"Saya takkan pernah jual barang yang dapat free. Jangan risau, saya masih pentingkan keberkatan." Pelantun lagu Canggung, Wany Hasrita tegas menafikan dakwaan netizen yang menuduhnya menjual baju diperolehnya secara percuma menerusi platform preloved. Menurut Astro Gempak, Wany tidak pernah pun menjual semula baju percuma yang diperolehinya sebelum ini.
Platform 'prelovedstillinlove' ini sebenarnya menjual pakaian contoh yang dibelinya sendiri. Sebelum itu, ianya pernah diperagakan oleh model. "Sample (contoh) yang dimaksudkan adalah baju sampel yang dipakai sewaktu sesi fotografi produk (baju model) yang ada satu saiz sahaja dan dijual di butik tersebut." Malah, baju sample itulah yang muat dengan saiznya sebelum dia tidak muat lagi memakainya lalu mengambil keputusan menjualnya kembali. Menurut Wany lagi, tuduhan tersebut perlu dibersihkan kerana ianya membabitkan keberkatan. "Jangan risau, saya masih lagi mementingkan etika dan keberkatan." Wah! Jual baju preloved pun jadi isu ya terhadap netizen. - CARI |
ADVERTISEMENT