CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Achey Dan Isteri Nak Buat Rawatan IVF

13-10-2020 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9791| Komen: 75

Teringin nak menimang cahaya mata sendiri membuatkan Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya mahu menjalani rawatan kesuburan IVF.

"Awal bulan Disember tahun lalu, saya dan isteri memang ada rancang nak buat IVF. Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancangan itu agak susah kerana nak buat proses tersebut tak boleh stres.


"Sepatutnya bulan Jun lepas, tapi tuntutan kerja dan pandemik Covid-19 pula. Insya-Allah mungkin dalam tahun ini juga, kalau boleh secepat mungkin. Orang rumah pun kalau boleh nak anak dari rahim sendiri juga," katanya kepada Gempak.

Kredit foto: IG
Katanya dia dan isteri memang mempunyai perancangan menambah anak selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018.


Dalam masa yang sama Achey jata dia tak kisah jika ada rezeki untuk mengambil anak angkat lagi.



"Kalau ada dapat seorang anak angkat ambil sahajalah dulu.

"Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi. Bila dah ada seorang jadi seronok. Cuma, kalau boleh nak puas jaga sampai umurnya tiga tahun. Mungkin tambah seorang anak lelaki pula.

"Cuma, sebelum nak ambil tu, saya kena fikirkan dalam ahli keluarga saya ada tak yang boleh jadi ibu susuan untuknya."


Difahamkan sebelum ini isterinya mengalami masalah dalam memberi susu badan kepada anak angkatnya.

Achey dan isteri berkahwin sejak 2011. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MadameOnion 13-10-2020 12:42 PM
cepat2 la buat achey..meols doakan korang dapat zuriat...aminnn
Quote RumiMenari 13-10-2020 12:44 PM
Achey boleh buat ivf eh?
Quote luvcomot87 13-10-2020 12:47 PM
Buat IVF ni mmg yg berjiwa kental shj boleh buat.. Kena tenang2,relax2 xbole stress.. All the best achey n wife.. Semoga Allah makbul doa utk dpt anak
Quote MsOryzaa 13-10-2020 12:50 PM
Semoga dipermudahkan urusan dlm usaha ini buat Achey dan isteri
Quote little_sis 13-10-2020 12:55 PM
semoga dikabulkan hajat impian dorang berdua utk ada zuriat sendiri.. aminnn
Quote TerataiMelur02 13-10-2020 12:56 PM
Utk pasangan achey, pasangan elizad, pasangan nelydia semoga berjaya n d permudahkan perjalanan ivf
Quote vee_zara 13-10-2020 12:57 PM
Sakitnya mata tengok rumah achey ni. Ni la dinamakan org kg baru merasa duduk bandar. Seboleh2 renovate rumah sampai ke depan. Peghak org panggil. I paling meluat la kalau org renovate smpai hilang dah ciri2 asal rumah tu. Dah la duduk rumah teres. Klu nak renovate rumah lain dari yg lain beli la tanah then design la ikut suka hg.
Quote Kurex 13-10-2020 12:57 PM
Ada yg Tuhan bagi orang ni rezeki harta, tapi takde rezeki anak. ada yg diberi rezeki ramai anak, tapi takde rezeki harta. Ada yg diberi rezeki sihat, tapi takde rezeki dalam berkawan, ada yg sebaliknya..
Quote doubleA 13-10-2020 01:33 PM
Buat je cepat2 duit takda masalah kan. Semoga murah rezeki anak, jaga elok2 anak angkat. Nampak macam senang dah bagi kemewahan semua, tapi kadang2 budak2 ni ada low self esteem, lagi2 bila dia akan bandingkan dengan anak kandung. Kalau emosi terjaga bahagia la semua
Quote piep 13-10-2020 01:48 PM
TerataiMelur02 replied at 13-10-2020 12:56 PM
Utk pasangan achey, pasangan elizad, pasangan nelydia semoga berjaya n d permudahkan perjalanan ivf: ...

Nely pon buat ke? bukan baru jugak kawen

Quote TerataiMelur02 13-10-2020 01:50 PM
piep replied at 13-10-2020 01:48 PM
Nely pon buat ke? bukan baru jugak kawen

Kalau tgk igs dia tengah cucuk2 jugak macam elizad.. Dia kata seminggu dia kena cucuk
Quote Nnasda53 13-10-2020 01:58 PM
Semoga sentiasa di permudahkan oleh Allah swt buat Achey dgn wife atas usaha mereka untuk mendapatkan zuriat.InsyaAllah
Quote rotijohanz 13-10-2020 02:01 PM
sebut psl cucuk2 ni si nely tu cucuk2 ape kes?..........
tgk laki sheols dk mencucuk hari hari.....
takkan ivf jgk?.,,,,,,,,,
bru je nikahnyer pon,,,,,,,,,,,
Quote outcast 13-10-2020 02:03 PM
RumiMenari replied at 13-10-2020 12:44 PM
Achey boleh buat ivf eh?

Haa tu la. Tp husnuzon mungkin heols nk support wife dia... Semoga berjaya buat ivf.  
Quote ad_hoc79 13-10-2020 02:09 PM
semoga dimurahkan rezeki ada anak sendiri
Quote RatuDunia94 13-10-2020 02:14 PM
RumiMenari replied at 13-10-2020 12:44 PM
Achey boleh buat ivf eh?

Abis tu nk guna telur sape lak??
Quote chekacheku 13-10-2020 02:31 PM
Semoga dipermudahkan urusan semua yg ttc..aminn
Quote cikmah78 13-10-2020 02:35 PM
rotijohanz replied at 13-10-2020 02:01 PM
sebut psl cucuk2 ni si nely tu cucuk2 ape kes?..........
tgk laki sheols dk mencucuk hari hari..... ...

Kan,iol pon suspect ivf jg,tp boleh ke g jln2 mn2,dgr TPA dgn dct cerita dkt 6 bln jg bedridden...
Quote rotijohanz 13-10-2020 02:36 PM
cikmah78 replied at 13-10-2020 02:35 PM
Kan,iol pon suspect ivf jg,tp boleh ke g jln2 mn2,dgr TPA dgn dct cerita dkt 6 bln jg bedridden... ...

nikah pon blm setahun.....
eh ke bru msuk stahon?.......
wt lek wt pis jer ler....


Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.156689 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top