CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mila Jirin Susah, Pernah Ikut Bapa Pungut Tin Tepi Jalan

11-10-2020 10:49 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 7464| Komen: 37|Original author: Oleh: Saiful

Description: Mila Jirin mendedahkan yang dia melalui kehidupannya dulu adalah serba kekurangan.
Mila Jirin mendedahkan yang dia melalui kehidupannya dulu adalah serba kekurangan.

Disebabkan itu hasratnya untuk menyambung pengajian di menara gading terus dilupakan.



"Saya anak sulung dalam keluarga dan ibu bapa pula bekerja biasa dengan pendapatan kecil. Bapa saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan aktiviti lainnya, turut memungut tin di tepi jalan.

"Saya sendiri ada pengalaman ikut bapa pungut tin, memang kasihan. Ibu pula bekerja di kilang untuk bantu pendapatan bapa bagi menyara kami sekeluarga.

"Malah, pernah satu ketika atap rumah kami berlubang, bocor dan rosak akibat tak dapat diganti kerana tiada duit. Bila hujan, basah satu rumah dan itu sangat menyedihkan saya," katanya kepada Harian Metro.


Kehidupannya itu menyebabkan dia nekad untuk mengubah nasib keluarga.

"Kejayaan menjulang trofi juara AF5 sangat membantu saya untuk mengubah nasib keluarga. Dengan populariti diraih ketika itu, saya dapat memberi keselesaan pada ibu bapa dan adik-beradik.



"Apapun, saya terfikir juga sampai bila akan jadi penyanyi dan terus popular. Justeru, sedikit demi sedikit melalui simpanan dibuat, saya mula berniaga.

"Alhamdulillah, mujur bertemu suami saya, Isz Mustapha, ketika itu yang bertindak sebagai pengurus dan dia banyak membantu dengan mengajar saya selok-belok berniaga," tambahnya.

Kredit foto: IG
Kini sudah tujuh tahun perniagaan Bizmilla dibina.

"Apapun, kejayaan dimiliki saya kini adalah atas doa ibu bapa dan usaha. Namun, saya juga berterima kasih kepada semua pekerja yang banyak membantu dan hingga kini masih setia bersama." -CARI

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosmahisham 11-10-2020 10:54 AM
Bangga dgn pencapaian mila,x padan kecik molek pandai cari duit.biz pon menjadi.
Quote RatuDunia94 11-10-2020 12:17 PM
At least biz sheols ni nampak lah kan.. xde la kaitan dgn cuci2 duit bagai.
Quote beta_carotene 11-10-2020 12:25 PM
tahniah mila.. suka tgk sheols berbisnes..
Quote Knowlee 11-10-2020 02:50 PM
Ex student kakak I kat Penang. Mmg susah dulu. Sekarang alhamdulillah dah berjaya, bisnes pun maju.
Quote sleepandream 11-10-2020 04:06 PM
rumah sheols memang banyak kan...
dah berjaya ni jgn menunjuk2 sgt yach, iols jeles.... tiberrr
Quote syamzana 11-10-2020 04:17 PM
bagus la ade jugak la retis yg bisnes legit. kalau tak, nak jd founder produk timbang kilo je la selalunya. pastu cuci2 duit.

Quote rukia2 11-10-2020 05:49 PM
dia mmg x sediakan kemenangan dia kt AF utk kumpul duit buat modal meniaga... alhamdulillah meniaga pun nampak berjaya...
Quote darkness 11-10-2020 05:54 PM
Alhamdulillah...nampak apa bisnes dia buat dan menjadi..
Quote LadyCarefree 11-10-2020 05:57 PM
Ni rumah 10 bijik legitkah duit nya? Lol
Quote HYSB 11-10-2020 08:40 PM
Eh baru cakap pasal dia punye iklan keluar kat porum.. harap kekal macam ni ya , diaorang ni pantang di puji humble karang terus hilang humble nye semua nak di kongsi
Quote NoraAnne 11-10-2020 09:13 PM
Caption ig sheolls yg "jangan terpedaya dgn apa yg kamu lihat tu " mcm pernah dgr....tu si bunga raya dalam the masked singer kan..adakah sheolls si bunga itu
Quote ReginaGeorge 11-10-2020 09:56 PM
Artis dan kisah silam sedih, terpisah tiada.
Quote umbut 11-10-2020 10:27 PM
Bukan ke mak pak dia penyanyi kat hotel... ke amylea...
Quote Fazzbulous 11-10-2020 10:28 PM
umbut replied at 11-10-2020 10:27 PM
Bukan ke mak pak dia penyanyi kat hotel... ke amylea...

tu amylea rasanya..
Quote lilcountess 11-10-2020 10:34 PM
umbut replied at 11-10-2020 10:27 PM
Bukan ke mak pak dia penyanyi kat hotel... ke amylea...

yg mak pak penyanyi kat hotel tu amylea. kat langkawi kalau tak silap
Quote salmon-suki 11-10-2020 11:49 PM
Restoren embun urai dia dah tutup ke apa ek?xde jumpa lat foodpanda daa..
Quote MsPercy 12-10-2020 12:49 AM
bila mila nak launch hurryhurry ni? lagi 4 hari nak masuk mid oktober. sale dah sendu di pepagian hari.

bajet mila baca post aku ni {face palm}
Quote TomyamPuteh 12-10-2020 07:47 AM
Ank dia comel sesgt la
Quote Redmyvi 12-10-2020 09:53 AM
Semoga bertambah maju bisnes.. boleh tlg org miskin yg lain..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.055661 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top