CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Saleha Penat Jadi Pelakon

9-10-2020 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4513| Komen: 12

Siti Saleha mengakui kerjaya sebagai pelakon itu penat.

Katanya dia terpaksa bekerja lebih 12 jam sehari malah tak kenal siang dan malam.


Disebabkan itu dia agak memilih dalam menerima tawaran.


“Memang penat jadi pelakon. Kita akan terkejar-kejar untuk selesaikan kerja. Kadang-kadang kerja lebih 12 jam. Fizikal dan mental kita akan mula rasa penat, tak larat dan kadang-kadang melemahkan diri sendiri.

“Sebab itu saya jarang ambil tawaran untuk drama bersiri. Mungkin kalau penggambarannya tidak lama dan tersusun, jadi boleh dipertimbangkan. Kalau sehingga lewat malam, mungkin tidak.

“Saya jenis tak suka pulang lewat ke rumah. Sebab itu kalau dapat tawaran, saya kena fikir masak-masak. Takut tak boleh bagi komitmen,” katanya kepada Utusan Online.

Foto: IG

Sekarang ini Saleha sedang memikirkan untuk kembali ke set penggambaran 7 Hari Mencintaimu 3.



“Saya tak tahu boleh beri komitmen atau tidak untuk drama tersebut. Saya tahu ini satu drama yang cukup popular dan ramai peminat yang suka dengan watak Mia, namun kena fikir dahulu.

“Suami menyerahkan soal kerjaya sepenuhnya kepada saya. Asalkan saya tahu batas dan pandai membahagi masa, dia okay sahaja. Lagipun saya sendiri sudah memperlahankan kerjaya sebagai pelakon,” tambahnya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote newme11 9-10-2020 11:51 AM
kalau penat… berhentilah… jaga suami
Quote tagas 9-10-2020 12:03 PM
sume keja penat leha oii

mengangkang jer yg sedap
Quote lattehazelnut 9-10-2020 12:16 PM
Nasib muka pan asian laku jd heroin..
Pelakon muka biasa or kulit gelap teringin nak ade job mcm awak..
Quote Skuau 9-10-2020 12:21 PM
hang tak tau lg kja buruh binaan na...lagi la penat dan panas.
Quote Kurex 9-10-2020 12:25 PM
Dah tu bersara je la leha
Quote Nenasketum 9-10-2020 12:45 PM
Tok sah la jadik manusia, cer mintak kat Tuhan supaya in your next life, ko jadik furniture. Air head punya bimbo.
Quote TomyamPuteh 9-10-2020 01:07 PM
Sib baik hang berbakat leha..
Quote husna_amal 9-10-2020 03:33 PM
Bersara awal je lah.
Quote pekaba 9-10-2020 04:31 PM
Bersara je lh leha hoi. Ko berlakon pon dok libas2 tangan mcm nk libas nyamuk
Quote YomiuriLandMae 9-10-2020 04:38 PM
iols x suka btol bila org dok overrated kan sgt kata keje pelakon ni susah and penat.. eh hello kau ingat keje2 profession lain tu x penat? x susah? cakap mcm the world ni revolves around kau jer..
Quote renko 10-10-2020 09:12 AM
sekarang menyalak lah penat2
da sendu xde job xde duit
mula la menyalak bantuan
ngade2
Quote farhana008 12-10-2020 12:51 PM
bila iols merungut keja  sekarang penat. mak iols terus cakap semua keja penat, mana ada tak penat! keja duduk pun penat! malas nak ngadu dgn mak lepas ni. hehe

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.049070 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top