"Ada juga tawaran datang tapi tiba-tiba ditarik semula sebab saya dah bertudung." Itu penjelasan Cik Manggis,31 apabila keputusannya untuk bertudung turut memberi impak dalam kerjaya seninya. Bagaimanapun, dia reda dan tidak pernah berasa bimbang dengan kehilangan tawaran kerana percaya dengan rezeki Allah. Menurut laporan Mstar, penghijrahan itu sebenarnya lebih membuatkan Cik Manggis tenang dalam menghadapi dugaan. "Tapi, satu hilang banyak pula yang datang. Jadi, bagi saya tak pernah risau pun kalau berhijrah atau tukar imej." Malahan, rezeki yang datang tepat pada masanya dan yang tinggal, dia memilih untuk menyesuaikan dengan statusnya sekarang. "Ada masalah tawaran ditarik pun, saya reda dan tenang saja sebab ia bukan rezeki. Saya pun tengah perbaiki diri dan paling penting, suami yang paling gembira." Lebih menggembirakan ialah doanya dimakbulkan Allah setelah lima tahun bergiat dalam industri seni, iaitu menjadi duta produk. "Saya ada berdoa agar diberi peluang menjadi duta selepas berhijrah. Tak sampai seminggu, saya mendapat tawaran menjadi duta, bukan satu tetapi empat tawaran dalam masa yang sama." Akhirnya Manggis menerima tawaran yang sesuai dengan dirinya iaitu produk mandian. Wah! Begitulah, bila yakin dengan ketentuannya, memang rezeki Cik Manggis mencurah-curah. - CARI |
TomyamPuteh: Sejuk mata memandang muka suami dia
Rogue98: Huh...siapa ni ye...pelakon ke?
cicicumel replied at 10-10-2020 10:14 AM
mcm muka pelakon Kampung People tu jer...
s3bil replied at 10-10-2020 12:20 PM
memang la iras lailer kg people. dah mmg dorang sedara pon. tggl di selayang
s3bil: Edited by s3bil at 10-10-2020 12:40 PM memang la iras lailer kg people. dah mmg dorang sedara pon. duk selayang
s3bil replied at 10-10-2020 12:20 PM
memang la iras lailer kg people. dah mmg dorang sedara pon. duk selayang
ADVERTISEMENT