
Tak, sekarang Si Sol Sol Sol ni dah buang tebiat apa gi tayang gambar dgn dada terbuka kat IG heolss ...

tgk tak melodi lepas? sol jadi guest. bila jana tanya apa komen psl kes curang dan putri sarah naik mahkamah tu dia jawab “suami isteri mn yg nk becerai, doakan semoga ada jalannya” lebih kurg mcm tu la..
Quote irish_ieka 13-10-2020 08:44 PM
true colour dh keluar. tak tahan dh die menahan
Quote BicaraHatiku 13-10-2020 08:44 PM
limaubali007 replied at 13-10-2020 07:39 PM
Terbaca berita gosip dlm bulan April 2020,  then rumahtangga heolls bergolak selepas incident ni.. A ...

Live burung berterbang di sebalik awan kah?
Quote doubleA 13-10-2020 08:49 PM
Sol sol sol banyak betul kontroversi dia tahun ni

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.065774 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top