Merokok adalah salah satu perbuatan yang paling banyak dan kerap dilakukan oleh hampir seluruh penduduk dunia dan kebanyakannya adalah dikalangan kaum lelaki dewasa. Pelbagai jenis rokok bermula dari kretek, rokok filter, cerut, vape hinggalah rokok elektrik yang kini mudah ditemukan dan menjadi sebahagian trend dalam kehidupan harian manusia. Namun, sejak bila agaknya manusia mula menghisap rokok? Sejarah rokok dimulai di Amerika Selatan pada 4 ribu tahun sebelum masihi. Ketika itu, merokok atau mengunyah tembakau merupakan sebahagian dari ritual dukun dalam mengubat penyakit.
Selepas beberapa abad kemudian, tembakau mula diperkenalkan di Eropah. Cristopher Colombus menjadi orang Eropah pertama yang menemukan pokok tembakau. Bangsa Eropah kemudian membawa tembakau itu ke serata tempat ketika belayar dilautan. Kemudian, para pelaut meniru kebiasaan suku Aborigin yang menggunakan tembakau untuk merokok dengan cara dipadatkan ke dalam pipa (paip) dan cerut. Tembakau yang terkenal dengan aromanya yang wangi, ternyata tidak hanya dinikmati dengan cara dihisap, namun juga dengan cara dihirup. Cara kedua ini dianggap lebih "mesra alam" kerana tidak menghasilkan asap rokok. Bahkan, dengan menghirup tembakau juga diyakini dapat mengubati radang hidung. Cara ini banyak digunakan oleh penduduk di Asia, Afrika, Amerika, dan sebahagian Eropah. Satu lagi cara menikmati tembakau adalah dengan cara mengunyah. Ini merupakan kebiasaan yang tersebar di kalangan petani Amerika. Saat ini, kebiasaan mengunyah tembakau sering dilakukan para atlet baseball. Penggunaan tembakau kemudian berkembang dengan cara meletakkan tembakau ke dalam sebuah kertas khusus yang dibalut dengan menggunakan tangan. Kemudian rokok pun ditemukan. Dengan cepat cara baru menikmati tembakau ini tersebar dan pada mulanya amat digemari para pelaut dan juga tentera. Pada 1830 tembakau yang dibalut di dalam kertas tiba di Perancis dan di negara inilah istilah cigarrete atau rokok pertama kali ditemukan. Namun, mesin pembuat rokok pertama yang dipaternkan adalah buatan Juan Nepomuceno Adorno dari Mexico pada 1847. Bilangan para perokok mula meningkat dengan pantas di dunia Barat pada abad ke-20. Misalnya, di AS pada awal abad ke-20 tercatat rangkaan rata-rata hanya 54 batang rokok per orang setiap tahun. Namun, pada 1965 rangkaan rokok di Amerika Syarikat melonjak menjadi 4.295 batang per kapita per tahun. Saat itu 50 % kaum lelaki dan 30 % kaum perempuan menghabiskan 100 batang rokok dalam setahun. Pada 2000, rangkaan rokok di AS melonjak hingga 2.092 batang per orang per tahun. Dan pada 2016 kembali turun menjadi 1.691 batang rokok per orang per tahun. Namun, secara global jumlah rangkaan rokok di dunia masih amat tinggi iaitu mencapai 5,7 trillion batang rokok setahun. Hari demi hari jumlah perokok semakin meningkat termasuklah negara kita walhal umum tahu rokok amat berbahaya untuk kesihatan. Selain mengandungi tar dan nikotin, rokok mengandungi lebih daripada 5000 bahan kimia dan sekurang-kurangnya 69 daripadanya akan menyebabkan kanser paru-paru. Bahan-bahan rokok ini juga mempercepatkan proses penuaan. Jadi wahai perokok, pandanglah orang tersayang dan fikirkanlah masa hadapan. Cuba ikhtiar dan nekad untuk berhenti merokok sebelum terlambat. - CARI |
zulka replied at 13-10-2020 02:33 PM
dah 3 taun berenti
ADVERTISEMENT