Seorang wanita warga Indonesia ditemui maut selepas melahirkan anak di dalam sebuah pondok Jalan Parit, Kampung Piandang, Pusing, Batu Gajah. Berita Harian melaporkan, Yanti Abas, 35 ditemui tidak bernyawa di sisi bayi lelakinya yang masih bernyawa.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata, "Ketua Balai Polis Pusing dan pasukannya bergegas ke lokasi kejadian pada jam 6.45 petang untuk membuat siasatan yang kemudian menemui seorang bayi lelaki masih hidup atas pangkin di sisi mayat seorang wanita. "Ketika polis tiba di pondok itu, mayat wanita itu ditutup dengan sehelai kain dan bayi lelaki yang dipercayai dilahirkannya dalam keadaan dipotong tali pusat dan uri. "Dipercayai ada orang lain yang bersama wanita terbabit melahirkan bayinya dan polis masih mengesan individu atau saksi untuk soal siasat bagi mendapatkan maklumat lanjut."
Hasil siasatan forensik tidak menemui sebarang unsur perlakuan jenayah. Tambahnya, mayat tersebut ditemui dalam keadaan berselimut dan dipercayi sudah meninggal dunia dalam tempoh lima kam Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. "Pemeriksaan saringan COVID-19 yang dijalankan ke atas mangsa diperoleh dan bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik HRPB pada hari esok selepas keputusan ujian swab COVID-19 diperoleh. "Dipercayai si mati sudah meninggal dunia semasa dalam proses melahirkan bayi lelaki berkenaan di lokasi kejadian. "Bayi yang dijumpai di tempat kejadian masih hidup dan diserahkan kepada pihak Hospital Batu Gajah semalam untuk pemeriksaan lanjut." Kedutaan Indonesia dan Polis Antarabangsa (INTERPOL) turut dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk tujuan dibawa balik ke negara asal bagi urusan pengebumian. -CARI
|
haruslah replied at 13-10-2020 01:50 PM
Kalau warga asing mati mmg kena wlbwk blk ke camne?
sarah82 replied at 13-10-2020 02:00 PM
Habis.. Siap la tiap2 mlm pontianak menangis kat situ.
Kurex replied at 13-10-2020 02:19 PM
Ke sundelbolong?
sarah82 replied at 13-10-2020 02:00 PM
Habis.. Siap la tiap2 mlm pontianak menangis kat situ.
insulin replied at 13-10-2020 02:36 PM
Boleh ke jadi gitu, sis?
Btw, kesian kat perempuan ni. Mati pastu ditinggalkan begitu ...
ADVERTISEMENT